kata cikgu , saya dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti berbau wangi , kuat mencapub (mencari publisiti) , kuat mengipas , dan yg paling penting paling saser seperti Arnold susahnakeja.
EH sorry itu tidak benar kerana sifat-sifat tersebut langsung tidak mencerminkan Rasulullah kecuali untuk berbau wangi , manakan tidaknya peluh rasulullah sendiri lebih wangi dari minyak wangi RM318 jenama Dolce & Gabbana sehingga ummu sulaim mengumpulnya untuk dibuat minyak wangi :) nabi sememangnya penuh dgn keawesoman ... dan op cos Rasulullah lebih lebih lebih lebih saser dari mana-mana WWE championship winner dari segi mental , emosi , rohani , intelek dan fizikal baginda ^,^
Jangan ditanya kepada saya mengapa saya dapat gelaran sedemikian , tanya la mereka-mereka yg lebih layak memberi pendapat tentang saya, saya tidak berani membuat apa-apa puji pujian ke ats diri sendiri semacam monyet berlagak terer yg akhirnya terhempas ke batang pokok balak kerana terlampau asyik melihat kecomelan diri di dlm cermin kocek. sejujurnya saya merasakan saya masih jauh dalam mencontohi baginda , kadangkala saya alpa dan leka seronok berhibur dgn dunia sehingga lupa mission sebenar saya di dunia ni *tarik nafas..hembus nafas* tapi tu bukan penghalang utk saya cuba sedaya upaya sekuat mungkin untuk menjadi umat baginda yg excellent bukan ? siapa kata kita tidak boleh berubah menjadi baik setelah beribu kekhilafan yg di'commit oleh kita selama ni ? itulah gunanya sentiasa muhasabah diri , *cuba melihat ke cermin dan buat muka comel* so right here .... right now..... change !
muka bangga saya naik ke pentas
hehehehehe sebelum pengumuman tersebut dinyatakan selepas ceramah maulidur rasul pagi ni , cikgu sharifah dan cikgu shabezan saya dah pakat suruh saya siapkan biografi tentang diri saya sendiri *,* .. mereka kata saya lebih kenal diri saya , apa cita-cita saya , kecenderungan saya , falsafah saya , hobi saya dan makanan kegemaran saya (^,^) jadi terpaksa la saya memuji diri sendiri dengan muka riang ria berpesta mengeluarkan pujian terhadap diri sendiri ...heeeeeeuuuuuww..... bukan senang kadang timbul rasa riak takbur sombong yg boleh memakan diri cepat-cepat di ngap oleh lysosome penyahriakan... insyaallah..
Biografi
Pelajar ini
bernama Nur Sakinah Bt Ahmad Rosli , lahir pada tanggal 23.november.1995 tepat
jam 11.35 malam di Hospital Besar Ipoh . pelajar ini merupakan anak bongsu
kepada Encik Ahmad Rosli dan Puan Kamalia . Sejak dari kecil , ibu bapa pelajar
ini sentiasa menitik beratkan pendidikan sebagai jalan utama menuju
kecemerlangan hidup . Adab dan kesopanan pula merupakan elemen utama yang
diterapkan kepada adik beradik pelajar ini yang terdiri daripada 2 orang abang
dan seorang kakak.
Selain itu ,
pelajar ini gemar meneroka dunia melalui pembacaan dan internet. Hasil karya
motivasi Dr. Tuah Iskandar merupakan antara kesukaan pelajar ini selain karya
yang menghubungkan perubatan moden dan
al-quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Pelajar ini juga gemar membaca karya
karya bergenre ilmiah yang lain kerana bagi pelajar ini , pembacaan merupakan
pintu utama kepada ilmu pengetahuan yang luas sesuai dengan wahyu pertama yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu surah al-iqra yang bermaksud
‘bacalah’. Pelajar ini juga gemar menulis dan melakarkan ideanya secara santai
melalui medium blogging.
Hasil usaha
dan keazaman yang teguh , pelajar ini berjaya merangkul 8A di dalam
peperiksaaan PMR 2010. Pelajar ini juga merupakan pembahas di dalam pasukan
debat ala parlimen sekolah. Selain itu , pelajar ini telah menyandang jawatan
sebagai ketua tingkatan selama 5 tahun berturut-turut hasil dari kepercayaan
yang diberi oleh rakan-rakan dan juga para guru.
Di dalam
menyelami alam remaja , pelajar ini mengambil motivasi dari tokoh-tokoh Islam
terdahulu seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang Berjaya menjadi sultan kepada
empayar Uthmaniah seawal usia 19 tahun hasil didikan awal yang terancang.
Memetik kata-kata ilmuan islam yang terkenal iaitu Ibn Sina ‘tiada kehidupan yang
lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas ‘ jika ditanya tentang alam
remaja.
Bagi Nur
Sakinah , setiap remaja perlu mempunyai impian yang jelas untuk direalisasikan
, kerana melalui impian yang dibina , remaja akan dapat merancang kehidupan
mereka dengan lebih baik. Cita-cita pelajar ini bukanlah sekadar mendapat
pekerjaan berpendapatan tinggi semata-mata , tetapi juga ingin berbakti kepada
agama , bangsa dan membalas budi kedua orang tuanya.
Walaubagaimanapun
, pelajar ini amat meminati bidang sains yang baginya merupakan jalan untuk
membuktikan kewujudan tuhan pencipta alam. Sejarah pula baginya merupakan jalan
mencari kembali kegemilangan yang hilang. Pelajar ini juga menyimpan impian
menjadi penulis yang bebas melakarkan idea dan pendapat , selain menjadi
motivator terkenal.
Pelajar ini
dilihat lebih cenderung kearah kepimpinan dan merupakan seorang yang analitik.
Menjadi saintis merupakan cita-citanya sedari kecil.
Prinsip
pelajar ini amat mudah iaitu , bertenang , berfikir dan bertindak. Semakin
dalam anda berfikir , semakin banyak yang dapat anda lihat.
---> orang yg paling bangga dan bahagia tentunya emak dan ayah saya alhamdulillah akhirnya ada juga sesuatu yg boleh dibanggakan setelah banyak kali merisaukan mereka dgn kenakalan saya yg cukup naughty ini.*mengelap peluh* moga moga dgn penerimaan ini dpt dijadikan catalyst atau pencepat kepada tindak balas menjadi muslim super kepada saya ! *mengenggam penumbuk ke ats sambil membuat muka yakin*
amin...
# sumpah .. wa rasa mau gelak guling2 , mcm mna boley terselect agagagaga rezeki rezeki