Rojak cucur , jarang dijual di ipoh |
Another balak |
90% siap kat ayahku , titi yang mengajar aku erti kesungguhan |
Kem kayak bersebelahan |
Malam tersebut memang ternyata mimpi yang aku alami begitu mendebarkan . Perasaan teruja , seronok , bahagia , sedih , kusut , takut , terlampau takut bercampur baur dalam 1 mimpi. Mengikut ceritera mimpi yang sempat dirakam memori aku ia bermula dengan aku sebagai bekas pelajar sekolah menengah dengan tak malunya kembali bersekolah bersama rakan yang lain , minggu yang pertama sungguh sibuk kerana rakan sekelas aku yang lain sibuk menghantar kerja dan buku masing-masing kepada aku untuk disampaikan kepada cikgu (kerja biasa aku dulu kahkah) tapi yang dlm mimpi ni memang dah melebih-lebih macam depa tak de kaki nak pergi hantar sendiri , kan aku dah mula la rimas sampai kusut , ingat aku balachi ke :'( sampai hati mimpi.
Then terbit satu perasaan bahagia bila buka sahaja mata , aku tengok kawan-kawan aku semua dah siap pakai custom watak masing-masing dalam drama kelas , angin pun sepoi-sepoi je meniup kepala aku yang serabut tadi , semua duduk satu baris kemudian tersenyum kat aku , ada sorang kawan aku cakap ''kinah , kitaorang dah ready ni '' MashaAllah memang aku bahagia betul dengar ucapan tu , semua smart dengan custom dah tu boleh pulak berbaris depan aku senyum-senyum , baik2 anak buah aku ni 〜( ̄▽ ̄〜) *usap pala sorang2*. Mimpi yang mengambilkan nostalgia perasaan bahagia ketika berjaya menyiapkan drama kelas berasama-sama all together ┏(^0^)┛
Kemudian entah macam mana masa diorang semua masuk ke suatu tempat , secara tiba-tiba dan tak kena ada orang jahat berpakaian seragam masuk ke tempat yang sama mengintai-intai kawan aku , aku yang mula suspicious pun berkejar ke dalam tapi hampanya semua kawan aku hilang secara tiba-tiba , dengan perasaan sedih hampir je aku menangis .Aku curi kereta cikgu addmath kitaorang yang dalam mimpi tersebut merupakan SUV BMW (real life toyota estima , nampak jauh dia lari kan) , maybe sebab sekarang aku gila stereng tu boleh mimpi sampai macam ni. Aku drive kereta tu jauh dari sekolah , punyalah suspen masa tu aku tak tau nak cite macam mana dah , takut tertangkap dengan orang jahat yang aku sendiri pun tak nampak , peluh ngeri mengalir habis basah satu badan aku. Sampai ke kawasan perumahan aku berhenti sekejap nak tengok pedal kereta tu rasa lain macam , punyalah aku pelik kereta tu ada 4 pedal kahkahkah!! pedal pecut , pedal brake anti-lock braking system (ABS) , pedal brake non anti-lock braking system , dan satu lagi pedal yang mungkin boleh menerbangkan kereta macam aeroplane :3 dah canggih sangat mimpi aku tu.
Kemudian aku teruskan perjalanan sampai ada seekor anjing melintas , aku tak brake pun kereta tu automatic berhenti , aku tengok gear kereta tu pulak .... P , N , ANIMAL FRIENDLY , D-3 , hahahahahahaha!! amboih !!!!!!!! canggeh habes la tu ada animal friendly bagai , tu yg automatic stop bila anjing melintas kan hahahah! dahsyat.
Kemudian ketika berhenti tersebut , aku ditahan kastam then muncul cikgu addmath aku tersenyum seperti selalunya , dan bila aku keluar dari kereta tiba-tiba datang pula semua ahli family aku chop rumah-rumah yang ada kat situ dan bergurau senda dengan happy nya , perasaan aku mula lega , kawan yang hilang tadi diganti dengan gelak tawa mak cik - mak cik sepupu sepapat aku . Aku mula tersenyum , ada pula upacara letupkan party bomb ala-ala party bufday gitu , aku mula rasa angin bayu sejuk meniup badan aku yang dah basah berpeluh cemas tadi , bahagianya tak terkata .
Soo sudden , mak cik aku tiba-tiba cakap ''tunduk semua ... tunduk je ..'' muzik HELL MARCH RED ALERT berkumandang di langit , kelihatan Parachute army turun dari aeroplane. Mak cik aku sempat sembang antara satu sama lain ''diorang saje je datang tu , secara aman'' ''kita tunduk je , tu askar kita kot ''
Mulanya sebuah aeroplane je yang datang kemudian beratus-ratus parachute memenuhi ruang udara , pasukan parachute tu menunjukkan simptom-simptom yang pelik seperti mengangkat tong-tong sampah di bumi kemudian naik atas kembali dan mencampakannya ke bawah , bertaburan sampah sarap dan tong sampah mengena orang-orang awam , mak cik aku sempat cakap ''aah yea terima kasih la'' hahahahahaha! kalau je pun memerli kan , too many sarcasm lah aku ni . Jimat sikit kot kos senjata bila baling tong sampah tu ke bawah dengan daya tujah yang tinggi . kemudian habis mengangkut tong sampah , mereka membawa turun mortar dan bekas-bekas yang nampak seperti diisi dengan uranium , anggota yang sudah mendarat ke bumi memukul orang awam tanpa belas kasihan .
Tong sampah seperti ini |
Ketika itu aku mula menyebut 'allah , redhakan hati aku dengan semua ini ' tetapi hanya diri sendiri je tau betapa susahnya redha dengan kedaan tersebut , susahnya menerima kematian sendiri , hati aku remuk kecut habis takut sangat dengan apa yang berlaku , menggeletar satu badan. Muzik red alert masih berkumandang seiring dengan suara jeritan orang awam . walaupun sangat epic tapi bila ketakutan yang amat menguasai diri , semua dah tak bermakna . Feeling waktu tersebut adalah sangat real sampai aku tak terfikir itu adalah mimpi . kemudian aku terjaga .................... badan berpeluh seribu
Biarpun akhir mimpi tersebut sangat tragis , banyak ibrahnya , perasaan yang betul-betul real , terasa diri memang masih jauh untuk redha menerima tempat kembali yang infinite.... mungkin ada bagusnya kalian pergi buat kerja lain dari melihat aku meriakkan diri menyatakan itu ini , perasaan kadangkala tak boleh digambarkan dengan kata-kata , lebih baik tonton ceramah Dr.asri - Harapan dan kembali
emak dan anis |
ambil angin petang sambil curi2 telan air sungai perak |
Candid ate |