Friday, 9 March 2012

saya bahagia dengan memaafkan dan bersabar

Assalamualaikum si kacak-kacak si jelita-jelita (semua ciptaanya adalah cantek dan hensem ) yg dikasihi allah sekalian , yuuuuhhuuuu.... nak tau satu rahsia ? mau ka ? saya jamin dgn rahsia ini anda mampu berbahagia di dlm hidup anda di bwh keredhaan allah s.w.t insyaallah . rahsia ni awak je tahu ..tau... saya bagitau awak sorang je .. shuuuuuu ingat ni rahsia!

Rahsia ----> 

Hubungan Baik Itu Adalah Sebahagian Dari Ajaran Islam

 jyeeeeaaaah!!!!! cayalah anda-anda yg sudah tahu perkara ini dan lebih awesomenyer jika andalah yg mempraktikannya dgn bergaya ... 


Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia. Setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata mereka. 

Perbuatan mencaci, mengherdik atau menghina antara manusia amat dilarang dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim”(Al-Hujurat : 11). 

Islam menganjurkan supaya kita sentiasa bermaaf-maafan sesama sendiri lebih-lebih lagi jika ia membabitkan hubungan antara keluarga dan sahabat. Allah berfirman yang bermaksud : 

“Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Nur : 22).

Mudah memaafkan kesalahan orang lain pastinya seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya Allah itu Maha Adil.

yoossshiii ! *mata bersinar-sinar dgn muka bersemangat * alhamdulillah setakat ni saya berusaha untuk memaafkan seramai mungkin manusia di keliling saya yang kadangkala tak sengaja mengecilkan hati saya yg sememangnya kecil dan hina ini =,= saya tahu jika saya sendiri membuat dosa , saya dengan penuh pengharapan berdoa agar allah ampunkan dosa-dosa saya yg kecik besar kontot panjang berjela-jela tak terkira berapa ekar itu , jadi mengapa saya tidak boleh sedikit pon memaafkan mereka yg tanpa sengaja atau sengaja membuat hati saya bertambah kecil kerdil dan sama erti dengannya...??? mengapa ?

bila saya membuat hati , limpa , jantung , otot , tulang mereka sakit , pasti saya juga berharap mereka untuk memaafkan saya .. anda juga begitu bukan ? ye hati kecil anda berkata ' YEEEESSSSS' .
Jadi mengapa anda sendiri yang  tidak memulakannya... ?

kerana bagi saya hubungan sesama manusia itu sangat beharga , tidak tegar saya untuk merosakkannya dgn hal-hal yang boleh diselesaikan dgn cara berhikmah ... urrgh tak coool okay asyik-asyik mahu bergaduh ... *gaduh secara bergusti mahupon secara psiko* .. ciss wa banyak  lagi ibadat lain x dibuat ..kenapa wa perlu bazir hayat wa yg sememangnya pendek ni utk gado2 sama lu...  lebih baik kita sama-sama ambek wuduk , ambek sejadah bentang ke arah kiblat kemudian mari solat berjemaah sama-sama... itu baru cooool...


Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

jika anda rasa diri anda dianiaya , dizalimi oleh manusia-manusia yang dahsyat itu maka bertindak lah secara bijak bagi membetulkan keadaan , saya tidak kata anda perlu memaafkan mereka dan selepas itu membuta tuli menyerah diri seperti watak-watak baik dalam di dlm sinetron indonesia yg urrrrrrrghh!!! sumpah sangat tidak pandai itu =,= 
anda perlu merangka strategi dgn bijaksana sambil berdoa , niat anda adalah untuk menegakkan kebenaran . then pastikan langkah anda sentiasa di ats jalan yg benar , jangan sampeei masuk longkang atau loji najis . sekian terima kasih.


orang yang mudah memaafkan itu sangat  terer 
orang yang dpt menahan kemarahan itu sangat tough ! 
orang yang sabar itu cooool.....  
dan jika ada ketiga tiganya pasti dia seorang yang sangat AWESOME ........... 
dan jadilah orang yang awesome tersebut . semoga berjaya.