Sunday, 28 April 2013

Pukul , cubit , tampar & tendang

Refer to the previous entry The way you speak & write , stated that 


Examples of skills that usually require interpersonal intelligence are being polite, being interesting to people, talk clearly, being respectful of other people's opinions, knowing how to act around each individual, finding out other people traits , empathy etc. 

But almost of us often lost our focus about this thing when interact with our close friend. Especially in this cases :



knowing how to act around each individual - finding out other people traits

Before we react to what people said , we must find out first what is their traits , how they're communicate , what they're actually means by their words , what personal pronoun they use when speak to you .




Bagi aku ini adalah satu contoh apabila kita sudah mula memahami rentak komunikasi antara satu sama lain. Bahasa yang penuh gurauan dan tindak tanduk yang nakal , ini merupakan cara kita menonjolkan keakraban bersama kawan baik. Kebiasaan ini menjadikan mereka selesa bersama . Ada orang yang misconception di antara tindakan biadap dengan gurauan . Apabila seorang individu itu gagal mengenal pasti 'jenis' ataupun 'cara' individu lain berkomunikasi , dia cenderung untuk memberi reaksi yang salah , terutamanya dalam bergurau.

Benar , dalam setiap guaraun ada hadnya , dalam bergurau juga kita perlu melihat sensitiviti individu tersebut. Antara adab dalam bergurau adalah tidak keterlaluan dan jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.

Baik , cuba bayangkan sebuah situasi dimana kedua-dua kawan rapat yang sudah bertepuk tampar sekian lama tetapi masih lagi terdapat isu 'tersinggung' dengan gurauan masing-masing . 

Reaksi 1
A : Ko busuk bau bangkai , pegi mandi 
B : ...... aku x de mood , ko tau x bergurau x kena tempat tu berdosa *muka serious , sinis dan tidak memandang kawannya*

Ketika itu kedua-dua belah pihak perlu merenung kembali apakah punca masalah tersebut. Yang pertama , kita lihat cara si memberi pesanan (A) , adakah gayanya wajar ?. Jika kedua mereka sudah selesa  dengan cara gurauan masing-masing setelah sekian lama bersama , dimana jika ditendang pun tidak membawa mana-mana pihak ke mahkamah , maka agak tidak wajar menyalahkan sepenuhnya kepada A , kerana A hanya bertindak mengikut seperti kebiasaannya bersama B.

Kita lihat pula kepada si penerima pesanan (B) , adakah gayanya wajar ?. Jika sebelum ini mereka selesa dengan gurauan mesra sedemikian , apakah yang menjadi masalah kepada B untuk menerimanya waktu tersebut ? Kerana B dipenuhi masalah dan tidak boleh diganggu ? . Well A bukannya ahli nujum mahupun peramal masa depan untuk mengetahui situasi B ketika itu , B seharusnya faham bahawa A tidak mengetahui hakikat dirinya ketika itu dan seharusnya menjelaskan keadaannya dengan reaksi yang padan sebagai kawan yang sudah terbiasa dengan pukul , cubit , tampar & tendang 

Reaksi 2

A : Ko busuk bau bangkai , pegi mandi
B : woi ko dah lama hidup ke cakap aku bangkai  *nada gurauan* . Beb aku ada masalah la... *nada aduan*


Reaksi yang bagaimanakah yang anda suka ? Reaksi yang pertama atau yang kedua ? Apabila kita berhadapan situasi sebegini kita cenderung untuk menyalahkan sepenuhnya kepada pemberi pesanan (A) tanpa mengambil kira kewajaran tindakan B , seperti mereka tidak pernah pukul , cubit , tampar & tendang dengan mesranya sebelum ini pula . 




Kebanyakan kita juga cenderung untuk bekelakuan seperti B dalam reaksi yang pertama , kita sedar kawan kita bergurau dengan tidak mempunyai maksud untuk menyinggung perasaan tetapi disebabka kita depengaruhi emosi kita cuba untuk menukarkan situasi turut beremosi dengan kita . Reaksi sebeginilah yang menyebabkan keadaan menjadi keruh , tidak menjadi masalah sekiranya B mengikut rentak A jika ketahuan A memang seorang kaki gurau dan B sebelum ini juga beribu kali betumbuk tampar dengannya. Jangan disebabkan kita merasa sedih , kita turut mahu orang lain menjadi sedih. 

sama ada si pemberi pesanan mahupun si penerima pesanan keduanya perlu melihat kembali tindakan mereka dalam menghasilkan tindakan dan reaksi masing-masing . Cuba ambil masa untuk bertanya kepada rakan adakah mereka selesa dengan cara gurauan kita atau cara kita memberi reaksi terhadap mereka jika mereka dilihat tersentuh dengan 'gaya pukulan' kita. Kemaafan dan keterbukaan merupakan asas penting dalam menghadapi situasi begini.

Antara 'aku ko' dan 'saya awak'

Dulu pernah juga aku terdengar kenyataan macam ni ' tak baik guna aku ko , x sopan tau nampak biadap , lebih baik kita guna saya awak ' 

Lain orang lain gayanya dan setiap kelompok individu mempunyai gaya percakapan yang berbeza . Untuk menyesuaikan diri ke dalam kelompok-kelompok ini maka tentulah kita perlu mengikut rentak iaitu kebiasaan kelompok ini yang sukar diubah dan tidak berkepentingan pun untuk diubah. Jika ditempat anda menggunakan bahasa 'I you' maka gunakanlah , jangan timbul pula kenyataan 'gedik je guna I you bajet omputeh' , memang xde skill langsung  ~ x bergaya~

'' knowing how to act around each individual - finding out other people traits.
Before we react to what people said , we must find out first what is their traits , how they're communicate , what they're actually means by their words , what personal pronoun they use when speak to you .''


Jika mengikut cara aku dan kawan-kawan , 'aku ko' ni dikira kata ganti nama paling mesra antara yang lain, hanya yang kami berasa selesa untuk pukul , cubit , tampar & tendang bersama dengan mesra akan medapat kata ganti nama ini , maka ia juga boleh dikira sebagai penghormatan . 

Interpersonal intelligence memang penting bagi memastikan setiap reaksi yang bakal kita hasilkan wajar mengikut situasi.