certain of Hantaran make fully by my acu when I ask her 'how' she said ''Youtube tutorial'' .. and I was like ''wow!'' |
Kisahnya bermula apabila kami sekeluarga bertolak dari ipoh menuju shah alam selepas solat zohor.Maka sesampainya kami di rumah acu aku di shah alam , kami terus bersiap untuk ke rumah pihak perempuan , sambil-sambil tu aku sempat tolong acu aku siapkan hantaran , perghh! rindu kot aku cakap buat bende2 tu sebab kali terakhir aku terlibat dgn kerja-kerja hantar menghantaran ni adalah masa perkahwinan acu aku lebih kurang 6 tahun lepas dan selepas tu tak de sapa2 nak kahwin dah (aku tunggu abang aku kihkih) . Tambahan pulak aku baru tambah pengalaman menguruskan cenderahati yg memerlukan ribbon bunga rama2 segala bende tu masa jamuan kelas so my expertise cannot be denied by my acu lah hahahaha!
Part ni paling penting !... Disebabkan baju cik dah aku xde poket maka beliau mengamanahkan aku untuk menyimpan cincin pertunangan di dalam poket dan aku dengan berbesar hati membuka tangan melapangkan minda menerima tugas terpenting tersebut , bangga kot aku orang bagi kepercayaan ni hahahaha tanpa kusangka akan ada cabaran mendatang... maka sketsa THE LORD OF THE RING pun bermula
kami terasa hebat malam tersebut |
Setelah hantaran-hantaran tersebut diletakkan di dalam kereta kami,kitaorang pun bertolak selepas Maghrib , oleh kerana cik dah aku juga xberapa pasti lokasi rumah pihak perempuan maka abang aku try guna khidmat GPS pada malam yg mencabar tersebut. Lima minit pertama perjalanan kami alhamdulillah lancar walaupun hujan lebat , tetapi sebelepas itu nightmare kami bermula..... jem oi!! aku dah la suka Nutella , okay lawak sangat. 10 minit pertama memang kami boleh bersabar sebab ingat jem biasa je , biasa la jem dalam kawasan KL-selangor ni.But one more problem...minyak keta tinggal sikit woi!! grrrrr *gigit jari*. Then setelah berada disitu hampir sejam barulah kami tau jalan dah dinaiki air akibat hujan lebat tadi dan jalan yang kami PERLU lalu untuk sampai ke sasaran memngikut GPS terpaksa ditutup oleh abg polis dan hanya dibuka kepada lori-lori besar berjenama MAN , SCANIA dan sebagainya (eh bagusnya aku siap bagi brand lori ni).
Akibatnya GPS telah memberikan jalan lain yg disangka abang aku bahawa jalan untuk berpatah balik ke rumah acu aku so dia pun tak ikutlah GPS tersebut.Kami berpusing-pusing dengan diekori cik dah ku dibelakang.Pihak lelaki yg dah sampai di rumah pihak perempuan bertalu-talu menelefon cik dah aku tanya ''bila nak sampai?'' beribu ribu ribu kali , pity on my cik dah :'(. kemudian time nak setting balik GPS tu , kelibat cik dah ku hilang !!! . Tetapi itulah ujian orang kata , Cik dah aku dah jumpa highway menuju destinasi...dan kami...masih berpusing-pusing ~(^,^~) seronok ya makan angin malam .
kuasa cincin ~ |
Bayangkan kami tak boleh lari patah balik cari jalan lain dah disebabkan jem yg menggila ... semua dalam kereta mengeluh , last2 semua ambek keropok makan sambil menikmati panorama 'indah'. Telefon ayah aku paling best , setiap 2 saat berdering .. orang disana sudah menunggu ..... hantaran pada kami...cincin dlm poketku....oh yeah nikmat ! seriously aku terasa macam president america , orang menanti ketibaan aku muhehehehehe trimas2 . bayangkan kami bertolak dari pukul 8 tapi sampai pukul 11 masik tersangkut dalam jem !.
Sebenarnya banjir kat jalan tu memang teruk sampai lori besar bapak MAN SCANIA segala tu pun takut nak lalu , so semua terpaksa patah balik ikut jalan alternatif (pemisah jalan tu leeww). Lori-lori besar tu pun mimpi nak buat U-turn jugak kat situ menambah lagi penyakit jem, kalau tak jalan tu memang dah settle ! Gajah mimpi jadi semut !.
My bro feel the adrenaline troughout his body that moment |
Setelah berjaya jumpa highway maka abang aku mula nampak sinar cahaya dari GPS tersebut terus ke destinasi , disinilah KEGILAAN kami sekeluarga dalam kereta bermula kerana terlalu excited !!! . Segala derigan telefon dijawab dengan skrip ''tunggu! kami dah masuk highway , lagi 20 minit '' .. and let me tell you .. in one night aku boleh berlakon dalam banyak filem bertaraf hollywood ... saat ni abang aku bawak kereta macam bawak drone , dia pandu sambil cakap ''coming soon...TRANSPORTER 5!! the lord of the ring!'' .. ye memang terasa EPIC malam tu. Tanpa hantaran dan cincin (yg di dlm poketku ini) majlis tunang ni mungkin tak lengkap..jadi mereka menunggu dgn penuh debaran walaupun sudah hampir 12 malam.. dan memang tak sia-sia mereka menunggu............
kak fatin disarungkan cincin oleh ibu saudara ku
here come the most important thing |
kak fatin , cik dah , emak
hantaran pihak lelaki selamat sampai
hantaran pihak perempuan
kini tunang pun dah ada pelamin
ibu kak fatin , bakal mertua fizie
sebahagian keluarga pihak lelaki memenuhi ruang tamu
seisi keluarga kak fatin
Fact : kami hanya memakan masa 20 minit untuk pulang ke rumah acu aku.... oh Jalan Raya