Tuesday, 12 March 2013

Our Team is Positive !

''We are not really great in debating but we feel great by accepting the challenges it brought to us and strengthen ourselves for the journey of the life.''

Benar , apabila menyebut sahaja Pertandingan bahas , maka umumnya awam akan membayangkan kekuatan bahasa , hujah akal , fakta dan realiti.Cikgu-cikgu apabila menggalakkan penyertaan sesebuah pertandingan akan memberitahu bahawa pertandingan ini dapat membantu kamu dalam sekian-sekian mata pelajaran dan dalam kes bahas ala parlimen tentunya karangan bahasa melayu ,itu secara kasarnya . Aku juga bersetuju jika dikatakan bahawa penyertaan dalam bahas boleh membentuk pemikiran kritis. Aku tertarik dengan apa yg Amar cakap '' bila jadi kerajaan , kita bangkang pembangkang , bila jadi pembangkang kita bangkang kerajaan dan kedua-duanya berpusing di situ juga cuma kita yang kena kemukan point apa yg kita bawa '' , keluarkan setiap persoalan yang ada dan jawab sendiri ' mengapa ' , I like that part (=`ω´=)

This is what I've learned :

you have 2 choice , Stand Beside Or Step Aside

Jauh dari semua itu , dalam apa-apa sahaja pertandingan , dalam apa-apa sahaja hubungan dalam kumpulan, pasti ada cabaran tersendiri . Yang pasti cabaran-cabaran tersebut adalah satu peluang untuk kita mendewasakan diri.

Aku pernah cakap dengan junior , dalam bahas ni kita bukan je lawan dengan kerajaan jika kita menjadi pembangkang dan kita juga bukan lawan dengan pembangkang jika kita menjadi kerajaan , kita sebenarnya berlawan dengan diri sendiri , antara dua pilihan sama ada mahu teruskan atau cabut lari dari cabaran , whether you want to strive and strengthen yourselves or run away and stuck at the same level forever in your life , whether you want to keep positive or accept it as a threat to yourselves and nothing change.



Apabila menyertai kumpulan bahas sebenarnya kita akan menghadapi banyak penolakan , ketika ini mungkin bakat atau kesungguhan kita tidak menonjol sehingga menyebabkan penolakan terhadap diri , paling menyakitkan jika guru tidak memilih kita dan kurang kepercayaan untuk mewakili sekolah , itu adalah perkara biasa dalam mana-mana pertandingan sekalipun.Menyerah dan mengalah mungkin menyebabkan kita berasa selamat , tetapi kita sendiri tidak mendapat input yang bagus.Kita tidak dapat memenangi permainan hidup ini sekiranya kita tidak bermain di dalam gelanggang.

Kita boleh menyerah dan mengalah , kita boleh berasa marah kepada sumber maklum balas , kita boleh tidak mempedulikan maklum balas , tetapi apakah kita akan menjadi lebih hebat dan bertambah maju ?
Maklum balas negatif adalah peluang untuk kita melakukan pembaikan , agree or not ?

By accepting our weakness and determined to improve ourselves , that is the real strength.

Don't say 'NO'

Cikgu sharifah pernah cakap ''saya akan pilih pelajar yang bebas dari attitude untuk bercakap 'tidak' ''. Benar , jika anda sudah melangkah ke dalam sesuatu bidang bermakna anda dengan secara rela dan bersiap sedia menerima apa sahaja cabaran dan arahan . Dalam kes bahas ni , aku mengucapkan syabas kepada diri , rakan seperjuangan dan para junior yang berjaya mendepankan diri untuk menjadi salah seorang pembahas yang bergaya.Tetapi perlu diingatkan apabila masuk sahaja ke dalam arena persedian sebelum berbahas , sebenarnya lebih banyak cabaran yang perlu dihadapi , seperti yang disebutkan di atas , sama ada kita hendak teruskan atau berhenti .Jika kita mahu teruskan , maka sentiasa ucapkan 'yes' kepada arahan yang diberi.
'' The pain you feel today is the strength you feel tomorrow. For every challenge encountered there is opportunity for growth.''
Jangan sesekali berbisik pada diri sendiri ''eei takutlah nak test berucap depan cikgu ni , tak nak lah '' .. congrats you have killed yourself then , you must be ready whenever and whatever comes. Aku teringat kisah Quratu bila dia cikgu masuk je bilik gerakan dia terus ''cikgu,cikgu saya nak test ni , cikgu tengok ya'' , yea memang cikgu tak pernah berehat tapi cikgu bangga dengan attitude yang sebegitu. Always say Yes and take your own alternative , don't wait others to convince you.

Terima kekalahan


Ya , kami belajar untuk terima kekalahan dengan lapang hati dan bersedia untuk memperbaiki diri.Pada tahun 2013 , legasi kemenangan zon yang dipertahankan sejak 7 tahun lepas telah runtuh , kami bersikap positif , hasilnya semua orang lebih bersedia dan bersemangat untuk menebus kekalahan pada tahun hadapan.

Antara perbualan famili bahas di status facebook aku :

Winning is great, sure, but if you are really going to do something in life, the secret is learning how to lose. Nobody goes undefeated all the time. If you can pick up after a crushing defeat, and go on to win again, you are going to be a champion someday.-Wilma Rudolph 

"Strength does not come from winning. Your struggles develop your strengths. When you go through hardships and decide not to surrender, that is strength." - Arnold Schwarzenegger



Amar Ridzuan : Today We Lose. But Tomorrow We Strike Back.

Pn. Rosmina : Kalah dalam pertandingan je....tapi hakikatnya satu kemenangan buat cikgu. Nak tau 
kenapa??? Sebab cikgu rasa bangga dan telah dapat kecapi nikmat kemenangan dulu2, kini dan akan datang
 kerana semua anak didik bahas cikgu dah berjaya dan menang dalam misi perjuangan mereka sbg 
pelajar...ada yg dh kerja besar, dh jd cikgu, bakal cikgu dll. tak lama lagi amar, kinah, farahin, aien pula yg 
capai kemenangan itu....yeayyy kita menang.hakikat kita menang untuk diri sendiri, menang dalam membina 
potensi dan kekuatan diri

Pn. Sharifah tkpe perbaiki klemahan..takda pengajaran tanpa kekecewaan.nila rencah khidupan yg akan 
mwarnai hidup awk kelak..pgalaman mematangkan diri..kita masih yg terbaik tp yg tbaik tetap wat 
kesalahan.tekanan tanggungjawab smasa latihan bahas akan awk rasai waktu dh smbung belajar pering yg 
lebih tinggi..waktu bkeja..

 Abang Hakim kemenangan sebenar adalah kejayaan menimba pengalaman . melalui bahas, sedar atau tidak . minda dan hati kita sebenarnya diasak utk menjadi lebih kuat dan tabah . jangan pernah lemah dengan kekalahan . alhamdulillah sebab tasek damai sentiasa menjadi buah mulut org dlm bahas sehingga kini . semoga dgn pglmn ini mmpu utk makin berjaya di peringkat universiti kelak . tahniah semua .
setiap individu ada potensi yang berbeza. tapi tidak semua yg mempunyai potensi yang istimewa. saya percaya pendebat pendebat smktd semuanya adalah golongan yang mempunyai potensi istimewa yang tak dimiliki ramai . tahniah kerana mampu membawa potensi anda ke depan 


It's great when everybody is positive !  \(^ ^)/