Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim

Monday, 14 January 2013

Islam , magik dan logik


إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
"…sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Surah al-Qashas [28]:26)

Syaikhul Islam Al-Imam Ibnu Tayyimah rahimullahi Ta'ala di dalam karyanya "al-Siyasah al-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah", m/s 27-28 (cetakan Dar Al-Arqam, Kuwait), menjadikan dalil ini tatkala membahaskan tentang isu rukun-rukun dalam bab kepimpinan. Ertinya, menurut Syaikhul Islam, abila berbicara akan bab kepimpinan, "kepimpinan ulamak" semata-mata justeru tidak mencukupi, kerana ciri-ciri kepimpinan ulamak itu diwakili olehالْأَمِينُ yakni amanah, atau dalam istilah lainnya Syariatullah. Tetapi, harus ada juga pada seorang pemimpin itu, ciri-ciri الْقَوِيُّ yakni kekuatan, atau dalam istilah dunia professional pada hari ini, bisa disebut juga sebagai "kompetensi". Kompetensi inilah, suatu perkara yang berlaku secara lumrah, atau tidak menentang "hukum alam", yang kita kenali sebagai Sunnatullah.

Itulah sebabnya, ketika Quran berbicara tentang sang bijak, ulul albab, Allah tidak sekadar menyebut mereka sebagai orang yang berzikir semata-mata. Tetapi mereka turut merupakan orang yang berfikir, kerana begitulah Islam; Islam mewajibkan penganutnya meyakini kekuatan dan kekuasaan Allah. Kemampuan Allah melakukan hal yang beyond the norm, inilah yang kita sebut sebagai Syariatullah. Tapi, at the same time, Islam juga menggariskan pemahaman, betapa secara lumrahnya semua perkara berlangsung berdasarkan norma logiknya, dan inilah yang kita maksudkan sebagai Sunnatullah.

Firman Allah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
(Surah Ali Imran [3]:190-191)

Oleh yang demikian, tidak menjadi kesalahan tatkala kita menyebut sesuatu berdasarkan norma logikanya, tanpa meragui kemampuan Syariatullah to be against it. Misalnya, Islam tidak pernah menentang kenyataan betapa wanita tidak akan pernah mungkin melahirkan zuriat, melainkan ia telah digauli oleh seorang lelaki, sama ada ia sudah bernikah atau pun tidak. Maka, Islam akan bersetuju bahawa sang wanita itu –andainya ia masih bujang- tentu telah berzina, kalau andainya ia tiba-tiba didapati telah mengandung. Kerana pelahiran dan pembentukan zuriat itu, secara saintifik atau sunnatullahnya, memang memerlukan percampuran di antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Ini kenyataannya. Bila kita sebut hal ini, tidak bererti aqidah kita rosak, kerana secara syariatullah boleh saja Allah Yang Maha Berkuasa menjadikan wanita mengandung tanpa adanya percampuran lelaki, seperti yang berlaku pada Maryam ibunya Nabi Isa alaihis salam. Namun, secara kebiasaannya, kita sebut wanita tidak akan mengandung melainkan ia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Inilah bahasa atau hukum umum dalam kehidupan manusia, dan Islam mengakui hal itu. Maka, tidaklah menjadi kesalahan ketika Quran di dalam Surah Al-Kahfi menyebut matahari terbenam di Barat, seperti yang disaksikan oleh Dzulkarnain, walhal kita tahu matahari sebenarnya tidak timbul dan tidak tenggelam! Tetapi, peredaran bumilah yang membuat kita melihatnya seakan-akan yang demikian. Tetapi Quran berbicara hal-hal normal yang difahami manusia, bukan berbicara hal itu dari segi saintifiknya.

Firman Allah:

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗقُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا
"Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka."
(Surah Al-Kahfi [18]:86)

Oleh yang demikian, Islam tentunya tidak go against fakta sains betapa "tenaga tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dimusnahkan." Kerana ketika syariatullah menetapkan tenaga boleh dimusnahkan, maka ketika itulah berlakunya hari Kiamat, dan Kiamat adalah penghabisan kepada semua logika dan norma kehidupan! Seperti tidak lagi timbulnya matahari dari Timur, dan tidak juga terbenam di Barat! Apa lagi terbenam "di sebuah mata air hitam berlumpur" seperti yang disebutkan Allah di dalam Surah Al-Kahfi!

Dan menyebut fakta sains itu sebagai "Hukum Keabadian Tenaga" juga tiada salahnya, kerana itulah istilah yang diguna pakai, seperti mana Quran menyebut "matahari terbenam" di dalam kisah Dzulkarnain walhal matahari tidak pernah terbenam sebenarnya, tetapi begitulah istilah yang diguna pakai dan difahami oleh manusia, maka Islam yang memang dekat dengan kemanusiaan pun berbicara sesuai dengan akal dan pemikiran masyarakat kemanusiaan!

Sejadah "solat" yang menggemparkan tanahair. Begitulah Islam (konon), ia hanya berbicara hal "miracle", tetapi tidak pernah bebricara tentang penemuan teknologi, pengurusan professional dan lain-lain hal menyangkut kemanusiaan

Maka, janganlah kita tampilkan Islam kepada masyarakat sebagai sebuah ajaran yang penuh dengan mistik, dan jauh daripada saintifik. Islam hanya bebricara tentang perkara miracle, dan seolah-olah tidak memberikan ruang untuk perkara realistic. Sungguh, Islam tidaklah sejumud itu, bahkan dengan Islamlah, tentu umat ini dapat kembali kepada kegemilangan! Dengan syarat, dalam beriman kepada yang syariatullah, kita tidak sampai menafikan yang sunnatullah!