Sunday, 5 February 2012

saya berumur 17 tahun dan saya masih kanak-kanak

 Oooopsss rupanya sudah 17 tahun jantung ku berdegup penuh ritma dgn sihatnya. Alahamdulillah ya rabb. walaupun aku berkesedaran yg umo ku kini mencecah 17 tahun tapi jujurnya aku x tau umo 17 tahun tu bukan dlm kategori kanak-kanak riang ria raya .. buktinya ? buktinya bila aku nak makan ubat batuk 30 minit yg lepas (selepas habis enzim dari mulut ku rembaskan ke hadapan buku bio ku yg tersyg...)
first and not last , klau nak makan ubat saya selalu teringat pesanan doktor (ayat iklan pesanan khidmat masyarakat kementerian kesihatan malaysia) kena tgk dosage nya dahulu , then baru la baca bismillah dan telan ..gulp gulp gulp (ghupe minum jus oren) so sebagai rakyat yg berhemah tinggi saya pon mengliarkan mata mencari maklumat berkenaan makhluk bernama ubat batuk ini...
dan inilah hasilnya :



kanak-kanak 2-6 tahun : 2.5 ml (1/2 sudu) 
kanak-kanak 6-12 tahun : 5 ml (1 sudu)
dewasa : 10 ml (2sudu)

*cemas dan berpeluh , aik mana dosage utk kanak-kanak 17 tahun ni ??????? hatiku berdebar menanti seseorg utk memberi jawapan 'mengapa di sini tiada dos utk saya? ' ini merupakan diskriminasi ! 
PAANG!!!! !!!................... saya tau saya mmg layak kena penampar disebabkan terlalu jumud =,=
ntah secara tetiba dan x kena ..suatu kesedaran yg begitu ...aaaaah!! mengharukan dtg menerpa minda ku.. rupanya baru ku sedar UMO 17 TAHUN ITU SUDAH DEWASA . fullstop
jadi terpaksa la saya menelan 2 sudu teh ubat batuk yg lazat dihirup mcm sup itu.

aaah layakah aku digelar dewasa sedangkan perkataan 'dewasa' itu sendiri begitu asing dlm kamus hidupku *secara jujurnya saya x punya kamus hidup...kamus dewan dan bahasa , English - Malay , English- English .. itu shj yg saya ada. .....jadi apakah yg saya harus lakukan ? org kata jadi dewasa sgt susah dan mencabar ... zaman di mana tiada lagi ais krim percuma , kena beli sendiri dgn duit sendiri hasil usaha keras sendiri ...semuanya SENDIRI .. thats why org dewasa (saya ulang ORANG dewasa bukannya 'dewasa') selalu disinonimkan dgn perkataan 'jual ikan' ,cellfish dlm bahasa modennya ...sbb semuanya sendiri kan kan...

dan hanya berbaki setahun sahaja lagi untuk saya bergelar org ats umur ---> 18 tahun , bwh dari usia itu digelar bwh umur kan so atsnya digelar ats umur lah. itu fakta .
dan lps itu segala jenis 18++ saya blh langgar seperti merokok , menonton filem lewat malam yg berunsur ganas , ekstrem dan radikal , keluar lewat malam , lawan cakap parent , dating dgn bf tanpa halangan , berclubbing ..... TUNGGU KEJAP ! adakah dgn membuat itu semua membuktikan yg saya sudah dewasa ???????? tunggu sehingga ditenggelami larva gunung berapi krakatoa jikalau saya atau anda berani berkata 'yes' .............. it's really far from what 'adult' means ... 

okay secara faktanya , kita semua telah bergelar dewasa ketika mencapai akil baligh , itu petanda dari segi fizikal bilamana perubahan2 berlaku ke ats tubuh badan kita seperti .......... bla bla bla pot pet pot pet... dan sebagai seorg hamba allah kita sudah WAJIB melaksaksankan tuntutan ke ats kita .. rukun islam yg kedua apa dia car want car want ??? yeaa  solat 5 waktu complete no skip2 ... itu salah satu contohnya banyak lagi ye task full of toughness yg kita perlu accomplish kan sebagai seorg muslim . 

jadi kalau perubahan2 tubuh badan seperti yg umum mengetahui itu indicate kedewasaan kita .. bagaimana pula mengukur kedewasaan mental dan rohani kita ????? ada pembaris ke jangka tolok ke sesiku L ke yg blh mengukurnya ? jikalau ada, pasti saya sudah menempahnya di E-bay sekarang... kerana sesungguhnya saya ingin tersgt tau apakah saya layak digelar ' dewasa ' .

kerana sesungguhnya di dalam minda dan hati saya suka menjadi kanak-kanak . kerana kanak-kanak sgt awesome !! mereka tidak akan sesekali senang lenang berputus asa ketika berasak membeli ais krim di gerai bergerak pak cik ais krim...biarpon sanggup tunggu berjam-jam utk mendpt turn , terpaksa menjerit bagi menyuarakn hak mereka berulang kali( 'pak cik ais krim kon coklat satu' ) mereka tidak mengeluh dan matlamat mereka jelas terpancar pada mata bersinar *cling cling * mereka... ----> saya mau makan ais krim and nobody can oppose me to do so ! 
kita kata mereka kurang kesabaran *bahsa kasarnya 'gelojoh'* tapi faktanya mereka itu lebih sopan dari pak pak menteri di kalangan ORANG DEWASA yg gelojoh menggondol duit rakyat terang terangan tanpa segan silu *no ashamed ashamed*..... at list kanak2 itu masih kurang berakal dari DEWASA yg punya ijazah master ph.d segala itu.

dan bayangkan jikalau seorg  org dewasa berada di situasi yg sama dgn kanak-kanak yg berebut ais krim itu tadi .. apakah yg akan terjadi ? (okay saya tau mmg hodoh org dewasa berebut ais krim .. saya kata 'cuba bayangkan' jelas ?) 90% dari mereka akan senang shj berkata 'aah buat apa aku berebut semata mata utk makan ais krim ..lebih baik aku berlapar ' kerana sesungguhnya org dewasa sgt kuat LOGIKNYA.
mereka kurang passionate/keghairahan atau dlm bahasa motivasinya 'enthusiasm ' . kanak-kanak yg gelojoh penuh semangat itu bagi saya lebih cooool....

kanak-kanak hanya akan menangis dgn sebab kerana sakit tubuh badan , dari segi fizikalnya seperti luka terjatuh ketika bermain bola atau terpijak duri duran ketika rancak meneroka padang rumput tanpa memakai kasut....mereka nangis sepuas hati mereka tanpa ada seorang pon yg berani bertanya ' why are u crying cutie' ...kerana sesungguhnya org itu mmg minta ditampar , sudah jelas2 luka yg menyakitkan itu buat aku..eh  kanak-kanak itu menangis ! tapi apakah sama dgn org dewasa ?

org dewasa jarang sekali menangis kerana terlanggar bucu tajam almari yg mana blh membawa maut jikalau sengaja melanggarnya dgn kelajuan 23km/j ... tapi mereka akan menangisi kerana sesuatu yg abstrak , sakitnya bukan di tgn bukan di kaki bukan di celah ketiak (erk) tapi di dlm hati .... (saya maksudkan disini tangisan selain dari menangis kerana takutkan allah dan rindukan rasulNya..bukan ya) 
cth okay dah agak klau sebut je pasal DEWASA dan MENANGIS tak lain x bukan masalah cinta . 
dan ketika ini agak berang jikalau ada seseorg yg agak 'concern' ttg kita bertanya ''aik ko ni , air sungai perak tu blom habis buat minum lagi buat apa ko susah2 sediakan bekalan air free ni ? masin lak tuh '' maafkan la dia dan jgn sesekali berkung fu dgn beliau kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui mengapa engkau menangis ... lukanya hanya engkau yg rasa org lain x nampak jauh sekali utk mengubatinya. 

so disini nampak sgt la tiada bezanya org dewasa yg mengaku dewasa tapi tetap menangis seperti kanak-kanak yg mereka label tidak matang itu...  manusia  lebih suka berfikir bahawa membuat sesuatu dgn sebab yg jelas blh dilihat secara materialnya itu lebih BIJAK dari membuat sesuatu yg tidak jelas sebabnya seperti bercita-cita mahu menjadi arkitek itu lebih bijak dari mahu menjadi ottomen lawan raksasa . hanya kerana kita tidak dapat melihat 'sesuatu' itu maka kita menghukumnya tidak jelas , tidak wujud  dan  tidak bijak untuk bertindak mengikutnya... Nah mengapa perkara yg sama tidak kita alihkan pada situasi kanak2 yg menangis kerana jelas lukanya blh dilihat berbanding org dewasa(kononnya) yg menangis keran sesuatu yg x dpt dilihat baah.... siapa yg kureng bijak skrg bah ?

siapa kata bergelar kanak-kanak tidak blh menjadi sematang sebijak dewasa... saya mahu menjadi DEWASA tapi saya tak nak jadi ORANG DEWASA . kerana 

kanak-kanak yg dewasa itu lebih cooool dari orang dewasa yg kekanak-kanakan itu.

PAAAANG !!! ..huh lagi !! aku kena pang sbb tulis panjang2 semata-mata nak bagitau hakikat itu , jgn herankan kerana ini ialah hasil cita2ku mahu merepek di malam hari kerana terpengaruh dgn inche Gabbana.. tidak kusangka label dos ubat batuk cap kelapa laut afrika itu memberi impak yg besar kpd ku.... apatahlagi kepada otakku..mungkin selepas ini kementerian pelajaran perlu syorkan ubat batuk tersebut sebagai tonik minda senang belajar kpd pelajar-pelajar sekolah..... senanglah mereka merepek di dlm karangan mereka nnti ... *berpeluh dan pucat , kerana baru shj mengeluarkan idea yg supreme maut !