Saturday, 27 April 2013

The Way You Speak & Write

'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)
Bagi kebanyakan kita , kata-kata kita diluahkan tanpa sedar . Kita jarang berhenti berfikir perkara yang kita sebutkan .Fikiran kita , pendapat kita , kritikan dan kepercayaan keluar dari lidah kita tanpa mengendahkan bahaya ataupun manfaat yang dihasilkan.




Sebaliknya orang yang berjaya menguasai kata-kata mereka.Mereka sedar sekiranya tidak menguasai kata-kata mereka , kata-kata itu menguasai mereka.Mereka sedar fikiran yang mereka fikirkan dan kata-kata yang mereka luahkan ,berkaitan diri mereka dan berkaitan orang lain.Mereka sedar bagi menjadi lebih berjaya ,mereka perlu bercakap dengan menggunakan bahasa yang membina estim diri dan keyakinan diri ,membina perhubungan dan membina impian seperti kata-kata ikrar , dorongan , penghargaan , kasih sayang, diterima , penuh dengan kemungkinan dan bervisi.




Hakikatnya , kata-kata kita disertai dengan tenaga ataupun mesej yang mencipta reaksi ke dalam diri orang lain.Reaksi itu yang selalunya berganda-ganda.Sekiranya kita biadap, tidak sabar , sombong ataupun suka bermusuh , kita dapat menjangkakan tindakan negatif ini dipulangkan kepada kita.

Semua yang kita kata menghasilkan getaran dalam dunia ini.Semua yang kita kata kepada seseorang menghasilkan kesan kepada orang itu.Sedarlah yang kita sentiasa mencipta sesuatu , sama ada positif ataupun negatif dengan kata-kata kita.


Sentiasa bertanyakan diri sendiri , "Adakah apa yang akan saya sebutkan dapat mendekatkan saya kepada visi , misi dan matlamat saya?" "Adakah ia menaikkan semangat si pendengar?" "Adakah ia menginspirasikan,memotivasikan,dan mencipta momentum ke depan?" "Adakah ia melenyapkan ketakutan dan mencipta keselamatan dan kepercayaan?" "Dapatkah ia membina estim diri,keyakinan diri dan kesanggupan mengambil risiko dan tindakan?"


 - Dipetik dari The Success Principles oleh Jack Canfield , Bahagian 4 : Mencipta Perhubungan yang Berjaya, Prinsip 51 : Bercakap dengan Jelas





Lidah sememangnya begitu berkuasa , mungkin lebih berkuasa dari mesin pengisar daging . Memang benar kita sedar , elok diperhatikan bicara lidah agar tidak menyinggung perasaan pihak lain mahupun yang tidak membawa faedah kepada diri. Selalu kita pesan kepada diri agar berfikir dahulu sebelum berkata tetapi realitinya berapa ramai yang berfikir sesudah berkata ? . Kesan berkata-kata ini begitu besar hingga diabadikan dalam peribahasa 'terlajak perahu boleh di undur , terlajak kata buruk padahnya'. 

Terdapat 2 jenis individu
1.Sengaja dengan niat berkata untuk menyakitkan sesuatu pihak
2.Tidak sengaja dengan niat berkata untuk menyakitkan sesuatu pihak




“My mouth is often wounded by my sharp words, so sometimes when I’m out in public, I’ll wear a large Band Aid over my lips.
” 
― Jarod KintzThis Book Has No Title

Mari kita fokus kepada golongan yang kedua memandangkan golongan pertama jelas memerlukan perubahan sikap . Berlainan dengan golongan yang kedua dimana masih ada pihak yang sering tersinggung dengan kata-kata mereka walaupun mereka sudah sebaik mungkin menapis dan menggarapkan unsur-unsur cinta di dalam berkata-kata , berkemungkinan mereka memerlukan kuliah etika dan kemahiran  komunikasi interpersonal , kerana mungkin mereka seorang yang kurang berkemahiran dalam berkomunikasi , bukan niat golongan ini untuk menyinggung. 


1.Think

This process also must be apply to what you write on social networks ( e.g Facebook , Twitter) . 
Latih diri anda untuk menggunakan proses ini setiap kali mahu berkata-kata mahupun menulis di laman sosial,jika salah satu kayu ukur ini tidak dipenuhi maka tinggalkanlah apa yang mahu diperkatakan , dan jika ianya benar (true) tidak semestinya ia perlu (necessary) dan baik (kind). Gunakan akal untuk menilai tindakan anda . Jika anda sudah terbiasa dengan proses ini , iaitu menilai T.H.I.N.K sebelum berkata-kata,anda akan mula melakukannya secara automatik.Jadikan ini sebagai kebiasaan (habit) anda. This is how we install ethics in ourselves.

Just because you feel to say/write it doesn't mean you have to say/write it. 




2.Interpersonal skills 
Examples of skills that usually require interpersonal intelligence are being polite, being interesting to people, talk clearly, being respectful of other people's opinions, knowing how to act around each individual, finding out other people traits , empathy etc. 
(Refer to http://www.skillsyouneed.com/interpersonal-skills.html)
Those who not prepared themselves with this interpersonal skills may found that their relationship (father,sister,mother,teachers,friends,spouse) is frequently not going well , interpersonal skills is basic skills and it can influence your behavior and attitude. Interpersonal skills help in both professional and personal lives.



Pemikiran , perkataan , perasaan , dan tindakan , semuanya adalah doa .Menurut Imam al-khattabi
''Doa adalah permohonan daripada seorang hamba kepada tuhannya . Perkara asas dalam berdoa adalah merasai pergantungan yang kuat kepada tuhan.''
Ramai yang berdoa supaya Allah mengabulkan impian mereka tetapi pemikiran mereka tidak selari dengan doa mereka sendiri.Mereka berdoa supaya dianugerahkan kecermelangan dalam akademik sebagainya , tetapi hati kecil mereka mengatakan yang mereka pasti tidak berjaya sampai bila-bila .Oleh itu , buangkan keraguan dalam doa kita , dan yakinlah allah pasti mengabulkan doa kita.Ramai yang inginkan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi , namun ada yang menulis post yang bernada negatif di facebook dan twitter masing-masing.Posting seperti ''bencinya'' ''aku takut'' ''geramnya'' ''tension'' sudah menjadi kebiasaan.Tanpa disedari , penulis status sebegini menarik perkara negatif dalam hidup mereka.Kita menarik apa yang kita fokuskan.

Oleh itu , pastikan apa jua yang kita tulis , ucap dan rasa , semuanya bersifat positif . - Law of Universal Attraction 

Biasanya kita menggunakan kata-kata yang merosakkan bukan kerana kita tidak baik tetapi kerana kita tidak menumpukan perhatian.Kita tidak pernah diberitahu tentang betapa berkuasanya kata-kata - Jack Canfield


 Untuk berkata-kata juga memerlukan kemahiran kerana dari situlah akal dan peribadi kita akan dinilai.