Thursday, 3 January 2013

AMBANG 13-Pesanan Ulama , Prof. Dr.Ali As-Sobuni

Ucapan Fadhilatul Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni di dataran Shah Alam ketika sambutan Ambang-13 oleh kerajaan Negeri Selangor.



Sheikh Ali As-Sobuni, berasal dari Syria, berumur 83 tahun. Katanya, doakan Allah panjangkan umur aku hingga 120 tahun, kerana aku takut aku mati dalam keadaan aku tidak bersedia.



.:: Kata-kata Prof. Dr.Ali As-Sobuni ::.

Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Qur'an,"Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah" maka orang beriman, adalah orang yang menjaga agamanya, maka aku pinta kepada kamu untuk kamu memilih orang yang menjaga agama Allah S.W.T. Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. ia menjaga bersungguh-sungguh agamanya. Kalau orang berniaga, dia berniaga dengan rasa takut kepada Allah S.W.T. Kalau dia seorang pemimpin, dia memimpin rakyat dengan penuh rasa takut kepada Allah S.W.T. Kalau apa sahaja kerjanya, dia mesti mengutamakan ketaqwaan dia kepada Allah kerana apa? Kerana dia akan dihisab oleh Allah S.W.T. di hari akhirat esok.

Allah berfirman : "Hendaklah kamu bersama golongan-golongan yang benar." Golongan-golongan yang benar adalah golongan yang mengEsakan Allah S.W.T. Golongan-golongan yang benar, dia menjadikan hukum hakam Allah sebagai cara hidup mereka. Maka hari ini aku bersama golongan-golongan yang benar. Antara golongan yang benar, Ustaz Azhar Idrus (Sheikh Azhar). Dan aku pun Azhariyyun (Sebab Syeikh pernah belajar di Universiti al-Azhar). 

Aku Syeikh Sobuni, keturunanku dulu memang pakar membuat sabun. Tapi itu cerita dulu. Aku bukan sabun buat basuh badan, buat basuh tangan. Tetapi aku sabun untuk mencuci hati manusia. 
Kalau korang makan, tangan korang kotor, jangan pulak pergi kat aku, sapu kat badan aku. Aku bukan sabun, untuk basuh tangan atau basuh pinggan. Aku sabun untuk membasuh hati manusia. 

Jangan kita guna sabun sebagai alat sahaja, tapi sabun juga boleh membersihkan kita dari segala kekotoran. Semoga Allah Ta'ala membersihkan hati-hati kita dari segala kekotoran.

Kita wajib memilih pemimpin yang takutkan Allah S.W.T. Hatta kalau kita nak jadi makmum, kita mesti pilih Imam yang beriman betul-betul, imam yang diyakini. Tetapi, kita takkan mungkin, tak boleh menjadi makmum pada orang yang kita tak tahu latar belakang mereka. Entah-entah dari binatang mana. Maka wajib kita pada hari ini, memilih pemimpin yang takut Allah S.W.T. Memilih pemimpin yang jaga agama Allah S.W.T. 

Pada orang-orang muda, jadilah golongan yang berjuang berjihad di jalan Allah. Berjalan di atas muka bumi, dengan meninggikan kalimah Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.

Rasulullah S.A.W. ketika di Mekah dahulu. Ketika Nabi mula-mula berdakwah di Mekah, ada empat lima orang sahaja. Sehinggalah Nabi berhijrah ke Madinah Munawwarah. Umat Islam semakin hari semakin ramai, dengan kerja empat orang yang penuh amanah kepada Allah S.W.T. Apabila Nabi S.A.W. pindah ke Madinah, Nabi membuat perjanjian dengan golongan Yahudi, merupakan penduduk di Madinah. Tetapi Yahudi, kaum pengkhianat, kaum yang membohong, lalu berlakulah peperangan di antara Rasulullah S.A.W. dengan golongan Yahudi. Disebuah tempat bernama Khaibar.

Rasulullah S.A.W. ketika mengepung Yahudi, beliau melaungkan "Allahuakbar, khoibat Khoibar" 3x. Maknanya, Allah Maha Besar, Hancur Khoibar !Apabila Rasulullah melaungkan takbir dan doa kehancuran, maka Yahudi yang mendengar laungan itu mereka menggeletar dan mencampakkan senjata mereka, lalu mereka menyerah kepada Rasulullah S.A.W. Dan dengan sebab perjuangan inilah, dan diteruskan oleh para sahabat r.anhum Ta'ala ajma'in, kita pada hari ini mendapat nikmat Iman dan Islam.

Akhir sekali, InsyaAllah orang muda berjuang berjihad di jalan Allah S.W.T. untuk meluaskan dan menyebarkan kalimah "Allahuakbar" sejauh yang mungkin. Kita umat Islam pada hari ini wajib sedar, kita wajib bersama-sama dengan umat Islam, yang bangkit dengan kalimah ini. Wajib kita peka, faham, mengerti apa yang berlaku di Syria, di mana umat Islam di Syria sedang dizalimi, dibunuh, ditindas. Sebab kegagalan kita pada hari ini, sebab kita banyak tidur. Dengan sebab kita banyak tidur, berjayalah golongan yang kuffar, mereka mendapat kejayaan kerana mereka bekerja keras. Kita mengalami kerugian kerana sebab kita tidur, setidur tidurnya...

Wallahu'alam...