Tuesday 27 November 2012

27.11.2012

what I'm gonna say right now is I'M FREEEEEEEEEEEE !!!!!!!!!!!!!! saya adalah makhluk yg bebas dari kekejaman SPM !! mwahahahahaahah !! akhirnya setelah hampir 11 tahun dlm usaha menuntut kemerdekaan , terlaksana juga impian ku .. negara ku telah merdeka dari SPM dgn ujian terakhir yg tidak terkalah kegetirannya iaitu kertas biologi pada 27.novermber.2012 hehehehe!!
Dan itu juga bermakna aku bukan lagi pelajar sekolah  .. *apa ?* ya aku bukan pelajar SEKOLAH .. omg jadi aku apa ? .... aku adalah pekerja tetap di rumah ibu bapa ku sebagai tukang rasa makanan dan tukang kritik drama-drama di kaca televisyen ya . selain itu aku juga telah diiktiraf sebagai full time facebooker dan segala mcm ER , twitter , youtuber , blogger , googler , yahooer dan ginger .. EH.

Friday 16 November 2012

Pedulikah kita ? jika ya , bagaimana ?


Marilah peduli.Cukuplah dengan perkara-perkara remeh yg diperbesarkan, buka mata,lihat dunia sahabatku

Assalamu’alaikum,
Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur bagiku.