Semenjak tamatnya zaman persekolahan yg gilang gemilang penuh bergaya tu , aku dah kehabisan idea nak berceghita hal peribadi nih sebab xde cerita aku nak lelong hehehe.Namun keadaan berubah apabila semalam aku dengan penuh rasa besar hati menjejakkan kaki ke SMKTD sejurus mendapat tahu usul telah dikeluarkan dan saatnya untuk pasukan bahas sekolah memerah otak mengepam keringat dan aku datang saje2 nak kacau cikgu dan junior2 yg comel2 belaka itu.Dengan berbekalkan niat untuk melepaskan rindu kepada sekolah dan suasananya yang ohsem.. terus aku ke bilik gerakan sekolah dan budak2 tu terus ''kak kinah !!! kak kinah yeaaay! '' 〜( ̄▽ ̄〜)(〜 ̄▽ ̄)〜
yesss! betapa 'heavan'nya aku melihat junior2 yang bersemangat mahu mencuburi bidang yang memerlukan mereka mengorbankan kewarasan akal , EH >,< kerana diseksa secara mental selama 10 jam sehari bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang .... apabila anda pulang ke rumah , zombie akan kelihatan lebih bergaya dari anda.
|
miss my 'work' place (´∩`。) |
Ah lupakan dusta tadi kita teruskan cerita dengan sesi bertemu mesra antara aku dan para guru di bilik guru yg masih lagi 'you are beautiful just the way you are '' (^ω^). Lalu ketika bertemu dengan Pn.Azdiana , beliau telah memberitahu keputusan SPM akan keluar menampakkan diri pada 21.3.2013 bersamaan dengan hari khamis , ohohoho yea memang sangat excited menunggu bende alah itu keluar *mata ke atas tangan di bahu* (ღ˘⌣˘ღ).Dan ketika bertemu Pn.Rohana beliau telah mengharukan aku dgn memberi sepeket choki-choki ,teacher adalah guru yang paling rajin memberi ole-ole berbetuk coklat kapada kami ^,^, oh teacher you understand us much ! .Pertemuan dengan ustazah Norizan dan Pn.Noraya pada hati pertama jugu sedikit sebanyak melepaskan rindu aku.... cikgu tolong ambil saya sebagai anak murid kembali ((´д`)) saya janji tidak akan nakal dan busuk 。・゚゚・(>д<)・゚゚・。
Pada hari kedua pula aku berpeluang mengimbau kenangan setahun yang lepas bersama farahin mengharungi hari2 penuh mencabar kami di bilik gerakan , kantin sekolah , surau , tepi padang , gerai2 kecil di tepi sekolah , dan laluan ke sekolah rendah , kerinduan yang sedasyat ombak laut china selatan ... hahaha farahin do you still remember the moment when we share story and both of us lost in a frantic evening and watch sunset while eating bihun sup mak cik keta kenari ?? ko suruh aku ambik kicap pedas banyak2 so kita pun menikmati petang yang pedas dengan keringat dari matahari terbenam .... *kipas2 mulut* jangan harap aku nak lupakan bende tu hahahahahahahah!
27.2.2012 isnin ... aku masih ingat lagi masa kita lepak tepi padang sambil makan nasi lemak mak cik rubi ... buat pengetahuan semua , hari tersebut adalah hari pertama kami menikmati nasi lemak mak cik rubi secara free jadi kami begitu menghargai moment tersebut *manangis keteharuan* .Sekarang sapa yang nak layan kami lagi seperti dulu :'(
|
teringin berlari seperti anak kecil sambil memegang belon |
Bonda besar kami , Pn.Rosmina telah pun selamat berpindah ke kelantan maka Pn.Sharifah telah mengambil alih jawatan ketua pasukan bahas dan beliau begitu dedikasi dengan tugas baru beliau walaupun baru hanya 2 tahun mendapat bimbingan dari Pn.Rosmina dan setahun bersama Pn.Tan , seriously cikgu memang hebat , jangan sesekali sekolah lain undi usul yang berasaskan isu ekonomi , memang patah riuk nak matikan hujah cikgu sha hahahahaha!
That moment bila kami mengeluarkan idea bagi memantapkan hujah ataupun membidas hujah lawan ... suasana begitu bingit dalam bilik gerakan dengan sorakan dari perasaan puas dan bangga ... terutamanya ketika Pn Rosmina , Pn Sharifah , Pn Hamidah dan abg akim bergabung ... we are proud to be a part of this brilliant team !!!!! Pn Rosmina dan Pn Hamidah pakar bidang politik dan sosial , Pn Sharifah semestinya pakar bidang Ekonomi manakala abg akim seorang idealist dan rationalist .. kami tanpa kalian ibarat tin kosong yang berbunyi kuat semata-mata
(×_×;)
Kami tak hebat mana pun , tapi kami tak kesah sebab apa yang telah diajar team bahas bonda Rosmina jauh lebih beharga dari nilai kehebatan dalam berbahas .. we learn to accept each other view of point and respect them.
Tidak lupa juga peristiwa ketika kami melintas tangga pejabat dan berselisih dengan En Subra yang masih kacak dan kemudian farahin secara tiba-tiba mengucapkan ''selamat datang ^,^'' kepada beliau .. ini adalah akibat kebiasaan farahin sebagai pekerja di McDonald huahuahua!! berpeluh pak su hang tu dengar farah hahahaha!
Aku masih rasa diterima di sekolah ... walaupun tanpa uniform sekolah , this feeling is precious
(^~^)
# tunggu sehingga dihalau