Thursday, 21 February 2013

Kita memang suka merumitkan yang mudah

Antara poster 'vegan'
Bersiar-siar di Facebook dan mengikuti perkembangan dunia melalui page yang membicarakan soal kebebasan bersuara , hak asasi manusia , hak menyuarakan idea bla bla bla menyebabkan aku tertarik dengan satu isu . Pemahaman aku terhadap isu ni tak lah sedalam mana , aku hanya  merujuk pada slogan-slogan dan banner yang mempromosi idea mereka sahaja. Ini adalah soal berkenaan sama ada 'menggunakan' (consume) haiwan adalah satu bentuk kezaliman.Mereka yang mempromosi idea ini menggelar diri mereka sebagai vegan , kerana bagi mereka melayan haiwan sebagai makanan mahupun produk adalah satu bentuk kezaliman kepada haiwan tersebut , disebabkan itu mereka hanya mengambil sayuran/kekacang (selain haiwan) dalam diet seharian mereka dan menolak sebarang produk yang berasal dari haiwan termasuklah benang.Mereka meletakkan perkara ini sebagai 'Animal Right' iaitu hak haiwan untuk hidup bukan sebagai sumber makanan/pakaian kepada manusia.

Top 10 animals right issues ini adalah antara persoalan di dalam isu berkenaan hak haiwan oleh para aktivis tersebut.Aku melihat para aktivis 'vegan' ni dah berlebihan dalam menafsir hak haiwan sampai melupakan hak manusia sebagai pengguna sampaikan sanggup melabel golongan yang memakan haiwan dan menggunakan produk haiwan sebagai golongan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tiba-tiba suatu hari ketika aku sedang ber'9gag' terjumpa pula poster ni :


HAHAHAHAHAHAHA! padan muka hangpa yang suka sangat merumitkan bumi ni dengan persoalan-persoalan yang pada asalnya mudah . Kan dah kena sindir dengan bergayanya !

Sekarang tumbuhan pun dah pandai protes
Sebenarnya permasalahan bukan kerana pengambilan haiwan sebagai makanan bagi manusia.Manusia mempunyai hak untuk makan apa yang tersedia dia atas muka bumi , eat or die. Kesalahan terletak kepada sistem yang diguna pakai. Sistem kapitalis yang membenarkan perusahaan membuat apa sahaja asalkan matlamat keuntungan tercapai. Jika haiwan dilayan selayaknya seperti menggunakan kaedah penyembelihan yang kurang menyakitkan walaupun mahal kosnya kepada perusahaan dan hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang diperlukan pasaran maka dimana pula letaknya kezaliman kepada haiwan?
manusia memang dicipta secara biologinya sesuai dengan apa yang tersedia di sekelilingnya sebagai makanan.Menidakkan fitrah tersebut juga satu kezaliman bukan ?


Vegan dan  pengamal agama seperti hindu yang menuntut mereka menjadi Vegetarian adalah golongan yang berbeza. Aku tak juga jelas perihal vegetarian dalam agama hindu tapi merujuk kepada kawan-kawan hindu aku mereka dituntut untuk tidak memakan makanan yang bersumberkan haiwan hanya ketika sedang berpuasa . Sebagai muslim dan atas nama kemanusian kita wajib menghormati amalan agama masing-masing , seorang hindu walaupun tidak memakan makanan yang bersumberkan haiwan , tidak pula dia melabelkan manusia lain sebagai kejam dan tidak berperikemanusian kerana memakan haiwan malah menghormatinya sebagai amalan agama manusia lain.

vegan


sindiran anti-vegan kepada vegan












''Veganism is a type of vegetarian diet that excludes meat, eggs,dairy products and all other animal-derived ingredients. Many vegans also do not eat foods that are processed using animal products, such as refined white sugar and some wines. Most vegans also avoid the use of all products tested on animals, as well as animal-derived non-food products, such as leather, fur and wool.
Vegan refers to either a person who follows this way of eating, or to the diet itself.''

Kepeningan yang melanda sebenarnya berpunca dari amalan sistem kapitalis dalam ekonomi bukan amalan diet manusia yang sudah berlangsung sejak beribu-ribu tahun dahulu.Vegan sebenarnya hanya menuntut keadilan terhadap makhluk sejagat yang tidak dilayan seadilanya melalui sistem ekonomi kapitalis.

kezaliman terhadap haiwan yang melampau
Vegan dan kita seharusnya faham isu yang sebenar disebalik kekejaman terhadap haiwan bukan melabel manusia lain sebagai kejam hanya kerana memenuhi tuntutan biologi mereka.Sistem kapitalis bukan hanya menzalimi haiwan malah manusia turut menjadi hamba dan menderita disebalik perjuangan untuk hidup dalam ekonomi kapitalis.

I'm agree with the idea of Animal Welfare rather than Animal Rights
Islam adalah agama yang begitu menjaga hubungan antara manusia dengan tuhan , manusia dengan manusia malah manusia dengan makhluk yang lain . Nabi muhammad adalah manusia yang lembut hatinya dengan haiwan dan tumbuhan.Malah di dalam islam sendiri diajar bagaimana untuk menyembelih haiwan , pelbagai syarat dalam sembelihan cara islam yang meminimalkan kesakitan haiwan dan menjaga perasaan haiwan yang disembelih seperti makruh menunjukkan proses sembelihan di depan haiwan yang lain.Begitulah indahnya islam menjaga kebajikan haiwan sesuai dengan fitrah manusia.Kita tidak boleh menidakkan penggunaan haiwan sehingga hak manusia sendiri tidak terbela.


Manusia yang tidak jelas akan kedudukan mereka sendiri diatas muka bumi inilah yang menidakkan hak tersebut. Solusinya bukan dengan menidakkan penggunaan haiwan tetapi menentang kezaliman perusahaan terhadap proses penyediaan haiwan tersebut.

Allah telah memberi peringatan yang jelas kepada manusia dalam firmanya

Al-Quran: Surah Al-Baqarah : Ayat 57
Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Al-Quran: Surah Al An'aam : Ayat 142
Dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu,

Al-Quran: Surah Al Maa-idah : Ayat 87
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Quran: Surah Al An'aam : Ayat 119
Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.

Al-Quran: Surah Al An'aam : Ayat 140
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka karena kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
http://azzain.com.my/tazkirah2/

wallahu alam bissawab
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
 "Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"