Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(QS At-Taubah : 103)Membayar zakat bagi orang islam adalah dengan membayar 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan adalah cara terbaik bagi mendapatkan jaminan kemakmuran yang pernah dikatahui manusia.Ramai individu terkaya di dunia dan orang berjaya merupakan penderma tegar.Dengan selalu menderma , kita pun dapar memainkan peranan satu daripada sifat ketuhanan iaitu memberi , menjadikan diri kita sendiri bertambah mewah.
Ia bukan hanya memberika kebaikan kepada orang lain tetapi kebaikan itu juga melimpah kepada diri pemberi.Kebaikan ini merentasi semua agama kerana sifat memberi itu mewujudkan hubungan spritual antara tuhan dengan kita serta memupuk kasih sayang antara kita . Menderma terbukti cara yang terbaik bagi dimurahkan rezeki.Hakikatnya , semakin kita berjaya , semakin banyak kemewahan bagi dikongsi bersama.Ramai individu menjadi orang kaya sering melambangkan peningkatan kekayaan dalam kalangan masyarakat dalam maksud yang lebih besar.
Rasulullah saw bersabda:
“Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)
Robert Allen ,pengarang bestseller Nothing Down dan The One Minute Millionaire , dulu tidak pernah menderma .Namun semenjak dia kehilangan segala-galanya,dia berfikir sendirian dan berkata,"Tunggu dulu.Saya sebenarnya memiliki wang yang banyak.Saya orang yang menjadi guru mengajar orang lain cara menjadi kaya.Ke mana pergi semuanya? Tentu ada perkara yang tidak betul yang sudah saya lakukan."
Akhirnya Robert berusaha kembali mendapatkan kesenangan.Dia berjaya tetapi dia juga mendapat pengajaran berharga ketika dalam perjalanan itu . Sebaik sahaja dia mula menderma , tiba-tiba dunia baru terbuka luas.Walaupun hutang-piutangnya keliling pinggang,namun dia tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya .Tidak lama selepas itu , banyak peluang baru mula datang kepadanya , mungkin 10 kali mati dna hidup semula pun tidak habis. Dia yakin itu semua adalah kerana dia rajin menderma.
Namun kisahnya lebih terkesan lagi di hati apabila dia memberikan inspirasi kepada orang lain bagi menderma.Dia teringat seorang wanita yang mendekatinya lalu merungut ,"Saya dan suami saya tidak dapat menderma.Duit bagi membayar pinjaman rumah pun sekadar cukup sahaja.Gaya hidup kami menelan berlanja USD5,000 sebulan.Kami sentiasa tidak cukup duit bila hujung bulan.
Robert Menegur kata-kata wanita itu,"Kamu tidak menderma kerana kamu mahu medapatkan sesuatu.Kita menderma kerana kita sudah mendapatkannya.Ada enam bilion manusia di atas muka bumi ini yang sanggup beri kamu hati mereka bagi mendapatkan apa yang kamu miliki.Kita menderma kerana kita rasa bersyukur atas kesenangan yang diberikan tuhan kepada kita."
Robert tidak pernah mengharapkan balasan apabila menderma.Dia menderma kerana dia sudah merasai keberkatan yang dilimpahkan kepadanya.
Diperik dari The Success Principles Jack Canfield , Bahagian 5 - Kejayaan & Wang , Prinsip 61 - Banyakkan memberi supaya mendapat lebih lagi.
Perumpamaan orang yang meninfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)
Money can't buy happiness , but by giving it out to others will .....
Ever heard about the story of an apple tree which often give whatever 'she' had to a little boy until he grown up ?