Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim

Saturday, 25 February 2012

Binnabil huda

selepas seminggu bersibuk sibuk dgn sekolah , sekali dgr nasyid ni terus ...aaaaaaahhh tenangnya rasa hati ^,^ sumpah tak tipu hehehe


terasa 'hidup' dgn sekolah yang gaban superbnya

Assalamualaikum superb superb human sekalian , minggu ini sangat memenatkan kerana saya  tersangat gedik membuat skrip drama english untuk class perform nnti .. insyaallah doakan moga-moga projek suka suka menyusahkan rakan sekelas saya ini berjalan lancar dgn jayanya ! yeaaah babeyh! terima kasih kepada mereka-mereka yang apabila diceritakan jalan cerita drama ini , dgn bangganya membuat muka bersemangat dan sekaligus memberi satu tonik tenaga kepada saya di dalam bentuk tablet senyuman dan galakan !!! oleh kerana adanya mereka-mereka yg bersemangat ini bersama saya ..maka saya tidak mampu mengecewakan mereka dgn berputus asa di tengah jalan, dan insyaallah we will do it no matter what 5 SUPREME CROWDED !!!  amin ya allah 

Friday, 24 February 2012

catalyst to be more AWESOME !

secara officialnya pada 24.februari.2012 namaku disebut sebagai TOKOH MAULIDUR RASUL TAHUN 2012/1433H SMKTD ...  *gelak terguling-guling* sbb saya sendiri tidak ketahuan bagaimana proses pemilihan 'tokoh' tersebut dijalankan :) walauapapun ALHAMDULILLAH segala yg baik dtg dari allah yg buruk datang dari molekul-molekul diri yang kadangkala hilang arah melalak membikin dosa =,= *memeluk tubuh membuat muka sayu*

Sunday, 19 February 2012

Jom lukis tulang :)

Dgn banggernyer saya mengisytiharkan kami sudah masuk chapter 2 biology : LOCOMOTION & SUPPORT 
so lesson last week is about HUMAN SKELETON (bahasa kampungnya tulang temulang manusia ), cikgu bio kitaorg dgn semangat keluarkan model  lagi tau , beliau siap suruh bagi nama lagi kat model tu, senang katanya nak explain , so kami dgn tahap kegedikan terlampau menamakannya MR.SAXOBEAT (klau dah nama pelik pelikat tu haruslah dari malay boys 5SC )

Sunday, 12 February 2012

ada apa pada 12 februari ?

actually pada tarikh ni terjadinya 2 peristiwa yg kalau tak sedikit , banyak la jugak impaknya kepada ummah .peristiwa pembunuhan as syahid imam hasan al banna yg lebih dikenali sebagai pengasas ikhwanul muslimin dan kelahiran seorg pendakwah yg success menarik golongan muda mendekati islam sehingga berjaya mencetuskan fenomena di malaysia  ...  kedua duanya pada tarikh yg sama tetapi pada era yg berbeza.

Sunday, 5 February 2012

saya berumur 17 tahun dan saya masih kanak-kanak

 Oooopsss rupanya sudah 17 tahun jantung ku berdegup penuh ritma dgn sihatnya. Alahamdulillah ya rabb. walaupun aku berkesedaran yg umo ku kini mencecah 17 tahun tapi jujurnya aku x tau umo 17 tahun tu bukan dlm kategori kanak-kanak riang ria raya .. buktinya ? buktinya bila aku nak makan ubat batuk 30 minit yg lepas (selepas habis enzim dari mulut ku rembaskan ke hadapan buku bio ku yg tersyg...)
first and not last , klau nak makan ubat saya selalu teringat pesanan doktor (ayat iklan pesanan khidmat masyarakat kementerian kesihatan malaysia) kena tgk dosage nya dahulu , then baru la baca bismillah dan telan ..gulp gulp gulp (ghupe minum jus oren) so sebagai rakyat yg berhemah tinggi saya pon mengliarkan mata mencari maklumat berkenaan makhluk bernama ubat batuk ini...
dan inilah hasilnya :

Khadijah is a Superwoman !

●▬▬▬ஜ Assalamualaikum Ya Rasulullah ஜ▬▬▬▬● 

Bersempena dgn maulud nabi , ingin juga aku berkongsi satu dari beribu sirahnya yg cukup awesome tu . lebih spesifik lagi tentang isteri pertama baginda yg dinikahi baginda ketika berusia 25 tahun .. jeng jeng jeng .. siapa dia wanita itu ?? kalau tak tahu inilah masanya untuk kembali menghayati sirah nabawiyah di samping berselawat ke ats baginda ..
kalau dah namanya kongsi , kongsi di sini membawa maksud tekan CTRL + C then bawa balik sini tekan pulak CTRL + V , okay ada faham..hehehe
ini sebenarnya adalah framework buku 'khadijah superwoman' hasil kerja Nurul Shuhada Shuib dan  Senator Hajah Mumtaz Mat Nawi. 
Kredit kepada saudara syaari abdul rahman penulis buku ' kuasa kepemimpinan al-fateh ' .