Tapi ada satu lagi perkara picisan yang aku fikir agak penting iaitu luahan rasa sesuka hati di laman sosial. Memang ada sebilangan besar dari kita secara tak sedar suka menyebarkan aib sendiri , tidak pasti sama ada mereka merasakan apa yang mereka post di facebook ,twitter etc. tidak dibaca oleh orang lain ataupun mereka tidak merasakan perkara tersebut boleh mengaibkan diri.
Perhatikan fenomena ini atau perhatikan sahaja post anda di rangkaian sosial untuk memastikan memang benar terdapat luahan rasa hati yang sepatutnya , yang sewajarnya tidak diapungkan di internet untuk mengelakkan ianya menjadi aib kepada diri .
Antara berikut adalah perincian fenomena kecil di rangkaian sosial yang aku lihat boleh membawa tanggapan negatif orang kepada kita , mungkin sebahagian orang fikir tiada apa yang salah padanya .
kes 1 : ayat bersifat subversif
''bangang sapa yang curi kasut pakwe aku hadiahkan &^&&* !! celaka bagimu wahai si pencuri !''
''ko jangan ganggu hidup and keluarga aku la setan &^&&* ! mampos ko aku jumpa aku xkan maafkan ko!''
p/s : &^&&* ialah perkataan yang sukar diungkap , bersifat gasar , ganas dan lucah
Kes begini memang biasa 'diamalkan' secara ikhlas oleh muda mudi , ianya jelas tidak beradab maka tidak perlulah kita mengupas mengapa ianya tidak sewajarnya diluahkan. Mungkin sekali dua boleh dipertimbangkan tapi kalau dah rutin , tak sah post kalau tak guna ayat power macam tu memang nak kena sekolah balik lah .Kata orang adab dilihat dari perkataan yang diungkap orangnya bukan ?
kes 2 : Berpeluh mak ayah hangpa baca
'' daddy buat apa tu ? daddy rindu mummy x ? daddy ada curang dgn mummy x hari ni ? ''
''saya berjanji akan setia dan sayang dengan awak sampai akhir hayat , bulan dan bintang menjadi saksi''
Kes begini pula sinonim dengan muda mudi yang masih bersekolah dimana berus gigi pun harap mak yang beli. Walaupun mereka masih muda , tapi inilah pemuda yang diharapkan agama dan negara pada masa depan . Walaupun dilihat kecil dan tidak penting , percayalah kita akan menyesal jika tidak membersihkannya. Walaupun dilihat tiada apa yang salah padanya , pecayalah anda sudah membuatkan insan-insan sekeliling anda geli , jangan percaya pada perkataan 'sweetnya korang , harap kekal akhir hayat' , anda membuatkan guru-guru dan ibu bapa anda berpeluh besar dan merasa diri mereka gagal mendidik anda . For the sake of mankind .. please hidden all of this from public my dear junior , nowadays we have IM YM PM DM and those that only you and your 'beloved' one know it , dah kawen nanti nak buat banner besar billboard pun x pe ....... dibolehkan jangan risau.
kes 3 : My social networking is my secret diary
'' aku sakit hati tak de sapa pun yang tau , aku sabar je , aku ni orang yang penyabar , orang buat macam mana kat aku pun aku x kesah , aku kuat , biarlah tiada siapa yang tau apa yang ada dalam hati aku''
''Jiran sebelah aku ni rasis gila , hari ni habis kucing dia berak kat laman aku ,aku memang dah lama x puas hati dengan dia , tunggu la bila dia balik raya aku bagi putus suiz utama dia biar padan muka ''

''hari ni ada secret admire aku bagi hadiah hehehehe , aku suka dia sangat-sangat , dia ni boleh tahan tough , hehehe tapi aku tak nak sapa-sapa tau kami ada perasaan antara satu sama lain , biarlah rahsia...''
Luahan rasa sebegini eloklah ditulis di dalam diari yang tiada siapa boleh capai agar tidak menjadi tanda tanya orang lain mahupun membiarkan orang lain terasa hati dan sedih dengan apa yang kita tulis. Erti sosial itu sendiri membawa makna 'living together or enjoying life in communities or organized groups' , bermakna orang lain yang telah menjadi friends mahupun followers anda boleh membaca apa yang anda post , my advice is Don't ever write something personal on social network,blog etc unless you're actually really want people to know it . for your own sake stop it , you will make other people laugh at you actually , trust me it's not good. Lagipula memang semua orang nak sangat tahu kisah peribadi kita *sarcasm detected*.
kes 4 : Luahan hati sesedap rasa sesuka jiwa
''aku sedih sekarang ni , xde sapa yang faham aku , kenapa diorang buat aku macam ni ? apa salah aku ? kenapa semua bende ni jadi kat aku ?aku benci !!!. tak pelah asalkan mereka bahagia , biarlah aku sorang-sorang macam ni.''
''dosa aku memang banyak , aku penah curi tabung masjid , aku penah conteng papan tanda jalan , senang cite macam2 aku penah buat .. tapi aku nak jugak berubah jadi lebih baik , tapi xde sapa pun nak tolong aku :( ''

'' penat lah macam ni , aku belajar siang malam tak tido tak makan tak jugak score , si doraemon tu tak belajar main je 24 jam dapat jugak pass , aku benci lah diri aku macam ni , belajar pun x guna .. aku memang x guna pun.''
'' sampai hati awak buat saya macam ni , saya setia dengan awak saya percaya dengan awak , awak balas cinta saya macam ni ? apa kurangnya saya ? apa salah aku sampai dia buat aku sakit macam ni ?? seliper yang dia bagi masih lagi aku simpan please dont go!! ''
Kes sebegini membuatkan aku teringat kata-kata shane dawson dalam video beliau
''the reason people hate you is because you complaining all the time , crying about your diseases 'oh its hurt , all my organ is bleeding bla bla bla' , your friend does't give a care , your doctor doesn't give a care, the only person who care is god... do you beg to him ? ..go , go beg to him and stop relying on everybody else.''
Kata-kata pendek tetapi padat dari ustaz azhar idrus ni dah cukup untuk kita muhasabah kembali tindakan-tindakan kita dalam berangkaian sosial.

Memetik dari kata-kata Dr MAZA '' Islam tidak pernah meletakkan perataraan antara manusia dengan tuhan , bila-bila masa sahaja , siapa sahaja insan itu , dimana sahaja dia berada , jika dia ingin berhubung dengan allah azzawajalla atau kembali kepada allah , maka tidak pernah ada halangan '' , maka mengapa kita dengan bersusah payah meletakkan wall facebook seolah-olah sebagai perantaraan kita dengan tuhan ? Kita sedar dengan meluahkan perkara tersebut di laman sosial tidak menyelesaikan sikit pun dari masalah yang kita hadapi , kita sebenarnya suka meluahkan perkara yang kadang-kadang membuatkan orang bosan dan jelik bukan simpati semata . go go pray to allah or at least write your expression in a form of doa.
Tentang bagaimana kita sebenarnya kadang-kadang terlepas pandang perkara yang kita fikir kecil tapi mampu membuatkan tanggapan negatif orang hinggap pada diri kita melalui apa yang kita tulis di laman sosial , saya tertarik dengan ceramah Dr MAZA tentang kisah Ma'iz bin malik dalam Hadis Nabi muhammad s.aw...
"siapa yang tutup aib orang muslim, Allah akan tutup aib dia didunia dan akhirat termasuk muslim itu dan diri dia sendiri..
orang datang kepada nabi Ma'iz Bin Malik..datang kepada nabi, dia berzina..
Dia kata " aku berzina Ya Rasulullah, bersihkan aku..." ( Nabi tak tengok dia, nabi pusing )
Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah...
Tapi Ma'iz kata juga: " aku berzina Ya Rasulullah, bersihkan aku..." Ma'iz terus...
Rasullulah cuba bagi pengecualian pada Ma'iz
Rasullulah kata : " Boleh jadi kau cium-cium saja ..." " Boleh jadi kau raba-raba sahaja"
Ma'iz berkata : " aku berzina ya Rasullulah..takkan kau tidak tahu aku berzina.."
setengah riwayat kata,Rasulullah kata "kau mabuk agaknya..?"
Tapi Ma'iz terus..dan bila terus , dia nak hukuman... Maka hukuman dijalankan...

Islam suruh tutup keaiban diri, Islam suruh manusia baiki diri, bila-bila masa sahaja. Islam tak suruh dia buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri dia. Dia istighfar pada tuhan, dia balik kepada tuhan, dia minta ampun pada Allah.
Pintu keampunan Allah... Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk DIA mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam... dan Allah buka pintu kemapunan pada waktu malam untuk DIA mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang.
video ceramah : Harapan untuk kembali
Pemikiran , perkataan , perasaan , dan tindakan , semuanya adalah doa .Menurut Imam al-khattabi
Pemikiran , perkataan , perasaan , dan tindakan , semuanya adalah doa .Menurut Imam al-khattabi
''Doa adalah permohonan daripada seorang hamba kepada tuhannya . Perkara asas dalam berdoa adalah merasai pergantungan yang kuat kepada tuhan.''
Ramai yang berdoa supaya Allah mengabulkan impian mereka tetapi pemikiran mereka tidak selari dengan doa mereka sendiri.Mereka berdoa supaya dianugerahkan kecermelangan dalam akademik sebagainya , tetapi hati kecil mereka mengatakan yang mereka pasti tidak berjaya sampai bila-bila .Oleh itu , buangkan keraguan dalam doa kita , dan yakinlah allah pasti mengabulkan doa kita.Ramai yang inginkan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi , namun ada yang menulis post yang bernada negatif di facebook dan twitter masing-masing.Posting seperti ''bencinya'' ''aku takut'' ''geramnya'' ''tension'' sudah menjadi kebiasaan.Tanpa disedari , penulis status sebegini menarik perkara negatif dalam hidup mereka.Kita menarik apa yang kita fokuskan.
Oleh itu , pastikan apa jua yang kita tulis , ucap dan rasa , semuanya bersifat positif . - Law of Universal Attraction
Oleh itu , pastikan apa jua yang kita tulis , ucap dan rasa , semuanya bersifat positif . - Law of Universal Attraction
same goes to when you want to post something on your social networking ....
Rangkaian sosial ini memang tempat yang mudah untuk menjadi fitnah , oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri dari menulis perkara yang membawa unsur-unsur negatif dan tidak wajar diungkapkan. Manfaatkan medan ini sebaiknya , semoga ia menjadi tempat yang indah untuk membina ukhwah , memberi peringatan tentang kebaikan kepada satu sama lain , mahupun menjadi sumber kejayaan kepada diri kita InsyaAllah ...
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
"Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"