"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Sekiranya kita kaji sejarah silam , semua individu tertinggi dan dihormati di dunia memberikan amaran supaya tidak bergosip dan mengecam orang lain. Ini adalah kerana mereka sedar betapa sikap ini amat merosakkan. Peperangan berlaku disebabkan kata-kata . Manusia terbunuh disebabkan kata-kata . Urus janji terbatal disebabkan kata-kata. Perkahwinan hancur disebabkan kata-kata.
Bukan itu sahaja , gosip dan kritikan menjejaskan kita kerana kita membebaskan racun ke dalam aliran tenaga yang membawa kita ke arah yang kita benar-benar mahukan.
Tanpa kata-kata sekali pun , orang lain dapat mengutip tenaga kita yang negatif , penuh kecaman dan mengkritik ke arah mereka. Dan lagi , apa yang kita katakan berkaitan orang lain , akan kembali kepada orang yang kita katakan itu. Sering saya alami , orang yang mengasihi saya menghubungi saya bagi menyampaikan ada orang yang saya kenali berkata sesuatu yang negatif berkaitan saya. Apakah yang berlaku kepada perhubungan saya dengan mereka ? Ia menjadi retak sedikit demi sedikit.