'' Saya sama sekali tidak bergaul dengan orang yang tidak mahu saya gauli .Bagi saya , itu adalah satu rahmat.Oleh itu , saya kekal positif.Saya bergaul dengan orang yang gembira , orang yang berkembang maju , orang yang mahu belajar , orang yang tidak keberatan meminta maaf ataupun mengucapkan terima kasih , dan orang yang kehidupannya menyeronokkan '' - JOHN ASSARAF , pengarang buku The Street kid's Guide to Having it All.Memetik dari buku Law of Universal Attraction :
Orang yang positif biasanya berkawan rapat dengan mereka yang positif.Orang yang bersikap negatif pula lazimnya mempunyai ramai kawan baik yang bersikap sama sepertinya.Orang yang ceria biasanya dikelilingi oleh orang yang ceria juga.Orang yang pendiam pula mempunyai kawan yang pendiam jua.Persamaan ini menjadikan kita serasi bersama.
Hal ini terjadi kerana otak manusia sentiasa menghasilkan gelombang yang berfungsi dalam apa jua aktiviti.Sama ada gelombang positif ataupun negatif , gelombang ini terpancar keluar daripada minda kita.Gelombang yang keluar akan menarik tenaga yang sama seperti gelombang itu.
Menurut Amar Mahmood , bahagian otak yang bertanggungjawab menyebarkan gelombang ini dipanggil Reticular Cortex (RC).RC adalah satu bahagian dalam otak manusia yang berfungsi seperti penerima isyarat telefon di bangunan besar.RC menerima dan memancarkan gelombang positif mahupun negatif daripada minda kita.
Kita dapat mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh orang lain kerana RC sentiasa menerima dan memancarkan gelombang yang ada dalam minda.Gelombang positif yang lebih kuat akan mempengaruhi kita menjadi positif.
Ini yang dinamakan LAW of Attraction atau Hukum Tarikan
Huraian Ringkas Tentang Hukum Tarikan / Law Of Attraction (LOA)
a. LOA adalah Hukum Fizik, sama seperti Hukum Graviti.
b. Ia dipanggil ‘Tarikan’ kerana prinsip tarik menarik yang berlaku didalam hukum ini.
c. Teori Hukum Tarikan secara ringkas
1. Setiap manusia pasti berfikir setiap hari. kita mampu berfikir hingga 60,000 cetusan fikiran setiap hari (kajian sains)
2. Apa berlaku setiap kali manusia berfikir?.. Otak kita akan mengeluarkan gelombang.
3. Gelombang apakah yang dikeluarkan? Ada 2 jenis iaitu
a. Gelombang positif
b. Gelombang negatif
a. Gelombang positif
b. Gelombang negatif
4. Kemana gelombang ini pergi? Ke angkasa dan persekitaran kita
5. Apa yg berlaku seterusnya? Gelombang ini akan mencari tenaga-tenaga yang terdapat di persekitaran kita, iaitu : tenaga yang mempunyai gelombang yang sama.
6. Mengapa ada tenaga di persekitaran kita? Memang terdapat banyak tenaga diseluruh alam semesta ini, manusia juga terdiri dari jutaan himpunan tenaga iaitu atom, seluruh alam semesta dan isinya terdiri dari struktur dan unsur atom (iaitu tenaga yang bergetar).
7. Apakah jenis tenaga yang dicari oleh gelombang dari otak kita? Ada 2 jenis iaitu:
a. Tenaga Positif
b. Tenaga Negatif
a. Tenaga Positif
b. Tenaga Negatif
8. a.Gelombang positif dari otak akan mencari tenaga positif
b. Gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.
b. Gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.
9. Selepas itu, tenaga ini akan ditarik oleh gelombang otak dan dihantar kepada pemancar gelombang tadi iaitu: manusia yang berfikir.
10. Hasilnya, *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga didalam ‘belon aura’ mereka dan juga didalam realiti hidup mereka.
11. *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga: ini bergantung kepada jenis tenaga yg mereka tarik, bergantung pada jenis gelombang yg mereka keluarkan.
a. Banyak keluarkan gelombang positif, banyaklah tenaga positif ditarik oleh manusia itu
b. Banyak keluarkan gelombang negatif, banyaklah tenaga negatif ditarik oleh manusia itu.
b. Banyak keluarkan gelombang negatif, banyaklah tenaga negatif ditarik oleh manusia itu.
12. Bagaimana kita ingin pastikan gelombang jenis apa yg kita keluarkan?
a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa gembira, bersemangat, selesa, tenang dan aman, (feeling good) bermakna kita sedang mengeluarkan gelombang positif.
a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa gembira, bersemangat, selesa, tenang dan aman, (feeling good) bermakna kita sedang mengeluarkan gelombang positif.
b. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa risau, takut, sedih, marah, resah dll, (feeling bad) bermakna kita mengeluarkan gelombang negatif.
13. Apa yang berlaku pada diri kita dgn kehadiran tenaga-tenaga ini?
Tenaga yg ditarik adalah tenaga yang sama getaran/vibration dgn gelombang pemikiran kita , seperti:
a. (berfikir ) bersyukur kerana mendapat sesuatu pemberian
(tenaga yang ditarik) Tenaga-tenaga yang membawa perkara-perkara yg membuatkan kita akan bersyukur lagi. Maksudnya banyak lagi pemberian yang kita akan terima yg membuatkan kita berpeluang untuk bersyukur lagi.

b. (berfikir) yang kita sihat, sedang dalam proses sembuh
(jenis tenaga) Tenaga dalam bentuk kesihatan dan perkara2 yg membawa pada kesembuhan/ jalan untuk sembuh dll.
(jenis tenaga) Tenaga dalam bentuk kesihatan dan perkara2 yg membawa pada kesembuhan/ jalan untuk sembuh dll.
c. (berfikir) rezeki itu berlimpahan, mudah didapati, sentiasa dipermudahkan
(jenis tenaga) tenaga yang membawa kita kepada kewangan, jalan keluar untuk rezeki dll yang berkaitan dgn rezeki.
(jenis tenaga) tenaga yang membawa kita kepada kewangan, jalan keluar untuk rezeki dll yang berkaitan dgn rezeki.
d. (berfikir) perkara yang tidak disukai, menyedihkan, perkara negatif
(jenis tenaga) Tenaga berbentuk perkara-perkara yg membuatkan kita sedih, kecewa dll.
(jenis tenaga) Tenaga berbentuk perkara-perkara yg membuatkan kita sedih, kecewa dll.
e. (berfikir) Mengeluh dan merungut tentang sesuatu
(jenis tenaga) Tenaga yang membuatkan banyak lagi perkara berlaku untuk kita rungutkan dan keluhkan.
(jenis tenaga) Tenaga yang membuatkan banyak lagi perkara berlaku untuk kita rungutkan dan keluhkan.
f. (berfikir) Tentang orang2 dan sifat orang2 yg tidak disukai, ingin dihindari, benci dll
(tenaga) Tenaga yang menyebabkan jumlah org2 yg memiliki sikap dan perangai yg kita tidak suka itu semakin banyak berada didalam realiti kehidupan kita.
(tenaga) Tenaga yang menyebabkan jumlah org2 yg memiliki sikap dan perangai yg kita tidak suka itu semakin banyak berada didalam realiti kehidupan kita.
(berfikir bermaksud: memberi tumpuan dan fokus, membuat satu andaian dan tanggapan yang kita percaya benar / perception/ affirmation – yg mana semua ini terbentuk didalam jiwa / minda separa sedar kita hasil dari cara dibesarkan, pengalaman2 silam, pengalaman2 orang lain yg kita adaptasi dan percayai dan lain-lain didalam proses kita membesar)
14. Oleh itu, prinsip asas LOA ialah:
” Anda menarik masuk kedalam kehidupan anda, segala apa yang paling banyak anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam samada perkara positif ataupun negatif”
” Anda menarik masuk kedalam kehidupan anda, segala apa yang paling banyak anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam samada perkara positif ataupun negatif”
Al Qur’an telah menjelaskan cukup banyak tentang perkara2 ini seperti diantaranya:
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7) (TENTANG TARIKAN)
Dan dilangit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu (Adz Dzariyaat: 22) (TENTANG TENAGA)
“Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan (pen -bukan dengan apa yang dia khuatirkan/risaukan) (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dan Al Hakam) (TENTANG TARIKAN)
Kerana itu Islam amat melarang umatnya dari MENGELUH. Sabda Rasullullah S.A.W:
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula,
” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.”
(Riwayat oleh Imam Majah)

Dan larangan keras dari mengumpat:
Nabi S.A.W bersabda: ”Ketika aku dinaikkan ke langit (mikraj) aku lalu berhampiran kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga, mereka mencakar muka dan dada mereka dengannya. Aku berkata: siapakah mereka wahai Jibril. Ia menjawab: merekalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menceroboh nama baik mereka.”
(Abu Daud, sahih)

Larangan dari berburuksangka (negative thinking):
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;” (Al-Hujurat : 12)

Firman Allah “Apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa’ : 79)
(Jangan salahkan takdir jika kita mengalami kehidupan yang kita rasakan ‘bernasib buruk’. Berusahalah mengubah corak pemikiran kita untuk mengubah kehidupan supaya memiliki ‘nasib baik’)

Saranan supaya memberi persangkaan baik agar orang yang berniat buruk dengan kita tidak akan mampu memberi kemudaratan kepada kita.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik dan perbuatan jahat . Tolaklah kejahatan (yg ditujukan padamu) dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, (kamu akan mendapati) orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Al-Fussilat: 34)

Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad’: 11)
Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)
Oleh itu, kita boleh memilih sendiri, jenis tenaga apakah yang kita inginkan sentiasa maksimum / banyak didalam kehidupan kita, dengan cara memperbanyakkan berfikir dan memberikan perhatian HANYA kepada perkara2 yang kita sukai, inginkan dan positif.