Quantum Physics adalah sains mengenai unsur-unsur kehidupan yang paling kecil, elektron (subatomic) dan sebagainya.Dunia subatomic (elektron/zarah) ini amat berbeza sekali dgn apa yg kita fahami tentang atom seperti yg diajar disekolah. Atom disekolah difahami mengikut konsep Newtonian yg mana semua benda adalah fizikal (seperti bebola besi yg tersusun mengikut sifat objek tersebut samada gas, cecair atau pepejal). Bila kita melangkau ke alam subatomic pula keadaannya amat berbeza, elektron yg sama boleh berada di beberapa lokasi pada satu2 masa (probabilities & possibilities), elektron bersifat gelombang (wave) dan fizikal (particle), elektron yg sama bila dibahagi akan mempunyai sifat-sifat yg sama walaupun dipisah kan pada jarak yg amat jauh (entanglement).
Dunia subatomic ini penuh dgn kebarangkalian dan kemungkinan, berbeza dgn klasikal newtonian fizik yang mana jika kita apabila kita tahu halaju, kita boleh mengira kedudukan objek itu pada satu2 masa dan sebaliknya. Di dalam dunia quantum (subatomic), jika kita mengukur halaju sesuatu elektron, kita tidak dapat mengetahui kedudukannya dan jika kita tahu kedudukannya pula kita tidak dapat megukur halajunya.
Satu lagi sifat elektron yg pelik adalah mungkin bersifat gelombang (wave), bersifat solid fizikal (particle) dan boleh bersifat kedua2nya pada satu masa dan ini yang menghairankan ahli quantum fizik kerana ianya amat berbeza dgn dunia yang kita anggap nyata ini. Malahan keseluruhan atom sebenarnya adalah kosong, jika kita boleh mengecil dan menjelajah kedunia atom dan mengambil gambar dunia tersebut, bila kita kembali kedunia asal dan mencuci filem tersebut, tiada apa2 imej yg terhasil. Menerusi eksperimen, saintis cuba mengenal pasti adakah elektron wave atau particle, ini yang di debatkan oleh Neils Bohr & Einstein, mereka dapati, jika ekperimen itu di buat untuk melihat elektron sebagai wave, mereka akan dapati ianya adalah wave, tetapi jika mereka mengaturkan eksperimen itu untuk melihatnya sebagai particle, mereka juga mendapati ianya wujud sebagai particle. Elektron respons kepada apa yg saintis ingin buktikan.
Satu lagi eksperimen yang unik dipanggil "dual slit eksperimen" pula merumuskan, "act of observing or measuring, collapse the wave function and electron become a particle" iaitu, melalui pemerhatian, melalui pengukuran, elektron yg bersifat gelombang itu menjadi satu zarah yang solid. Apakah implikasi kepada kehidupan manusia pula? Konsep yg paling mudah untuk difahami oleh orang kebanyakan adalah, pemerhatian kita (fikiran) mempengaruhi keadaan sekeliling yg mana ianya juga mempengaruhi kehidupan kita. Melalui eksperimen ini juga saintis mendapati dunia elektron di pengaruhi oleh pemerhatian kita, melalui pemikiran kita terhadap apa yg kita fokuskan.
Secara falsafahnya ini bermakna kita mencipta realiti kehidupan sendiri, apa yg kita fikirkan dan apa yg kita fokuskan itu yg kita akan lihat dan alami didunia ini. Mencipta realiti sendiri? Bukankah ia bertentangan dgn Islam yg semuanya sudah termaktub dan ditetapkan oleh Allah? Ini dilema untuk mengaitkan quantum fizik dgn Islam tetapi bukankah menerusi doa dan usaha kita boleh mendapat apa yg kita ingini? Bukankah Allah itu maha pemurah dan boleh mengurniakan apa sahaja yg kita ingini? Bagi saya falsafah quantum fizik inilah yg sepatutnya mendekatkan umat Islam lebih hampir kepada Allah kerana ianya menjelaskan sifat pemurah Allah itu (melalui fikiran dan apa yg kita fokuskan) kita boleh mencipta realiti hidup kita sendiri. Tetapi kita cuba lari dari tanggungjawab dan selalu menuding jari terhadap orang lain bila berlaku musibah kepada kita, sedangkan menerusi quantum fizik membuktikan bahawa apa yg kita alami adalah dari fikiran dan pemerhatian kita sendiri? Bukankah Allah sudah menyatakan bahawa kerosakan dunia disebabkan perbuatan manusia itu sendiri? Manusia harus belajar lebih bertanggungjawab didalm kehidupan ini, apa yg kita fikirkan dan lakukan itu yg mencipta realiti kehidupan kita sendiri.
Inilah rahsia disebalik Law of Attraction atau Hukum Tarikan (Bagaimana Hukum Tarikan berfungsi )
Fahaman baru ini juga amat bercanggah dengan fizik klasik yang mana dunia ini sudah dijadikan oleh tuhan seolah-olah sebuah "Great Machine" dan kita adalah salah satu gear-gear yang berputar didalamnya dan apa yang berlaku pada diri kita adalah disebabkan gear bersebelahan yang berputar, baik atau buruk yang berlaku didalam kehidupan, kita hanyalah sebagai mangsa dan tiada kena mengena langsung dengan sebab terjadinya sesuatu kejadian itu. Akan tetapi hasil dari kajian QF ini mendapati dari pemikiran kita sendiri, iaitu bagaimana kita mahu melihat kehidupan itu sendiri akan mempengaruhi kehidupan sebenar yang akan kita alami.
Adakah bercanggah dengan Islam? Bagi saya tidak kerana Allah itu Maha Pemurah dan apa sahaja yang kita kehendaki pasti akan dikurniakannya.
Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir 40:60)menurut Zuhairi Nopiah di dalam Law of Universal Attraction , doa tidak terhad kepada apa yang kita ucapkan ketika menadah tangan kepada tuhan sahaja.Doa adalah apa-apa yang terbit daripada hati , pemikiran , perbuatan , dan apa-apa yang kita fokuskan.Tindak balas kita semasa menerima sesuatu adalah sebahagian dari doa.
Hidup ini adalah pilihan kita , oleh itu pilihlah untuk berjaya dan bahagia.Malah , tuhan sendiri menyerahkan pilihan itu kepada manusia.Allah berfirman :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (surah ar-ra'd ayat 11)Pastikan semua perkataan , perbuatan , dan sangkaan kita positif kerana semuanya adalah doa.Apa yang kita fokuskan semuanya adalah doa kerana fokus mempunyai tarikan yang luar biasa.Tuhan tidak semestinya memberi apa yang kita mahu , tetapi tuhan memberi apa yang kita fokuskan.
Minda manusia memengaruhi kehidupan sebenarnya dan ujikaji dari bidang fizik kuantum ini telah membuktikannya, kita bukanlah hanya sekadar "mesin ciptaan Allah" dan hidup atas takdir yang kita sendiri tidak tahu samada ianya benar-benar takdir Allah. Manusia yang selalu menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak mahu bertanggungjawab, samada mahu lepas tangan, hanya menyalahkan manusia lain atau tidak tahu bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah disebabkan samada dari pemikiran atau perbuatan yang mereka lakukan sendiri, apa yang saya panggil "takdir ciptaan sendiri". Apa? Takdir yang kita sendiri ciptakan? Ya, kita hidup didunia ini bukanlah bebas, ada "certain set of law" iaitu undang-undang yang harus diikuti dan ianya termaktub didalam Al-Quran dan jika kita menyimpang darinya, akan ada "takdir" yang tidak diundang dari sebab menyimpangnya kita itu.
Sumber : syurgadidunia dan buku Law of Universal Attraction