Tuesday, 12 March 2013

This is Our Team

This entry is special for my 'bahas' family which I loved and adored (2011-2013)

Pengalaman Interpersonal


Masih teringat 2 tahun yg lepas bilamana kami bergelar pelajar upper form sekolah menengah  , ramai kawan-kawan baik aku ketika itu berpindah ke sekolah berasrama , maka yang tinggal hanya aku dan Farahin yg berjanji 'sumpah setia' antara satu sama lain untuk mengharungi zaman persekolahan sekolah menengah atas dengan bergaya dan luar biasa.Aku masih ingat ketika meluahkan hajat aku kepada farahin sewaktu di Dataran Damai ketika kami baru memulakan sesi persekolahan 2011 sebagai pelajar form4 ,
 ''Farahin tinggal kita 2 org je ni , yg lain semua dah masuk sekolah hebat-hebat,kita pun kena la jadi hebat macam diorang , jom la sertai apa-apa pertandingan , aku ingat nak masuk bahas ala parlimen la macam abg akim tu , nampak hebat kan'' , ye lebih kurang begitulah ayat aku yang jika orang lain dengar pasti sudah mentertawakan aku , tetapi Farahin dengan bersemangatnya bersetuju dan dengan senyuman beliau berkata ''kalau kau masuk ,aku pun tentulah masuk , ada kau , adalah aku'' .. (perasaan syahdu melanda bila menulis ini).


Secara tak sedar pada ketika aku mengungkapkan hajat tersebut sebenarnya aku cuba mencabar diri aku sendiri kerana keinginan yang membuak untuk tidak tertinggal jauh kebelakang bersama rakan-rakan yang sudah berpindah ke asrama.And that's how the story begin...... 

Selesai ujian pengesanan 1 maka carian peserta untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat sekolah-sekolah menengah Malaysia pun bermula , waktu itu barulah aku tahu Pn.Rosmina yang ku kenal melalui MKT (Majlis Ketua Tingkatan) adalah guru pengendali pasukan bahas sekolah.Maka rianglah aku tak terkata 〜( ̄▽ ̄〜)

Kami dikenalkan dengan senior kami iaitu Abang hakim , kak Ain , Kak Nadia dan kak zai . Pada waktu tersebut aku dibawah kak Ain sebagai speaker ke-3 yg tugasnya adalah membidas . Lagenda menyatakan bahawa tugas speaker ke-3 adalah yg paling berat kerana memerlukan seseorang yg sangat kritis dan analitikal , Ketika diberitahu Para guru dan para senior tentang perihal tersebut , semangat aku bertambah membuak-buak kerana terasa hebat dengan cabaran dan kepercayaan yang diberi  ''this is my chance to show myself that I'm of course capable of doing that job !!! ''.

Maka ketika dilatih dibawah kak Ain , aku merasa cukup bertuah kerana beliau seorang yg tegas dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ruang-ruang kelemahan yang ada pada diri pelapis beliau yang gemok ni hehehe.Beliau melatih ton suara dan gaya percakapan sehingga aku berjaya membakukan lidah aku yang pelat perancis ini.Ketika naik form 5 , aku sudah tidak dibimbing beliau maka lidah baku aku makin hari makin teruk sehinggakan ia menjadi antara punca kelemahan dan kekalahan sekolah kami dengan Tarcisian Convent , pada ketika itu aku betul-betul rindukan beliau ! hehehehe.

Abang Akim pula bagi kami adalah seorang yang sangat hebat kerana beliau penuh dengan Idea dan fakta , jauh dari itu beliau adalah seorang yang betul-betul komited terhadap kumpulan sehinggakan walaupun sudah menyambung pelajaran , beliau masih sempat menjenguk kami dan memberikan strategi-strategi yg beliau peroleh dari debat intervarsiti (beliau masih aktif mengikuti pertandingan debat).Abang Akim bagi kami adalah agen penenang , ketika kami goyah dan mula ''diorang kuat la kita mesti kalah'' beliau akan cepat-cepat menepis ''ish jangan .. jangan fikir mcm tu , korang boleh la , adik2 abang mesti boleh'' , serangkap ayat yang walaupun ringkas tetapi berjaya membuat kami bersemangat , we don't need much , we just need you to believe in us !.

Ketika kami mula-mula memasuki kumpulan bahas , kami tunduk dan menerima apa sahaja yang datang dari para guru dan para senior kerana kami merasakan kami adalah kosong sekosong-kosongnya maka layaklah kami diperbuat apa sahaja , mungkin sikap 'komited' yang cikgu sharifah penah beritahu datangya dari perasaan yang tunduk dan menerima apa sahaja kerana mereka lebih tahu. Kami bersyukur kerana dilatih dengan serangan izin laluan yang bertubi-tubi dan dilatih untuk membina persoalan dalam setiap satu usul dan kemudian menjawab kembali persoalan yang ditimbulkan diri sendiri .. vogue gitu you ! hahahaha silap haribulan orang makan nasi ko makan pinggan , memang tahap gabanlah kritisnya.

Sunnatullah , zaman kami sebagai pelajar sekolah pun berlalu dan pada tahun 2013 secara rasminya kami pula bergelar senior , walaupun begitu kami merasakan kami masih tidak sehebat senior yang terdahulu kerana mereka memang awesome ! . Kali ini family bahas bertambah ramai dan amirun dilantik menggantikan aku sebagai speaker ke-3 , dia ni memang kerjanya berkawad siang dan malam dibawah kadet remaja sekolah , pernah ke pringkat negeri serta menyertai aktivit KRS peringkat kebangsaan tetapi selepas 2 minggu dia besama team bahas aku menanyakan ini kepada dia ''mirun antara kawad dengan bahas mana lagi penat ? '' .. sengaja aku menduga apakah bahas yang dari 7 pagi hingga 6 petang ini tidak melemahkan budak lelaki yang terbiasa dengan aktiviti lasak .. tanpa aku duga juga ini jawapan dia ''bahas la kak , kalau kawad saya boleh pejam mata then kawad lagi ,tapi kalau bahas ni memang terus lumpuh balik rumah kak'' hahahahahaahahahahahah! dan pada waktu tu aku sedar memang betulah ZOMBIE LEBIH BERGAYA DARI KAMI BILA KAMI PULANG KE RUMAH SELEPAS 11 JAM BERSAMA BAHAS. *tepuk tangan kuat2*

Bila anda terlibat dalam aktiviti lasak , otak anda masih lagi berfungsi selepas kepenatan tetapi lain ceritanya bila seharian anda memperuntukkan waktu untuk berfikir mencari idea , sebab musabab dan fakta bagi membidas mahupun mengukuhkan pendirian team anda , otak anda akan jem untuk suatu ketika dan pada waktu itu anda tidak berkuasa membuat apa-apa melainkan tidur ....... cikgu pun faham benar dengan fenomena tersebut kerana mereka pun merasainya , cikgu-cikgu kita memang awesome kerana setiap jam bersama kita membimbing.

Ketika tahun 2011 , kami mula menceburi bahas , Pn Tan merupakan ketua panitia bm dan kami mengenali beliau sebagai seorang yang mempunyai idea yg kritis , beyond the beyond dan hujah yang beliau reka bersama guru-guru yang lain sangat teguh . Ketika beliau berpindah pada tahun 2012 , kumpulan bahas terasa kehilangan terutamanya Pn Rosmina , tetapi beliau berjaya mengharunginya sehinggakan sudah setanding dengan pemikiran Pn Tan dalam membina hujah terutamanya berkaitan politik.Pada tahun 2013 , Pn.Rosmina yang selama ini merupakan tunjang utama pasukan bahas sekolah telah berpindah , ini merupakan kehilangan yang amat dirasai kami terutamanya cikgu sharifah sebagai pengganti Ketua pasukan bahas (beliau baru memulakan tugas sebagai guru pada tahun 2011 dan terus diserap menjadi pelapis guru bahas dan hebat dalam hujah ekonomi) tetapi seperti senior sebelumnya ,  beliau juga berjaya mengarungi cabaran tersebut ...

''Apa yg kita mahu tunjukkan kpd anak kita bukan betapa kuatnya kita menumbuk tetapi betapa lama kita bertahan dan terus maju kehadapan.'' -Rocky Balboa

This is my family ...

Para ibu : Pn.Rosmina , Pn Tan , Pn Hamidah , Pn Sharifah , Pn Zaridah , Pn Asmah , Pn. Fauziah , Cikgu Nadia

kakak dan abang : Abang Hakim , kak Ain , kak Nadia , Kak zai , abang Zakry

adik-adik : 
form 5 - che Anis , Syafiq , Amirun , Nabila fatiha
form 4 - Husna , Mimi , Zafirah
form 3 - Nabila , Azhariza , Zahir

Rakan seperjuangan : Farahin zubir , Amar , Quratu Ain , Asharani , Aida , Ifatin

Terima kasih kerana memberi peluang kepadaku untuk belajar  (´∀`)♡

2011-  cikgu sha , cikgu rosmina , aku dan aida
2011
2012
2013
Rindu ketika suasa bilik gerakan riuh dengan idea-idea cikgu ros , cikgu sha dan abang akim bergaum bersama suara amar , farahin dan quratu.

We are not really great in debating but we feel great by accepting the challenges it brought to us and strengthen ourselves for the journey of the life.