Tuesday 22 January 2013

Wang adalah hutang , hutang adalah wang

Dalam Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w dilapurkan berkata: 
“Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorang pun, melainkan akan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya riba akan terkena juga debu-debu riba itu.” 
Maka ketahuilah zaman yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ZAMAN INI . Ya zaman di mana anda sedang membaca artikel ini . 

Ketahuilah kalian bahawa dosa riba bukan lah kecil , malah Nabi pernah bersabda bahawa doa riba yang paling ringan pun disamakan dengan dosa berzina dengan ibu sendiri , astaghfirullah al azim ...
Dasyatnya Dosa Riba 



Awam memahami bahawa Riba secara ringkas bermaksud pertambahan nilai duit yang terpaksa dibayar akibat hutang.Contohnya Abu meminjam wang daripada Ali sebanyak RM30 , tetapi Abu terpaksa membayar kembali kepada Ali sebanyak RM40 (pertambahan sebanyak RM10) mengikut perjanjian.Aku daripada zaman sekolah rendah bila penceramah bercakap tentang Riba maka inilah yg diterangkan. Maka fahamlah aku bahawa Riba itu diamalkan oleh Ah long (satu fenomena peminjam wang di malaysia yg mengenakan pertambahan bayaran ) , dan Riba juga diamalkan oleh bank konvensional apabila kadar faedah dikenakan apabila meminjam. Maka dari fahaman aku ketika itu , jelaslah bahawa aku bebas dari dosa Riba kerana aku tak terlibat pun dengan ah long mahupun pinjaman dari bank konvensional.

Bila aku besar sedikit , maka pelbagai definisi Riba didedahkan dalam buku teks pendidikan Islam iaitu Riba al nasiah (pertambahan yang diperoleh melalui penangguhan tempoh bayaran) dan Riba al fadl (pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama.). RUJUK Amalan Riba . But still nothing to do with almost of us .....


 Maka persoalan muncul , mengapa Rasulullah mengatakan tiada seorang pun yang terlepas dari Riba ni ? mungkin zaman yang dimaksudkan bukan zaman kita ? persoalan kedua , kenapa dosa riba ni besar sangat sampai diberi amaran yang dasyat di dalam al-quran ? walhal hanya pertambahan sedikit jumlah wang dari hutang , mungkin kerana ia menindas sebelah pihak dan menguntungkan sebelah pihak yang lainnya , tidak adil dan zalim sebagainya . Tetapi aku masih gagal melihat mengapa Riba ini merupakan ancaman yang besar dalam sistem ekonomi , kerana ilmu aku yang ciput baik dalam agama mahupun ekonomi ....

Setelah beberapa siri pencerahan melalui video dan artikel maka fahamlah aku mengapa Rasulullah bersabda bahawa pada suatu zaman tiada seorang pun yang terlepas dari riba , kerana WANG YANG KITA GUNA PAKAI SEKARANG ADALAH RIBA.

Here we come , simple explanation yang boleh difahami semua peringkat umur tentang bagaimana wang dicipta oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman :  Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum & Forex , anda wajib membaca artikel ini untuk memahami bagaimana duit yang kita pakai sekarang boleh dikatakan sebagai hutang.

Sebenarnya bukan umat islam sahaja yang sedar akan hakikat duit yang diguna pakai sekarang adalah tidak bernilai dan hanya sekadar kertas. Rakyat di negara barat juga malah sedar wang fiat yang dicipta merupakan perangkap untuk menjadikan manusia sebagai hamba. Kesedaran mereka dalam menentang sistem ekonomi yang mengguna pakai wang fiat malah melebihi umat islam sendiri . Dokumentari pendek tentang penciptaan wang kertas di USA diolah secara santai dan mudah difahami semua golongan biarpun bukan dari mereka yang belatarbelakangkan pendidikan ekonomi.

American dream - In debt we trust

Debu adalah unsur-unsur kecil yang jika dikumpulkan akan membentuk kotoran dan mudah dilihat dan wajib dicuci untuk menghilangkannya dalam menjaga kebersihan pakaian tersebut. Begitu halnya dengan kertas hutang/fiat/wang kertas pada pandangan kita ianya halal kerana dibayar untuk usaha/kerja kita, namun bila dikumpul dan dikaji dari mana asalnya, bagaimana ia dihasilkan, kaedah penghasilan wang tersebut akan jelaslah wujudnya unsur RIBA padanya, walaupun kita berusaha untuk mengelakkannya namun tiadalah jalan keluar selagi mana kita masih menggunakan kertas hutang/fiat/wang kertas tersebut dan walaupun kita menentang ianya akan terus dihasilkan dari semasa ke semasa. - Mohd Fikri Bin Ismail

Occupy The Street
Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal. Syurga Di Dunia





'' Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat. 

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.


1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'. ''


Adakah anda sudah berasa jelas dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan ? Inilah realiti , sesungguhnya 'mereka' sangat bijak mengubah sistem ekonomi dunia sehingga seluruh manusia terjerat dalam perhambaan ...... 

the only solution