Monday, 31 December 2012

Amanat Shaikh Muhammad Ali as-Sobuni kepada rakyat Malaysia

Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. 
kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana.. 


BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH

Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 3)


Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 1)
Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 2)

Hujan rintik sekali lagi meyambut pagi kami pada hari terakhir kami di sini.Bebudak laki ni paling seronok , diaorang bangun awal , then tengok restoran famili x bukak lagi so diorang jalan-jalan kat luar tu sampai jumpa gerai nasi lemak .. lepas makan terus cabut ke laut.. u all are genius..lucky you lucky .

Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 2)


Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 1)

Pagi kami dimulai dengan sarapan sambil memerhatikan hujan renyai-renyai membasahi bumi cherating. Hujan x hujan... laut tu ko maen langgar jugak pegi mandi hahaha!! Seriously , sapa yang susah-susah datang tepi laut tapi x nak mandi laut ? So apakata kita manfaatkan masa rasai keterujaan bermain ombak tu syg-syg semua ...

Sunday, 30 December 2012

Mat Ali's family day 2012 ~ cherating (Day 1)

Alhamdulillah berkat rezeki yang ada , hari keluarga Haji Muhammad Ali dan Hajjah Rahimah untuk tahun 2012 telah berjaya diadakan di Residence Inn Beach View Cherating Pahang pada 22.12 hingga 24.12. Bajet tulis Report aku ni. So here we go... lepas je majlis pertunangan hafizi pada 21 haribulan tu , keesokannya semua ahli keluarga mohd Ali bertolak ke cherating melalui lebuh raya Karak . Aku dah apasal siap bagitau jalan? hahaha actually ni first time aku pergi pahang so first time juga aku lalu lebuh raya yg dimomokkan media sebagai berhantu ni (memang hantu pun , bersimpang siur bajet FI circuit) , bak kata abang aku '' bina jalan ikut jalan orang dulu-dulu tebas denai ni '' , true story bro true story.

Thursday, 27 December 2012

pertunangan paling dramatik !

Alhamdulillah.. Abang sedara aku dah pun selamat ditunangkan pada malam jumaat 21.Disember.2012. Walaupun kedua-dua abang aku lebih tua dari abang sedara aku ni tapi beliau melangkah bendul kedua abangku dgn bergayanya kerana rezeki beliau dah ada calon yg sesuai.Dan ini bermakna beliau ialah orang pertama yg melangsungkan pertunangan diantara cucu-cucu Muhd Ali dan Hajjah Rahimah yg sekarang sudah mencapai angker 38 orang , CONGRATULATIONS ! that was a record bro ! Barakallahufik 

Tuesday, 11 December 2012

Jamuan 5SC 2012 - bersibuk seminggu

Akhirnya seperti dinantikan dari awal tahun , Jamuan 5SC 2012 secara rasminya telah pun diadakan di Lan's catering padang polo ipoh pada 4.12.2012 (selasa) , hambek ko baru sekarang nak update blog hehehe.
Seperti yg dirancang kami memilih konsep taman gitu santai-santai so aku pun search la pak cik google nak tgk taman mana yg wujud kat ipoh ni , pusing sana sini sampai baru aku tau wujudnya taman jepun dekat ipoh ni kihkihkih ceruk juga aku nih.Jadi disebabkan untuk menyewa taman jepun tersebut memerlukan kos tambahan so Restoran Lan's catering dpn padang polo tu pun dipilih sebagai lokasi jamuan kami.

Tuesday, 27 November 2012

27.11.2012

what I'm gonna say right now is I'M FREEEEEEEEEEEE !!!!!!!!!!!!!! saya adalah makhluk yg bebas dari kekejaman SPM !! mwahahahahaahah !! akhirnya setelah hampir 11 tahun dlm usaha menuntut kemerdekaan , terlaksana juga impian ku .. negara ku telah merdeka dari SPM dgn ujian terakhir yg tidak terkalah kegetirannya iaitu kertas biologi pada 27.novermber.2012 hehehehe!!
Dan itu juga bermakna aku bukan lagi pelajar sekolah  .. *apa ?* ya aku bukan pelajar SEKOLAH .. omg jadi aku apa ? .... aku adalah pekerja tetap di rumah ibu bapa ku sebagai tukang rasa makanan dan tukang kritik drama-drama di kaca televisyen ya . selain itu aku juga telah diiktiraf sebagai full time facebooker dan segala mcm ER , twitter , youtuber , blogger , googler , yahooer dan ginger .. EH.

Friday, 16 November 2012

Pedulikah kita ? jika ya , bagaimana ?


Marilah peduli.Cukuplah dengan perkara-perkara remeh yg diperbesarkan, buka mata,lihat dunia sahabatku

Assalamu’alaikum,
Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur bagiku.

Monday, 22 October 2012

fasi.....hah!!

Masih teringat kata-kata cikgu roslina di dalam salah satu pengisian kem addmath 2 minggu lepas , hujan dari langit akan turun ke atas tanah yang rendah akhirnya walaupun terdapat gunung ganang bukit bukau yang menahan hujan tersebut sebelum sampai ke tanah yang rendah.Begitu juga ilmu , ia hanya dapat ditangkap oleh hati-hati yang merendah diri , tidak akan lekat seketul ilmu jika terdapat rasa takbur dalam diri.Mashaallah....
“The only true wisdom is in knowing you know nothing.” ― Socrates

Friday, 12 October 2012

no need to say a word , we will know ^,^

WHAHAHAHA!.... ntah kenapa aku makin galak gelak cenggitu sejak kebelakangan ni ?? sebab kawan-kawan aku yang suka sangat dok buat kerja gila haahahha.... walaupun abg SPM  is around the corner bak kata omputih , tapi melihatkan gelagat kawan-kawan aku yang memang  gila tahap dewa buat aku blh ketawa sampai muntah ... *eeeiiiyeeek keeeerrr*

Sunday, 16 September 2012

16 september .. today in history

Tarikh 16 September bukan sahaja hari berdarah buat umat Islam Palestin akibat pembunuhan Shabra dan Shatila, tetapi juga buat umat Islam di Libya.

16 September 1931 dikenang kerana ia tarikh pejuang kebebasan negara Libya, As-Syahid Syeikh Omar Mukhtar dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Itali.

Antara kata-kata akhir As-Syahid Umar Mukhtar.."Kami sama sekali tidak akan menyerah, sama ada kami menang atau gugur (syahid), akan datang generasi selepas kami yang akan berperang dengan kalian (penjajah).."

Innocence of muslims - rethink why and how

I don't know how to start this after a month quit writing on this blog XD aarrrghh!! even to write the intro I need more than half an hour!grrrr. now without wasting our time lets straight to the point . Regarding to the series of demonstration around the world protesting the movie titled Innocence of muslim , an anti-islamic movie which obviously humiliating our prophet muhammad as a terrorist and womanizer , I trying to keep up myself to write ^,^.

Tuesday, 24 July 2012

global ~ untold story of syria in mass media

Pelbagai spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad lebih "LIAT". Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh 'Kuasa Besar'.

Apa yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah mahu meributkan lagi spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua perilaku Si Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan Qarun.

Sunday, 22 July 2012

pencerahan ~ our MONEY is a DEBT

Dipetik dari  http://zaharuddin.net

Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum & Forex


oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa?

Bukan proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa? bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika bukan dari emas dan perak?

Wednesday, 18 July 2012

mari bertemu waris :3

muahaahahahahaha!! nampaknya hari di mana peluh besar pasti mengalir dia liang-liang roma para pelajar SMKTD telah tiba pada 18.7.2012 , berita baik kepada ibu bapa pelajar-pelajar smk Tasek Damai anda boleh ber ' chit chat ' bersama guru kelas anak anda secara 'live' tentang kenakalan dan kecomelan anak masing-masing di sekolah muahaha!. hari ni pastinya menyebabkan beberapa perut pelajar senak kecut  kerana keseraman menunggu peluru 460 S&W Magnum yang diluahkan secara ikhlas oleh ibu bapa masing-masing yang baru menerima laporan khas  tentang kecomelan sahsiah dan akademik anak-anak secara langsung dari guru kelas mereka .

Monday, 16 July 2012

today is my lovely sister's bufday!!!!!!! trololo trololo

yah as u see the title ... today monday 16th July is my sister bufdaaaaay!!!!! and we almost forget about that heeee >.< sorry sis that because we're buzy making our stomach fulled .okay lets story about this girl whose I call 'trolololo sister' hahaha just because she...erk myself actually like to call her like that .. SUKATI LA kakak aku bkn kakak hangpa hehehe.

this's for u sis.....for being nice (muhehe)

Saturday, 30 June 2012

perhimpunan orang-orang pink sedunia

Setelah berjaya menyibukkan diri pada hari sukan sekolah yg jatuh pada jumaat 29.jun ... (x sesibuk mna pun sbb wa bukan atlet angkat berat yg berbakat kahkahkah) .. aku dan rakan-rakan hoyyeaah! ku sekali lagi dipanggil untuk terlibat dlm pertandingan antara sekolah anjuran persatuan puteri islam sedunia (heh banyak la dunia ko) pada 30.jun bersamaan dgn sabtu cuti hujung mingguku yg terkorban dek kerana menghadiri KARNIVAL HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2012.
maka dengan muka tak cukup tido kami pun bertolak menuju SK WIRA JAYA (seriously wa mmg x penah dgr nama sekolah ni) yeaah perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam...bukan sbb jauh tapi disebabkan faktor ketidakfamousannya (ooppss) sehingga menyebabkan pemandu bas kami berpusing-pusing mencari jalan ... hampess bukan nak sediakan map... cair make up oi.

Thursday, 14 June 2012

baca sampai pengsan O,o

Alhamdulillah....setelah dibom bam bom bam di dalam kelas dan hasil pembacaan penuh keharuan di malam sebelum exam...wa pass bio !! huhu dan hasilnya ~

I got this as a gift for getting A in bio logos hehe
mari mengunyap!!! (sambil baca bio =,=)

Sunday, 3 June 2012

events on may

Assalamualaikum ... alhamdulillah dipanjangkan umurku sehingga ke bulan jun 2012 masihi bersamaan 1433 Hijrah WHAAAAT????!!!! U gotta be kidding me Jun! why u come so early ??? uwaaa emaak I don't want to face the SPM tuu (SPM stand for Seksa Pasti Mati) uhuhuhuhu boley ? #minta pelempang#

okay relax , diatas hanya auta semata-mata bagi mengingatkan pada diri yg suka berhibernasi ini agar meringankan tulang untuk mengulangkaji pelajaran akademik ....diulangi pelajaran akademik bukan pelajaran suka-hati ko, sebabnya diri sendiri yan akan mendatangi EN.SPM yg macho dan bergaya itu bukan emak pada diri sendiri yg  hari-hari berpesan 'face the book no facebook!' ....
jadi sudah terang mengapa kedatangan bulan Jun ini begitu menggentarkan jiwa-jiwa kecil yang comel ini . But 1 thing I wanna say
''hey MR.SPM do u think we scare of u ? ....no way !!! ...... lets have a match *membuat gaya bruce lee ketika berhadapn dgn musuh sambil mengelipkan mata wink wink* huh! ''

Wednesday, 30 May 2012

mari bermain dengan krayon ..hehe

The saddest thing about me is , I don't know how to use color pencils , oil pastels , water colors and all those thing correctly .Correctly here means skillfully until it can be use to create an amazing art just like leornardo da vinci do >,< hehehe what a fish.

Monday, 28 May 2012

let me see.........


Spesifikasi Calon Isteri (macam aku yg nak cari bini kan)



1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur. 

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly. 

Saturday, 19 May 2012

If only we have a little thing call 'self confidence'

Dipetik dari iskandarfateh ~ Umat Islam Mesti Belajar Buat KONSPIRASI !

"Barangsiapa mampu merancang 10 langkah ke depan, dialah pemenang"


Dahulu perang menggunakan pedang, panah dan manjanik, sekarang perang guna minda dan teknologi. Memang berbeza, tapi persamaannya tetap hanya satu. Siapa paling pintar menCATUR strategi dan gerakan pasukannya, dia akan menang. Barangsiapa mengkaji Napoleon Bonaparte atau Benjamin Franklin dan seumpamanya, tahulah dia bahawa betapa bahayanya berhadapan dengan sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh seorang pemain CATUR yang berwibawa. 

Wednesday, 18 April 2012

babysitter wanted

Alhamdulillahirabbil alamin ....... dlm kekalambutan dunia globalisasi yg makin menggila dgn manusia yg makin tamak dan materialistik .. adik sedara ke-35 aku berjaya lahir ke dunia semalam bersamaan 18.April.2012. (hahaha ayat tak blh nak power lagi keh) maka makin bertambah la seorang soldier of muhammad, insyaallah.

Wednesday, 4 April 2012

today is 04/04 .... hehehe


In conjunction with my super manipulative skill 04 , today is an honour for me to write something on this blog....hahahaha this entry also credit to my allies ... they are tough eventhough they are 'fafan'.

Wednesday, 28 March 2012

yes... we are beautiful



Siapa Wanita Cantik? yang bergaya ala-ala miss world kah ? yang menempek berkilo kilo tepung ats muka ala-ala opera cina kah ? yang perfect seperti artis-artis wanita korea kah ? atau yang paling ramai follower nya di tweeter? ~wanita yg chantek pastinya yg berwajah lawa dan manis ~.. jika itu jawapannya pasti kami-kami yang tidak seberapa  ini merasa kesedihan kerana istilah chantek hanya layak untuk mereka-mereka yg berwajah cun , lawa , ayu , jelita , rupawan dan yang sama erti dengannya. *membuat muka sayu* tapi ingin saya minta maaf sedari awal kerana anda sudah silap ! kerana Wanita cantik ialah :

Tuesday, 20 March 2012

hoyeaah.... akhirnya , saya boleh tersenyum lega

akhirnya berakhir juga ujian ulangan pengesanan 1(kerana mewakili sekolah dlm pertandingan 'orang orang kuat bercakap' jadi terpaksa kami mengulanginya) yg walaupun realitinya hanya sedikit tapi amat azab bagi kami kanak-kanak HOYEEEAAH! ni... selepas je tamat menjwb paper additional mathematics yg sumpah sangat senang itu (mata ke ats tgn di bahu) ...... rasa seperti ..... pernah rasa x mcm mna perasaan selepas membuang air besar selepas ditahan selama 3 hari ?  ha yeaah , jujurnya begitulah rasanya .. ye saya sangat pandai membuat analogi bagi mengkiaskan sesuatu , terima kasih

Friday, 9 March 2012

saya bahagia dengan memaafkan dan bersabar

Assalamualaikum si kacak-kacak si jelita-jelita (semua ciptaanya adalah cantek dan hensem ) yg dikasihi allah sekalian , yuuuuhhuuuu.... nak tau satu rahsia ? mau ka ? saya jamin dgn rahsia ini anda mampu berbahagia di dlm hidup anda di bwh keredhaan allah s.w.t insyaallah . rahsia ni awak je tahu ..tau... saya bagitau awak sorang je .. shuuuuuu ingat ni rahsia!

Rahsia ----> 

Hubungan Baik Itu Adalah Sebahagian Dari Ajaran Islam

 jyeeeeaaaah!!!!! cayalah anda-anda yg sudah tahu perkara ini dan lebih awesomenyer jika andalah yg mempraktikannya dgn bergaya ... 

Saturday, 25 February 2012

Binnabil huda

selepas seminggu bersibuk sibuk dgn sekolah , sekali dgr nasyid ni terus ...aaaaaaahhh tenangnya rasa hati ^,^ sumpah tak tipu hehehe


terasa 'hidup' dgn sekolah yang gaban superbnya

Assalamualaikum superb superb human sekalian , minggu ini sangat memenatkan kerana saya  tersangat gedik membuat skrip drama english untuk class perform nnti .. insyaallah doakan moga-moga projek suka suka menyusahkan rakan sekelas saya ini berjalan lancar dgn jayanya ! yeaaah babeyh! terima kasih kepada mereka-mereka yang apabila diceritakan jalan cerita drama ini , dgn bangganya membuat muka bersemangat dan sekaligus memberi satu tonik tenaga kepada saya di dalam bentuk tablet senyuman dan galakan !!! oleh kerana adanya mereka-mereka yg bersemangat ini bersama saya ..maka saya tidak mampu mengecewakan mereka dgn berputus asa di tengah jalan, dan insyaallah we will do it no matter what 5 SUPREME CROWDED !!!  amin ya allah 

Friday, 24 February 2012

catalyst to be more AWESOME !

secara officialnya pada 24.februari.2012 namaku disebut sebagai TOKOH MAULIDUR RASUL TAHUN 2012/1433H SMKTD ...  *gelak terguling-guling* sbb saya sendiri tidak ketahuan bagaimana proses pemilihan 'tokoh' tersebut dijalankan :) walauapapun ALHAMDULILLAH segala yg baik dtg dari allah yg buruk datang dari molekul-molekul diri yang kadangkala hilang arah melalak membikin dosa =,= *memeluk tubuh membuat muka sayu*

Sunday, 19 February 2012

Jom lukis tulang :)

Dgn banggernyer saya mengisytiharkan kami sudah masuk chapter 2 biology : LOCOMOTION & SUPPORT 
so lesson last week is about HUMAN SKELETON (bahasa kampungnya tulang temulang manusia ), cikgu bio kitaorg dgn semangat keluarkan model  lagi tau , beliau siap suruh bagi nama lagi kat model tu, senang katanya nak explain , so kami dgn tahap kegedikan terlampau menamakannya MR.SAXOBEAT (klau dah nama pelik pelikat tu haruslah dari malay boys 5SC )

Sunday, 5 February 2012

saya berumur 17 tahun dan saya masih kanak-kanak

 Oooopsss rupanya sudah 17 tahun jantung ku berdegup penuh ritma dgn sihatnya. Alahamdulillah ya rabb. walaupun aku berkesedaran yg umo ku kini mencecah 17 tahun tapi jujurnya aku x tau umo 17 tahun tu bukan dlm kategori kanak-kanak riang ria raya .. buktinya ? buktinya bila aku nak makan ubat batuk 30 minit yg lepas (selepas habis enzim dari mulut ku rembaskan ke hadapan buku bio ku yg tersyg...)
first and not last , klau nak makan ubat saya selalu teringat pesanan doktor (ayat iklan pesanan khidmat masyarakat kementerian kesihatan malaysia) kena tgk dosage nya dahulu , then baru la baca bismillah dan telan ..gulp gulp gulp (ghupe minum jus oren) so sebagai rakyat yg berhemah tinggi saya pon mengliarkan mata mencari maklumat berkenaan makhluk bernama ubat batuk ini...
dan inilah hasilnya :

Khadijah is a Superwoman !

●▬▬▬ஜ Assalamualaikum Ya Rasulullah ஜ▬▬▬▬● 

Bersempena dgn maulud nabi , ingin juga aku berkongsi satu dari beribu sirahnya yg cukup awesome tu . lebih spesifik lagi tentang isteri pertama baginda yg dinikahi baginda ketika berusia 25 tahun .. jeng jeng jeng .. siapa dia wanita itu ?? kalau tak tahu inilah masanya untuk kembali menghayati sirah nabawiyah di samping berselawat ke ats baginda ..
kalau dah namanya kongsi , kongsi di sini membawa maksud tekan CTRL + C then bawa balik sini tekan pulak CTRL + V , okay ada faham..hehehe
ini sebenarnya adalah framework buku 'khadijah superwoman' hasil kerja Nurul Shuhada Shuib dan  Senator Hajah Mumtaz Mat Nawi. 
Kredit kepada saudara syaari abdul rahman penulis buku ' kuasa kepemimpinan al-fateh ' .

Sunday, 29 January 2012

Alien ??? !!!

watch this video and you'll find an unexpected image near mercury ........ jeng jeng jeng... (no kidding okay)


Wednesday, 25 January 2012

Zaynab al-Ghazali : Serikandi Ikhwan Muslimin yang mengerunkan regim

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. 

Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. 

Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. 

Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. 

Monday, 23 January 2012

one day full of moment at my kampung

sempena cuti raya cina ni jomlah pakat2 balik kampung pada sesiapa yg punyai kampung, tambahan lagi klau masih ada yg menunggu di sana .... pakat kumpul sesama adik beradik rapatkan sillaturahim lagi , jgn ingat bila kedua ibu bapa dah meninggal tiada apa yg mengikat kita bersama ... together we stand , divided we fall (tetiba) 

rumah kampung sebelah ayah .. laman depan tu dulu kami buat main  rounders ja , masa tu kecik2 blh la  berlari x kenal malu .....



Saturday, 14 January 2012

happy schooling ameera :)

my sweet cousin has begin her schooling era by entering 'taska'  I guess ... Congratulation ameera ^,^ be a good girl okay (she always dance and running whenever she want =,=) listen to teacher and don't 'buli' your senior just like your kak Lisa okay ..hehe I know you will not just kidding k sweetheart . after 5 years now she's grown up , and me too =,= I still remember when her mother, my lovely acu announce her childbirth on 10.10.2008 .. yes without a doubt we were so .. EXCITED !
and because of that exciting I ask my acu to send her sweet baby's picture ... and that so .. I still keep it in my phone even after 5 years ... yes it has been 5 years ....... meera start her first step to school ^,^  full with style ..hehe

my father , my mom and me (picture)

nah masa sepahkan gambar2 lama tadi ni lah hasilnya ..............

 yg ni masa kecik2 umur 8,9 mcm tu , cute kan ,mcm sapa? mcm anak dia kan? bhahaha tipu

I adore my father way of thinking ^,^

hahaha I thought the way of thinking cannot be inherited but today I realize I just get my inspirational idea from my father ....just like my father , I like to think something 'weird' for the other people la ..but actually it's something logical and valid , it just rare..

pagi2 hari ni , dari bilik aku dah dgr beliau nyanyi riang gembira (hehe I like his style when he wake up in the morning with laughful face , tenang rasa hati XD) masa sarapan pulak lagi seronok , sempat bagi tazkirah , hehe mentang2 aku sorang je dlm rmh ni dok tercongok dpn dia makan sandwich hahaha... dgn buku catatan dia pun mula membaca kat aku 
 ~''“Allah SWT tidak menerima keuzuran seseorang yang dilanjutkan usianya sehingga sampai berumur 60 tahun.'' (Hadis riwayat al-Bukhari) , ha ni bermakna klau perangai lama kita x berubah ubah sampai umur 60 tahun , hati hatilah sbb waktu ni waktu kritikal  .. dah nak goal , klau x sempat taubat masa ni .. malapetaka la jwbnya di sana..lagipun masa ni dah x de apa2 dah , kerja utk dunia buat apa , anak2 semua dah besar dah blh makan sendiri , masa ni mmg allah dah tau kita dah free blh fokus utk ibadat ...'' ~

Friday, 13 January 2012

saya seronok ^,^

saya seronok tanpa sebab musabab ...
saya kena marah dgn mak saya (sbb saya malas) hehe mak jgn la marah nnti kita jadi rajin serajin semut tau insyaallah ,saya tau mak pray everyday utk saya , I know u love me a lot lot lot of lot.... bila saya kena marah dgn mak saya tau mak sayang saya ,klau mak x syg mesti mak buat donno je... mesti mak x kesah saya nak rosak ke jahanam ke .. so people when someone get mad at your it is a sign that they love you ...

Thursday, 12 January 2012

I will not let myself left behind them....!

First ,I applaud my friends courage to change .... change to a better student . semua dah pakat siapkan kerja sekolah . okay klau budak perempuan wa x kesah mmg deme spesies rajin mcm wa (kdg2 okay) , ini budak laki yg dahulu penah mengejutkan kami dgn mengonker front middle line kelas , ouh rupanya nak focus la tu  ...... okay okay I like your transformation guy .. insyaallah let us make it last longer till the end of our school okay , jgn hangat2 najis ayam ... jgn buat mcm tu nnti mak marah...

Sunday, 8 January 2012

bila aku offline ........

bila aku offline semua gabra (bukan semua la kwn2 terdekat je ) ... bila aku offline diorg fikir bukan2 (kinah ni tuisyen ke / dia pegi shopping kot / tido la tuw / kena baham buaya ke? / cari siput nak buat lauk kot ) *sebab selalunya aku terpacak cantik je kat chat list tu kan , siap blh ikat kontrak dgn mark zuckerberg  jadi guard pesbuk 24 hours .... tapi sejak aku ada azam baru ni, aku pun take la a little time offline nak buat kerja aku yg melambak tapi x sedo diri nak siapkan...  dari pukul 7 sampai la tengah hari, hari ni banyak bende berfaedah aku buat (banyak prasan ) .... then ptg lak baca novel edisi murid form 5 (x rajin aku nak baca novel cinta , krang mula la melalau angau )

Saturday, 7 January 2012

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Friday, 6 January 2012

umum ~ Apa yang sebenarnya berlaku di Syria

SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.

Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.


umum ~ apa tuntutan BEBAS ?

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :

1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum


time to get serious ~haii wakatta tebayo!~

bhaahaha!!! bagi aku gelak dulu sebelum aku buat muka serius , masuk form 5 semua x nak main2 dah, semua nak serious study ,pakat tuisyen , pakat tulis azam baru , pakat buat kerja sekolah, spm nak dekat dah oii ...aku je nak main2 tapi x de kwn nak main2 karang x pasal2 kena caci maki lak eermm.  okay I know aku nampak je mcm budak skema dlm kelas (betul ke) actually .. dlm minda aku ni nak main je... mcm monkey de LUFFY tu , balik2 fikir nak main  ''ala kerja rmh malam krang blh buat der ''... bila dah malam ''esk copy je apa susah sama jugak jawapan dia '' ... mangkuk betul aku ... so klau kerja rmh pun aku haram malas nak buat apatahlagi study. I'm bad gurl bahahahhah!!! sukati korang nak caye ke x....


Tuesday, 3 January 2012

Tomorrow is the day !

yes ! tomorrow is the day we gonna make it .. no matter how hard to try , no matter how many times we'll fall , we will stand up back ! even if 1000 kg load on our back .. we surely will not give up ! .this time we gonna enjoy and full fill our precious spring time of youth , we fall, we get up, we learn , we fall again we get up again we learn again .. that's all it takes ! 
insyaallah all will be alright . may allah guide us , aminn