Monday 29 April 2013

Talk that Talk that

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) 

Sekiranya kita kaji sejarah silam , semua individu tertinggi dan dihormati di dunia memberikan amaran supaya tidak bergosip dan mengecam orang lain. Ini adalah kerana mereka sedar betapa sikap ini amat merosakkan. Peperangan berlaku disebabkan kata-kata . Manusia terbunuh disebabkan kata-kata . Urus janji terbatal disebabkan kata-kata. Perkahwinan hancur disebabkan kata-kata.


Bukan itu sahaja , gosip dan kritikan menjejaskan kita kerana kita membebaskan racun ke dalam aliran tenaga yang membawa kita ke arah yang kita benar-benar mahukan.


Tanpa kata-kata sekali pun , orang lain dapat mengutip tenaga kita yang negatif , penuh kecaman dan mengkritik ke arah mereka. Dan lagi , apa yang kita katakan berkaitan orang lain , akan kembali kepada orang yang kita katakan itu. Sering saya alami , orang yang mengasihi saya menghubungi saya bagi menyampaikan ada orang yang saya kenali berkata sesuatu yang negatif berkaitan saya. Apakah yang berlaku kepada perhubungan saya dengan mereka ? Ia menjadi retak sedikit demi sedikit.



Sunday 28 April 2013

Pukul , cubit , tampar & tendang

Refer to the previous entry The way you speak & write , stated that 


Examples of skills that usually require interpersonal intelligence are being polite, being interesting to people, talk clearly, being respectful of other people's opinions, knowing how to act around each individual, finding out other people traits , empathy etc. 

But almost of us often lost our focus about this thing when interact with our close friend. Especially in this cases :



knowing how to act around each individual - finding out other people traits

Before we react to what people said , we must find out first what is their traits , how they're communicate , what they're actually means by their words , what personal pronoun they use when speak to you .



Saturday 27 April 2013

The Way You Speak & Write

'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)
Bagi kebanyakan kita , kata-kata kita diluahkan tanpa sedar . Kita jarang berhenti berfikir perkara yang kita sebutkan .Fikiran kita , pendapat kita , kritikan dan kepercayaan keluar dari lidah kita tanpa mengendahkan bahaya ataupun manfaat yang dihasilkan.




Sebaliknya orang yang berjaya menguasai kata-kata mereka.Mereka sedar sekiranya tidak menguasai kata-kata mereka , kata-kata itu menguasai mereka.Mereka sedar fikiran yang mereka fikirkan dan kata-kata yang mereka luahkan ,berkaitan diri mereka dan berkaitan orang lain.Mereka sedar bagi menjadi lebih berjaya ,mereka perlu bercakap dengan menggunakan bahasa yang membina estim diri dan keyakinan diri ,membina perhubungan dan membina impian seperti kata-kata ikrar , dorongan , penghargaan , kasih sayang, diterima , penuh dengan kemungkinan dan bervisi.



Friday 26 April 2013

Me and the moon , before it was cool

This is my personal experience in which I understand a little bit on how political system works . Well it's true, I write this because talking about politics is a trend nowadays in conjunction with the coming 13th General Election. This journal should be write a long time ago but surround with typical teenagers (read : tak kesah politik) is not easy , it took you a lot of courage to be yourself. As what Evey Hammond said in V for Vendetta " I wish I wasn't afraid all the time, but... I am". But the climate has change , people has risen , that's why this coming GE13 said to be the most historical among the previous GE , so even I'm not yet eligible to vote I want to be a part of this changes . 

It sound scary for some people

Sunday 21 April 2013

Fiqh Daulah (Feqah kenegaraan)

Fiqah Daulah Dalam Perkspektif Al-Quran Dan Sunnah adalah sebuah kitab yang dikarang oleh Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi  Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia . Baca di :


Berikut adalah siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz.


Imam Hasan al-Banna dan Pendirian Siyasah (Politik)

Petikan Dari :
PEMIKIRAN POLITIK IMAM HASSAN AL BANNA 
Bab 3: Pembentukan Negara Contoh 
karangan Dr Abdul Hamid al Ghazali

Muqaddimah
Terlebih dahulu sebelum saya menjelaskan pemikiran politik yang akan menentukan halatuju agenda kebangkitan dan proses pembinaan sebuah negara berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, elok saya kemukakan di sini apa yang dimaksudkan dengan politik dan juga negara secara ringkas.
Takrif Politik
Politik mengandungi beberapa maksud antaranya, kaedah untuk memerintah dan mentadbir sebuah negara. Politik juga ialah kuasa atau keupayaan untuk memperolehi apa yang dikehendaki. Politik juga merujuk kepada kaedah berdiplomasi dan mencapai kata sepakat.  Dalam buku al-Siyasah al-Hakimah, Ibnu Qayyim mentakrifkan politik sebagai tindakan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan jauh daripada kebinasaan, walaupun tindakan tersebut tidak dinyatakan oleh rasul dan tidak disebut oleh wahyu. Apa sahaja cara yang boleh mewujudkan keadilan, ia termasuk dalam agama ini.

Saturday 20 April 2013

Transformasi Turki: Daripada Erbakan hingga Erdogan


Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF


Turki merupakan sebuah negara yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sejarah dunia khasnya pada era moden. Ditinjau daripada lensa sejarah Islam, Turki memang penuh dengan konflik dan kedinamikan tersendiri dari segi perjalanan survival politik umat Islam. Perkara ini dilihat terutama pada usia-usia akhir pemerintahan Uthmaniyyah seperti era Sultan Abdul Hamid kedua dan era selepasnya.
Di sebalik kerumitan latar belakang sejarah dan kepelbagaian wacana yang terisi dalam politik Turki, penulisan ini hanya bertujuan membincangkan beberapa ciri dan wacana penting sepanjang perjalanan era perubahan pemikiran Islamis di sana pasca keruntuhan pemerintahan Uthmaniyyah, khasnya pertembungan pemikiran dan pergerakan dua ideolog utama iaitu mantan Perdana Menteri Necmettin Erbakan (1926-2011) dan Recep Tayyib Erdogan (1954 hingga sekarang).

Mustafa Kemal Attaturk
yang bertanggungjawab
 memansuhkan sistem Khilafah

Friday 19 April 2013

Between Konapun and Tamiya , between boys and girls

I thought when we grew up , there's will be no difference in hobby between boys and girls , but of course that was a false perception . Men and women will never be the same , boys like something hard and strong while girls like something pretty and soft (usually). Sesuai dengan fitrah yang diciptakan untuk menyempurnakan antara satu sama lain , manusia hidup dengan prinsip ini , bukankah perbezaan itu merupakan satu bentuk keserasian ?. 

And here we go on one fine day when I found this fun and exciting Konapun - an awesome Japanese toy that lets you make ultra-realistic miniature fake food.Visit their website here : http://www.konapun.com/what-is-konapun


Wednesday 17 April 2013

'' Let's just finish this and go to da party '' , said Kinah

I just got an invitation to go for an interview in UTP or famously known as Educamp utp on 16/4/2013 , yet it was in the same day with Jamuan meraikan pelajar 'cemerlang' PMR & SPM SMKTD , I just put apostrophe there because I don't think I'm worth to be called one . I'm just so lucky , maaan! ~(=,=~) Alhamdulillah for the chance and that so so lucky me.

Aku ditemani ayah dan emak bertolak dari ipoh jam 6.30 am ke UTP Seri Iskandar dengan membawa hati yang berdegup kencang dan minda yang penuh dengan takulan akan kemungkinan2 yang berlaku. Ingatkan dah awal sangat lah tu tolak dari ipoh jam 6.30 , bila sampai je depan Dewan Canselor UTP yang gah dengan design ohsemnya tu , agak terkejut melihat lautan manusia sudah pun memenuhi ruang legar dewan , candidates dari faoundation and undergraduate sudah pun berbaris untuk mendaftar , jaraknya adalah lebih kurang dari Cyberjaya ke Putrajaya *EH*. Sambil berbaris tu sempat juga berkenalan dengan candidates yang lain , Umi dan Nabilah candidates yang paling ramah pada hari tersebut tegur aku dulu memandangkan aku beratur belakang diorang , sebelum tu sempat jugak aku dengar perbualan Umi & Nabilah yang masing2 dari SBP , what do you expect from SBP students ? they quite know a lot about what they are applying . Behind me is a student from Convent Taiping , they are all friendly even that time each of us having a lot of butterflies in our stomach instead of nasi lemak muhehehe.

Dewan Canselor UTP - Gambar dari lensa abang google yang hensem

Sunday 14 April 2013

Menjelang PRU-13 Malaysia; Nasihat, Panduan & Bimbingan Dari MURSHID

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia; Nasihat, Panduan & Bimbingan.


MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.  Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:



1. Prinsip Amanah.
 Al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

Thursday 11 April 2013

Stand Up by J-Min

I'm impressed by this song because I thought these kind of motivational and encouraging song often come from japan but this is the first song from korea proved me wrong (^ω^ ) This is ost in To The Beautiful You , korean version of Hanazakarino Kimitachihe or famously known as Hanakimi , a japanese version. I admit that my adrenalin is flowing enormously through my bloodstream listening to this song , really something!. It was in my top playlist now. Feel like wanna do a concert with this song 〜( ̄▽ ̄〜) what a nonsense.


Wednesday 10 April 2013

Salam PRU 13 dari Turki

Mengikuti perkembangan politik di Republik Turki dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turki dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab.

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh.

Sunday 7 April 2013

Selingan PRU13 : Mengapa Perlu Mengundi ?

1. Kenapa saya perlu mengundi?

Pertama, kita perlu perbetulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, dalam politik barat, mereka mencari kuasa dan menjauhkan orang lain. Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara. Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.



Friday 5 April 2013

Kecelaruan apabila fakta sejarah dinovelkan

Novel sejarah Hijrah Karya Abdul Latip Talib terbitan PTS telah pun ditarik balik dari pasaran berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan fakta yang dikemukakan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil  dalam satu seminar di sebuah IPTA baru-baru ini. Ustaz Hasrizal yang juga merupakan seorang blogger terkenal banyak memberi teguran terhadap novel ini dalam laman facebook dan web beliau selain membentangkan kajiannya dalam satu seminar di kampus tentang penyelewengan fakta yang agak ketara di dalam novel berkenaan terutamanya berkaitan kecelaruan metod penulisan yang telah digunakan oleh novelis berkenaan. Ia menjadi kritikal apabila turut menyentuh aspek Sirah Nabi yang menurutnya sarat dengan fiksyen yang terkandung dalam novel berkenaan. Kesilapan fakta yang bercanggah dengan akademik dan sirah dikatakan antara punca utama penyelewengan novel ini.

Wednesday 3 April 2013

Panduan Mengundi dalam PRU bagi Muslim

Panduan mengundi dalam PRU oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

Tuesday 2 April 2013

Matilda (1996) a great movie to be watch with family

Ketika aku dalam linkungan 8-10 tahun , kami sekeluarga seperti biasa ketika itu menunggu malam hujung minggu di hadapan TV menonton filem hollywood . Ianya merupakan suatu perkara yang menyeronokkan apabila kami sekeluarga berkumpul bersama di hadapan TV menonton filem , kami adalah pengkritik filem terhebat dalam sejarah manusia (sarcasm detected)┏(^0^)┛. Genre yang paling aku suka sudah tentu aksi dan imaginasi . Harinya pun tiba apabila kami tanpa dirancang menonton sebuah filem tentang seorang kanak-kanak yang suka membaca walaupun keluarganya menerapkan cara hidup yang amat bertentangan. Setelah beberapa peristiwa , kanak-kanak tersebut iaitu Matilda menyedari beliau mempunyai kuasa menggerakkan benda hanya dengan menggunakan pandangan mata.Matilda disekolahkan di sebuah tadika yang mana pengetuanya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ganas. Maka beliau menggunakan kuasa matanya untuk menendang pengetuanya keluar dari sekolah tersebut. Matilda meminta untuk menjadi anak angkat kepada guru kesayangannya dan begitulah cerita tersebut berakhir.


Monday 1 April 2013

Mengambil Ibrah dari Shin Chan

Siapa yang tak kenal dengan Shin Chan ni memang sah duduk bawah batu , even my previous grandma pun kenal tau budak bernama Nohara Shinosuke ni or famously known as 'budak pipi tembam sebelah'.Dari kecik mesti tunggu depan tv channel ntv7 pukul 7.00pm nak tengok Shin Chan . Bila dah pandai membaca mula la beli komik Shin Chan , dah menjadi 'adat' kami adik-beradik bace komik Shin Chan then berdekah-dekah gelak . Bukan banyak pun dalam rumah ni , ada 4 je dan itulah yang kami dok ulang2 bace tapi lawak dia memang tak pernah jemu. Inilah hiburan masa lapang kami berempat di rumah.Bukan senang untuk buat orang gelak , mudah lagi untuk buat orang menangis. Yoshito Usui worth the title 'legend' (he's dead *moment of silent*)