"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Sekiranya kita kaji sejarah silam , semua individu tertinggi dan dihormati di dunia memberikan amaran supaya tidak bergosip dan mengecam orang lain. Ini adalah kerana mereka sedar betapa sikap ini amat merosakkan. Peperangan berlaku disebabkan kata-kata . Manusia terbunuh disebabkan kata-kata . Urus janji terbatal disebabkan kata-kata. Perkahwinan hancur disebabkan kata-kata.
Bukan itu sahaja , gosip dan kritikan menjejaskan kita kerana kita membebaskan racun ke dalam aliran tenaga yang membawa kita ke arah yang kita benar-benar mahukan.
Tanpa kata-kata sekali pun , orang lain dapat mengutip tenaga kita yang negatif , penuh kecaman dan mengkritik ke arah mereka. Dan lagi , apa yang kita katakan berkaitan orang lain , akan kembali kepada orang yang kita katakan itu. Sering saya alami , orang yang mengasihi saya menghubungi saya bagi menyampaikan ada orang yang saya kenali berkata sesuatu yang negatif berkaitan saya. Apakah yang berlaku kepada perhubungan saya dengan mereka ? Ia menjadi retak sedikit demi sedikit.
Tambahan pula , saya dapati apabila saya bergosip berkaitan orang lain :
1.Saya berasa murung sejenak
2.Saya memusatkan perhatian saya kepada perkara yang tidak saya mahukan dalam hidup ini , sepatutnya saya mencipta lebih banyak perkara yang saya mahukan
3. Membazirkan masa saya.Saya dapati yang saya dapat menggunakan kuasa mental dan lisan bagi mencipta lebih banyak perkaya yang saya mahu dengan menumpukan kuasa kata-kata saya yang melimpah ruah itu.
Bagi bercakap dengan jelas apabila menunjukkan kata-kata kepada seseorang :
1.Beri komitmen untuk menjadi jelas ketika bercakap kepada orang lain
2.Berusaha menghargai sesuatu berkenaan setiap orang yang berhubung dengan kita
3.Membuat komitmen berkata benar , seboleh mungkin , dalam semua interaksi dan urusan dengan orang lain.
4.Jadikan setiap interaksi kita bersama orang lain dengan niat bagi menaikkan semangat mereka walaupun kecil. Kemudian amati perasaaan itu apabila kita melakukannya.
Keburukan terbesar berkaitan gosip adalah ia mengeruhkan fikiran kita yang jernih. Orang yang bercakap dengan jelas dapat melihat dunia ini lebih jelas. Mereka dapat berfikir dengan jelas . Oleh itu mereka dapat menjadi lebih berkesan dalam mencapai keputusan dan tindakan. Dalam buku The Four Agreements , Don Miguel Ruiz menyamakan proses gosip seperti menyebarkan virus komputer ke dalam fikiran kita. Ia menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan jelas.
Berikut adalah amalan praktikal bagi menghentikan diri kita serta orang lain bergosip :
1.Menukar tajuk perbualan
2.Katakan sesuatu yang positif berkaitan orang yang diperkatakan itu
3.Melangkah pergi dari perbualan itu
4.Mendiamkan diri
5.Jelaskan yang kita tidak mahu bergosip berkaitan orang lain
- Memetik dari The Success Principles oleh Jack Canfield , Bahagian 4 : Mencipta Perhubungan yang Berjaya, Prinsip 51 : Bercakap dengan Jelas
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujuraat 49:12)
Yes human love to talk behind about the other person especially when it comes to something negative . We sometimes felt glory by doing that . One most important thing we must remember before gossiping is those negative things we said about the other person behind them , will reflect to us . Bergosip hanya akan membuatkan kita fokus kepada kelemahan , ia akan menganggu fokus kita dalam membina kejayaan , suatu kerugian besar kepada diri sendiri.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Punca mengapa kebanyakkan individu suka bergosip adalah kerana mereka cenderung untuk besangka buruk .
" Saya dapati apabila saya meragui orang itu , ia mendorong saya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada mereka . Malah , mengakibatkan perhubungan semakin teruk. Secara umum , kita dapat apa yang kita harapkan. Oleh itu , saya pilih bagi mengharapkan yang terbak daripada orang lain. " - Zuhairi Nopiah Law of Universal Attraction.
Sebelum kita menciptakan tanggapan yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada orang lain , cuba laukan perkara berikut terlebih dahulu
1. Percaya pada perihal terbaik dalam diri orang lain
2.masuk ke dalam kasut mereka (membayangkan dan cuba merasai situasi mereka)
3.Teguhkan keyakinan daripada keraguan
4.Ingat perkara baik bukan perkara buruk
Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
Memetik dari artikel Dr.Asri : Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
Memetik dari artikel Dr.Asri : Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
Dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).
Walaupun dia minum arak, itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihannya itu. Kita lebih wajar demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.
Dosa-dosa batin dan perkataan ini (mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi) kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):
“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).
Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.
Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:
“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)
Menyatakan keburukan orang lain memang amat menyeronokkan jika biasa diamalkan , harus diingatkan ramai manusia gagal bukan kerana mereka tidak mahu berjaya , tetapi kerana mereka terlalu fokus pada apa yang mereka tidak suka . Bayangkan jika hari-hari kita bercakap tentang perlakuan negarif orang lain dengan tujuan untuk mengaibkan orang tersebut , secara tidak sedar kita juga telah membina karakter yang sama kerana kita fokus kepada perbuatan tersebut.
Why we so busy talking about other people lives whereas we have our own to take care of ?. Jika hari-hari kita jadikan sebagai medan kita bercerita tentang orang lain , bermakna kehidupan mereka tentu lebih menarik berbanding kita , sebab kita hanya akan bercakap tentang perkara yang kita anggap menarik right ?. So if someone talk behind about us , be proud guys ! our lives is far far more interesting exciting and awesome than them !