Saturday, 30 June 2012

perhimpunan orang-orang pink sedunia

Setelah berjaya menyibukkan diri pada hari sukan sekolah yg jatuh pada jumaat 29.jun ... (x sesibuk mna pun sbb wa bukan atlet angkat berat yg berbakat kahkahkah) .. aku dan rakan-rakan hoyyeaah! ku sekali lagi dipanggil untuk terlibat dlm pertandingan antara sekolah anjuran persatuan puteri islam sedunia (heh banyak la dunia ko) pada 30.jun bersamaan dgn sabtu cuti hujung mingguku yg terkorban dek kerana menghadiri KARNIVAL HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2012.
maka dengan muka tak cukup tido kami pun bertolak menuju SK WIRA JAYA (seriously wa mmg x penah dgr nama sekolah ni) yeaah perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam...bukan sbb jauh tapi disebabkan faktor ketidakfamousannya (ooppss) sehingga menyebabkan pemandu bas kami berpusing-pusing mencari jalan ... hampess bukan nak sediakan map... cair make up oi.


muka-muka ceria sebelum masing-masing menuju ke acara yang ditetapkan..hehehe kami-kami je yg tanpa segan silu duduk ditepi longkang dek kerana kecapetan berdiri sehingga menjadi tatapan umum yg lalu lalang... yeaah! klau dah dinamakan warga SMKTD main langgaaaar je la jgn peduli akan mata-mata yg memandang hehehe 

dan akhirnya tibalah masa untuk diseksa dalam arus persaingan antara sekolah .... dan inilah acara paling mudah hari itu 'kuiz puteri ' dimana anda hanya perlu menjawab 40 soalan objektif berkaitan puteri islam dan pengetahuan umum. dan oleh itu sangat bertuahla empunya badan kerana hanya perlu mebuolat-bolatkan jawapan tanpa perlu memeningkan diri seperti rakan-rakan seperjuangan yg lain muhehehe 

erk....agaknya klau buat kertas soalan SPM mcm ni boleh kena dakwa x ??? dibawah seksyen 2(7) akta penipuan 1998 hukum mati mandatori ..erk 

jadi disebabkan hanya sejam diperuntukkan bagi acara kuiz maka aku pun dengan bersemangatnya pergi meng'stalk rakan-rakan ku yang masih berjuang bergelumang dgn peluh dalam acara-acara yg dipertandingkan hari itu seperti 

penulisan kreatif jeng jeng jeng.....anda perlu mereka sajak sendiri dengan bangga dan yakin okay.

yah dan pertandingan ini diwakili oleh KAK FARAH kita ..wuuuh wuuuh !! seperti yg kita sedia maklum beliau mmg bersastera orgnya muahahaha... hai kak farah kita dah abis..anda bila lagi? hehe

pertandingan ini memperuntukkan anda membuat sesuatu yang berguna seperti baju kurung , kereta kebal , peti ais dengan menggunakan bahan buangan yg diberi penganjur seperti botol , perca kain dan surat khabar...lu pikir la sendiri nak buat cemano okay.

acara ini diwakili oleh kak ifa dan kak anis kita yg roooockkxxx ... sememangnya mereka ketahuan mempunya jari jemari yg kreatif .. termasuklah membungkus anda yg berani melanggar mereka kihkihkih

dalam acara ini anda perlu menyediakan sebuah buku skrap berkaitan puteri islam selama 2 jam 30 minit , yang pasti bahan perlu dibawa dari rumah semuanya....ciss baik bwat terus kat rumah..yadei yadei

acara ini diwakili oleh ketua murid berbaju biru bertag 'pengawas' , kak anati dan kak madi ... ahak main dgn gam yeee...haaaa bgitau mak..

chewwwaaah.... dan inilah hasilanya apabila selesai ..hehe muka bangga erk >,<

and we all gathered lepas dah selesai acara masin-masing sambil menunggu majlis penyampaian hadiah .. hehehe masa untuk sesi luahan rasa grrrr

pertandingan kawad kaki yg berlangsung sejajar dengan acara-acara lain... and I'm the lucky one sempat tgk wakil dari sekolah kami..hehe perghh! suara squad leader kami mmg the best blh dgr sampai ke tingkat 3 tuh. and they won the second place .. congratss >,<

and and.... our kak farah succesfully got JOHAN dlm pertandingan mereka sajak tuuu weh .. hehe tahniah farahin!! good luck untuk peringkat negeri nnti tau hehehe...

dan inilah dia karya yg berjaya merembat tempat pertama dalam acara mereka sajak tersebut..wuhehehe mmg puitis habis eh farahin.. 

and here the pictures of our 'lepaking' 


jgn tanya wa ni sapa...wa x kenal pon..

and our day ends when we arrived at home happily yeaay ...

my pinky identity ^,^