Friday 4 January 2013

Dusta yang dilayan seperti sahih

Awam yg berlegar di laman sosial seperti facebook amat senang dipengaruhi oleh hadis-hadis palsu , yang paling terkenal adalah hadis berkenaan pahala solat terawih sepanjang 30 malam sampaikan dicetak dan dilekatkan di depan pintu peti ais . Perbuatan menyebarkan hadis-hadis palsu ni sebenarnya boleh membuatkan awam 'geli ' dan seeloknya diberhentikan kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap umat islam sendiri. Berikanlah keutamaan kepada hadis-hadis sahih dan berhati-hatilah ketika menyebarkan sesuatu perkara terutamanya yg disebarkan atas nama Rasullulah. Persoalan pertama , menagapa hadis-hadis palsu boleh wujud ?



Diantara sebab hadis palsu dicipta adalah (secara ringkas) :

1.Politik
Setelah Nabi SAW wafat, berlaku pertelingkahan dan perbezaan pendapat tentang sistem khalifah,ini permulaan kepada penyebaran fitnah besar dan timbul hadis-hadis palsu,apa pentingnya? untuk menarik sokongan dan mendakwa mereka dalam kalangan golongan yang benar. akhirnya berlakulah perpecahan umat islam.

2.Taasub
Dikatakan bahawa perasaan taasub dan assabiyah terhadap bangsa, bahasa dan negeri menyebabkan terciptanya hadis-hadis palsu ni , bertujuan untuk mengagung-agungkan sesuatu bangsa, bahasa dan negeri.

3.Musuh Islam
Golongan yang memusuhi islam seperti golongan munafiq.mereka sengaja cipta hadis palsu berkaitan akidah, syariat, ibadat, akhlak, hukum-hakam dan lain-lain lagi.Bertujuan untuk merosakkan umat islam secara halus.

4.Ahli bidaah dan golongan zuhud yang terlampau
Golongan ini berpendpt bahawa hadis boleh dicipta.Apa tujuannya? supaya rajin beramal ibadat.Apa caranya? dengan menerangkan tentang kelebihan amalan dan ancaman supaya jauhi larangan Allah.

5.Percanggahan persoalan fiqh dan akidah
Menyebabkan wujudnya hadis-hadis palsu yang bertujuan untuk menyokong pandangan sesuatu mazhab atau pegangan aliran berhubung perkara tersebut.

6.Kepentingan diri
Ada para dongeng dan penglipur lara banyak cipta hadis palsu seperti kisah-kisah teladan dan peringatan.. apa tujuannya? untuk tarik perhatian orang ramai.Ramai yang ghairah nak cipta nama sebagai perawi hadis dan ini salah satu sebab kenapa hadis palsu dicipta.selain itu, ada segelintir ulama duniawi yang digelar 'ulama su' , mereka sanggup putar belitkan kebenaran dengan membuat hadis palsu , tujuannya adalah untuk kepentingan dunia dan dekatkan diri dengan penguasa.

sumber : Majalah Al-Islam.Bahagian umum.keluaran Ogos m/s 21

Sila baca Sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadis untuk lebih memahami mengapa wujudnya hadis-hadis palsu.

Oleh itu sebagai umat islam apabila mengetahui akan kelemahan hadis-hadis palsu hendaklah kita meninggalkannya. Sebagai awam bagaimana kita hendak mengetahui ciri-ciri hadis palsu ? Dr. Asri telah memberikan beberapa rujukan berkenaan bagaimana awam boleh mengenal pasti hadis palsu di laman sesawang beliau , link > Kenali Hadis Palsu Menerusi Matan


Semoga Allah selalu melimpahkan kurnia-Nya kepada kita semua, dan menjaga lisan-lisan kita dari perkataan dusta, apalagi berdusta atas nama Rasulullah S.A.W.