Friday, 12 October 2012

no need to say a word , we will know ^,^

WHAHAHAHA!.... ntah kenapa aku makin galak gelak cenggitu sejak kebelakangan ni ?? sebab kawan-kawan aku yang suka sangat dok buat kerja gila haahahha.... walaupun abg SPM  is around the corner bak kata omputih , tapi melihatkan gelagat kawan-kawan aku yang memang  gila tahap dewa buat aku blh ketawa sampai muntah ... *eeeiiiyeeek keeeerrr*


hahaha jangan kata dengan bangsa sendiri dengan bangsa lain pon dok menggila dgn aku.Yap especially (ranking ke-2 dlm tingkatan,si genius addmath) blh buat limpa aku meletop.Masa program kem addmath minggu ni aku makan sebelah dia , blh pulak dia buat gila dalam bilik makan tu dgn zubair hahahaah!! ''kitaorg xnak makan selagi korang x bubuhkan nasi dlm pinggan kitaorg '' (dalam accent cina dia tu) .. haha bayangkan depa 2 org dok tunggu je kitaorg kautkan nasi sambil buat muka serious , si zub punya gila ''aku nak isteri aku buhkan nasi utk aku, klau x aku x nak makan'' (ada ikan seketul ats pinggan si zub..dia sendiri ambek..hampeh ~)  memang x de sapalah yg berani nak kautkan ceritanya... and then yap secara tetiba dan tak kena kautkan nasi utk zub. Aku , azwa dgn fasihah apalagi bahan la depa diorg sapa suruh dok menggedik lagi ''awww baiknya isteri ko zub'' , haha and then zub ckp 'ye yap I syg u' (buat muka manja) eeeiyyeeewww dah la sejenis , memang aku makan sambil tahan rasa nak muntah lah ceghitanya!.

paling aku tak tahan masa aku mintak sayur kat fasihah , si yap pulak sibuk buat gaya ala-ala gadis melayu terakhir gitu , bubuhkan sayur atas pinggan aku ... hmpppprrrghhh ...x sempat aku nak cakap ambek ko agaknya ada la dlm satu kuali sayur dia bubuh ats pinggan aku... aku bukan makan nasi berlaukkan sayur..aku makan sayur berlaukkan nasi!!! dgn selambanya yap ckp ''makan sayur elok tau baik untuk kesihatan'' , tapi aku tengok sekuman sayur pun tak de dlm pinggan budak tu =,=  tapi apapun yap , thanks sudi sendukkan , ko mmg isteri yang baik , untung zub kahkahkahkah!!!!!

Tak tahan dengan depa ni blh pulak berdendam dgn fasihah , yap ckp ''fasihah , jumpa belakang naina balik nanti '' (nak ajak wrestling) tersembur air teh aku dengar hahaha! aku dah agak mesti zub yg ajar . yang fasihah ni  layan je gila  si yap ni sampai habis program , aku dengan azwa dok backup fasihah haha!!

sebelum ni memang aku x berani nak 'bertumbuk bertendang' (main-main secara kasar) dengan depa ni , yelah takut diorg tak faham cara gurauan aku , cara aku 'manja-manja' dengan kawan-kawan aku memang kasar hahaha!.Aku takut diorg makan hati pulak dengan aku secara tak kena disebabkan ketidakpandaian aku bergurau sesama kawan ni.well kemahiran berkomunikasi is a part of kemuliaan akhlak yang perlu kita ada kalau nak orang selesa dengan kita.

secara jujurnya , kalau nak tahu aku selesa atau tidak dengan seseorang yang dah lama aku kenal (bukan dengan orang yang baru dikenali org org yang lebih tua) , lihat cara aku bergurau. kalau aku berhati-hati , merng'cover' bak kata anak jacob smith , itu bermakna aku tak selesa dengan orang tersebut atau tidak sejiwa dengan mereka. begitulah sebaliknya , kalau aku dah selesa , dah ngam dengan jiwa aku , dia pun dah 'faham' sangaaaat aku...aku boleh 'sepak' dia , magiknya..dia tak kan terasa hati dengan aku... sebab tiada bagi kami perkataan 'ambil hati' , masing-masing dah faham cara bergurau .  waktu bergurau kita bergurau , waktu serius kita serius , kita kena ada kemahiran tersebut dalam berkawan.


kalau direnungkan kembali , ada benarnya apa yang disampaikan kartun ni . kalau anda penah merasa ada kawan baik begitu , itu bermakna zaman remaja anda sungguh coool!...
“Some hearts understand each other— even in silence.”
yesss its true , kawan baik boleh 'disepak' kerana komunikasi antara hati kami sudah cukup untuk mengikat perhubungan. jika anda tidak penah merasa ini , saya simpati dengan anda :'(