Monday, 1 April 2013

Mengambil Ibrah dari Shin Chan

Siapa yang tak kenal dengan Shin Chan ni memang sah duduk bawah batu , even my previous grandma pun kenal tau budak bernama Nohara Shinosuke ni or famously known as 'budak pipi tembam sebelah'.Dari kecik mesti tunggu depan tv channel ntv7 pukul 7.00pm nak tengok Shin Chan . Bila dah pandai membaca mula la beli komik Shin Chan , dah menjadi 'adat' kami adik-beradik bace komik Shin Chan then berdekah-dekah gelak . Bukan banyak pun dalam rumah ni , ada 4 je dan itulah yang kami dok ulang2 bace tapi lawak dia memang tak pernah jemu. Inilah hiburan masa lapang kami berempat di rumah.Bukan senang untuk buat orang gelak , mudah lagi untuk buat orang menangis. Yoshito Usui worth the title 'legend' (he's dead *moment of silent*)


Belajar dari Shin Chan ? sound funny and nonsense. How could that naughty little kid can give us something to  learn and use ?. Of course in any books in any story , there will be something to ponder upon. Bagi golongan yang berfikir pasti terdapat pengajaran dimana-mana sahaja walaupun hanya pada kisah seorang budak tadika yang nakal. It's up to you whether you want to accept the idea or ignore it.

Masa kecik dulu , ustazah aku ada berpesan 'jangan tengok Shin Chan akhlak dia buruk suka lawan cakap ibu'. Mungkin Shin Chan ni lebih elok menjadi hiburan golongan yang sudah boleh membezakan antara baik dan buruk . Ada sesuatu disebalik Shin Chan yang lebih hebat dari nobita yang suka berputus asa , dia seorang kanak-kanak yang kadangkala dilihat tidak mempunyai perasaan , kerjanya hanya bermain dan membuat perkara yang pelik diluar tabii.

Seperti animasi Jepun yang lain , budaya dan cara hidup rakyat jepun boleh dilihat dalam siri animasi Shin Chan iaitu anak-anak kecil sudah diasuh untuk melakukan kerja rumah .Shin Chan seperti kanak-kanak seusianya juga suka membantah cakap tetapi dia sebenarnya tetap melakukan suruhan tersebut. Membawa haiwan peliharaan mereka 'shiro' berjalan-jalan , membantu misae di dapur , mengemas rumah , membantu membeli barang di kedai  , segalanya ini merupakan tanggungjawab yang sudah dipikul Shin Chan walaupun masih berumur 6 tahun. Shin Chan juga akan sedih dan merajuk bila dimarahi , dia juga akan marah dan merajuk seperti kanak-kanak lain.


Biarpun bagi sebilangan orang , Shin Chan merupakan seorang budak yang 'annoying' tetapi itulah yang menjadi personaliti istimewa dia . Orang lain masih pening memikirkan masalah dia masih tetap cool dan selalu menjadi hero kepada permasalahan yang berlaku , just take that action why think so much like you were so genius ? . Situasi yang sedih , tegang dan kelam kelibut tidak berjaya mempengaruhi Shin Chan agar turut serta beremosi mengikut situasi ' I'm the master of my feeling and mind , why would I let the situation control my feeling ? '. Shin Chan adalah karakter paling cool ... di luar kebiasaan manusia lain.

Drama dan animasi Jepun terkenal sebagai karya yang penuh dengan nilai persahabatan , Shin Chan juga tidak terkecuali . Aku tertarik dengan satu episod dalam volume 44 'the lord of ikaring , lagenda sotong goreng' ala-ala the lord of the ring , kazama (frodo) dan Shin Chan (sam) ketika hendak berpisah setelah mengharungi pelbagai cabaran , ada satu dialog yang berbunyi :

Aku memang bahagia....
kerana mempunyai kawan seperti kamu.
Itulah sebabnya aku terus hidup!

Sejujurnya air mata aku hampir menitis ketika membaca ayat tersebut , tambahan lagi ketika itu scene kazama dan Shin Chan berpelukan sambil menangis. Shin Chan adalah karya yang hebat kerana berjaya membuat pembaca ketawa dan menangis pada masa yang sama.


Kisah di dalam Shin Chan tidak selalunya hanya menjadi bahan ketawa semata-mata.Ketika aku membaca Volume 47 , tanggapan aku terhadap Shin Chan berubah . Sebelumnya aku menyangka tiada apa yang boleh diambil pengajaran dari kartun 'mengarut' ni. Kisah cikgu Matsuzaka dan kekasihnya Dr. Takuro yang berjanji untuk berkahwin , tetapi Dr.Takuro yang merupakan pakar geologi terpaksa berangkat ke Afrika untuk menggali fosil dinasour. Malangnya Dr.Takuro mati dibom oleh pemberontak kerajaan.

Keadaan tersebut amat mengejutkan cikgu Matsuzaka , biarpun begitu beliau tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.Beliau menjadi semakin aktif di tadika , bermain bola bersama murid-murid , membersihkan stor , mencabut rumput , kerja-kerja yang sebelumnya beliau sendiri tidak pernah lakukan.Pengetua dan rakan guru yang lain tidak mengesyaki apa-apa yang pelik sehingga dia ditangkap minum arak di kawasan sekolah secara sembunyi.Semenjak kematian Dr.Takuro , cikgu Matsuzaka menjadi kaki botol dengan harapan supaya dia cepat mati dan menyertai Dr.Takuro. Ketika pulang dari bar , cikgu Matsuzaka terserempak dengan samseng dan bergaduh dengan mereka .Dia menang dalam pergaduhan tersebut dan secara tak sengaja seorang jurulatih tinju melihat pergaduhan tersebut lalu menawarkan dia menjadi ahli tinju. Cikgu Matsuzaka menerima tawaran tersebut kerana bercita-cita untuk mati dalam perlawanan yang akan datang , dia berlatih bersungguh-sungguh sehingga jurulatihnya menyangka beliau berlatih untuk menang.

Hari perlawanan tiba ,Cikgu Matsuzaka berlawan dengan seniornya iaitu Akina ( Sakinah tanpa S dan H lalalalala). Cikgu Matsuzaka membiarkan dirinya ditumbuk sehingga Shin Chan datang membawa surat yang ditulis Dr.Takuro.Surat tersebut dibacakan sambil cikgu Matsuzaka berlawan dengan Akina .

'' Sebagai seorang ahli kajipurba , segala usaha aku akan menjadi sumber budaya generasi muda!.Kerja kau pula adalah menjaga kanak-kanak untuk perhubungan masa depan , aku sungguh mengagumi kau!''

Jika sebelumnya Cikgu Matsuzaka berjuang untuk mati , sekarang dia berjuang dengan semangat untuk terus hidup. Setelah selamat dari perlawan tersebut , cikgu Matsuzaka terpaksa berdepan dengan Ibu bapa pelajar tadika yang memaksa pengetua mengambil tindakan memberhentikan dia kerana minum arak dalam kawasan sekolah.Murid-murid mengadakan demo bantahan terhadap tindaka tersebut , kesatuan dilihat dalam episod tersbeut , biarpun hanya kanak-kanak suara mereka tetap didengari ! .

Misae dan ibu Nini menyokong bantahan tersebut

'' Aku rasa setelah mengalami perkara kali ini , cikgu Matsuzaka patut sudah memahami kesedihan dan kesesakan .Aku rela menghantar anak aku kepada cikgu yang memahami hati seseorang ''

'' Betul ! Sesiapapun boleh melakukan kesalahan , asalkan tahu menginsafi diri , tidak melakukan kesalahan yang sama , aku boleh menerima dia lagi ''

Cikgu Matsuzaka diterima menjadi guru semula dan dengan azam yang baru , kini beliau menjadi guru yang aktif melayan murid-murid bermain , tidak seperti sebelumnya .

''Seperti yang kau pesan , aku akan terus hidup untuk mendidik anak bangsa , Takuro ! . Harap kanak-kanak ini boleh mengubah dunia yang tiada perang dan kejahatan. Selamat tinggal Takuro.''


Cikgu Matsuzaka bukanlah seorang yang bersemangat dalam kerjayanya sebagai guru , setelah kejadian tersebut , dia telah menjadi seorang guru yang komited terhadap tanggungjawabnya , itulah hikmah yang berlaku kepada beliau .

'' Perspektif kita mengenai kehidupan akan berubah selepas mengalami perubahan dalam fasa kehidupan itu sendiri .''
'' Kini saya sedar yang membuat kesilapan , penyesalan , dan membuat pilihan yang salah adalah sebahagian daripada lumrah kehidpan manusia.Tidak salah berasa kecewa , lemah , dan kerdil akibat daripada dugaan yang kita hadapi. Namun , yang lebih penting adalah kesanggupan kita bangun dan belajar daripada kesilapan yang kita lakukan .''
'' Kita mungkin tidak mampu mengawal perkara yang berlaku di sekeliling kita , tetapi kita mampu mengawal sikap dan tindakan kita. Ini yang membezakan kita dengan orang lain.''
- Chicken Soup for the Soul -

The Idea I want to brought here is whatever you read or watch , make sure you find the moral of the story or else you just waste your time . We look at thing as we are not as they are.