Sunday, 5 February 2012

Khadijah is a Superwoman !

●▬▬▬ஜ Assalamualaikum Ya Rasulullah ஜ▬▬▬▬● 

Bersempena dgn maulud nabi , ingin juga aku berkongsi satu dari beribu sirahnya yg cukup awesome tu . lebih spesifik lagi tentang isteri pertama baginda yg dinikahi baginda ketika berusia 25 tahun .. jeng jeng jeng .. siapa dia wanita itu ?? kalau tak tahu inilah masanya untuk kembali menghayati sirah nabawiyah di samping berselawat ke ats baginda ..
kalau dah namanya kongsi , kongsi di sini membawa maksud tekan CTRL + C then bawa balik sini tekan pulak CTRL + V , okay ada faham..hehehe
ini sebenarnya adalah framework buku 'khadijah superwoman' hasil kerja Nurul Shuhada Shuib dan  Senator Hajah Mumtaz Mat Nawi. 
Kredit kepada saudara syaari abdul rahman penulis buku ' kuasa kepemimpinan al-fateh ' .


//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

"Ia kisah tentang wanita..."

"Ia kisah tentang hebatnya sebuah rumahtangga..."

Inilah persepsi yang melatari para aktivis dakwah muslimin apabila kisah Khadijah dibentangkan. Bukan salah kisah itu, tetapi apabila dipersembahkan terlalu tekstual, maka martabat seorang yang diprojekkan Allah Subhanahu wa Taala untuk melengkapkan perjuangan Rasul tidak mampu diambil pelajaran sebaiknya dalam konteks yang lebih besar.


Bagi saya, kisah Nabi Muhammad Rasulullah dengan Khadijah tidak terhenti setakat kisah cinta dan perkahwinan sahaja.


Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan pengalaman hidup (worldview) dan kematangan membuat keputusan. Sebagaimana Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan melalui rukun Islam yang kelima (Haji yang mesti melalui jalan susah untuk ke sana), demikianlah Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan dengan pemilihan seorang wanita berusia 40 tahun untuk menikahi seorang jejaka tampan 25 tahun, seusia seorang graduan universiti, yang baru sahaja menolak ramai para perawan Makkah dan jelitawan Bani Hasyim.

Ramai pengkaji sejarah merumuskan bahawa perkahwinan Rasulullah dengan seorang isteri sahaja, yang berusia lebih tua dari usia baginda, dan yang telahpun (berpengalaman) menjadi janda sebanyak bukan sekali bahkan dua kali, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi. Jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda dari baginda, mungkin isteri itu mencatat rekod kurang baik apabila isteri muda itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Khadijah. Allah ternyata lebih tahu apa yang terbaik untuk mempersiapkan perjalanan jauh Rasulnya.

Kisah Muhammad-Khadijah juga adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan kekayaan dan kompetensi mencipta kekuatan wawasan dan dana untuk melancarkan gerakan.

Kesan berdagang atas nama Khadijah, Rasul menjejakkan kaki ke semua pasar-pasaraya utama di seluruh Jazirah Arab. Justeru sebelum kenabian baginda sudah mempunyai wawasan geografik yang sangat jelas.” (Dr. Antonio Syafie, Super Leader Super Manager)


Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah kejayaan sebuah "engagement" antara gerakan dakwah dengan VVIP dan orang kenamaan.


Khadijah satu-satunya “Datuk Seri” wanita di Makkah, keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir dengan Qushai dan dari sebelah ibunya bernama Fatimah, bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Digelar at-Thahirah, meskipun masyarakat Arab ketika itu meletakkan martabat wanita serendah-rendahnya, namun nama Khadijah dikenali dengan julukan wanita suci sejak perkahwinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz karena keutamaan ãkhlak dan sifat terpujinya. Maka tidak hairanlah jika kalangan Quraisy memberikan penghargaan dan berupa penghormatan yang tinggi kepadanya)

Dan kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah cinta yang sungguh berhati-hati (melalui peranan Maisarah dan Nafisah) dan cinta ibu yang sentiasa di hati meskipun selepas berkahwin
.
Kita dapat memahami betapa rancaknya hubungan emosional dan kerohanian yang berkembang antara Siti Khadijah dengan Rasulullah secara cepat yang luarbiasa. Sebuah hubungan suci yang sangat memerlukan kepada cinta kasih, belas kasihan dan penjagaan oleh seorang ibu dan juga kekasih, kepada sebuah dada yang lapang, boleh memberikan segala kesayangan dan tuntutan hati. Demikianlah Nabi Muhammad mendapati dirinya secara tiba-tiba berhadapan dengan cara hidup yang baru, yang akan memutuskan cara hidup lama yang diwarisinya lama dahulu, sejak dia berada di padang pasir selama lapan belas tahun yang lalu, tanpa kasih seorang insan bernama perempuan dan ibu.” – Syed Ahmad Semait, 100 Tokoh Wanita Terbilang
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Benar apa yg dinyatakan.. kita dulu pun kalau belajar sirah rasul bab perkahwinannya dgn rasulullah tak penah terfikir jauh lari dari tema percintaan .. sungguhpun kisah khadijah hanya  satu dari beribu ribu bab sepanjang kehidupan baginda tetapi berjuta hikmah terkandung di dalamnya . pointnya di sini sure there's many more to discover in the history of prophet Rasullullah S.A.W. for those who THINK deeper and beyond the boundaries . allah maha genius telah pun merencana perjalanan hidup the best creature he ever create dgn penuh hikmah , tak terlepas satu pun utk dibuat motivasi kpd umat baginda . silaplah manusia yg mengambil kisah manusia lain sebagai mekanisma utama pendorong tindakan mereka sedangkan sirah nabi dicampak jauh-jauh .. konservatif/kuno katanya padahal mereka itu yg supreme KOLOT . tak salah untuk menjadikan individu coool lain sebagai idol kalau itu dapat dijadikan pemangkin semangat  ....... but remember RASULULLAH is the coooolest man ! so what you waiting for ? (what I waiting for too >,<)