Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim

Monday, 16 March 2015

Pedang yang diasah

  1. A leader is best when people barely know he exists, when his work is done, his aim fulfilled, they will say: we did it ourselves. —Lao Tzu
Pernah engkorang masa kecik2 dulu dengan adik beradik kau, kena buli, kena tengking, kena baling dgn kerusi, kena campak terjun lombong, senang cita dia sama2 susah, sama2 menghadapi tribulasi dunia ni dan kemudiannya adik beradik kau tu.... dah jadi orang hebat. Masa tu ada senyuman kecil kat muka engkorang yg engkorang sendiri x perasan bila tengok dia kat depan berucap dpn semua orang.




Aku pun tak tau macam mana nak gambarkan perasaan bangga bila manusia yg sama2 rasa susah dgn kita, membesar dari 'kecil' dengan kita, dan akhirnya dia menjadi seperti apa yg diasuh. Kau tengok dia membesar depan mata kau, kau tau cerita disebalik dia yg sekarang berdiri di hadapan memimpin. Mana mungkin kau x rasa nak menangis masa tu, bukan manusia kau ni. 

The Square is full. With all kinds.
The reckless one. And the courageous.
There is the passionate one. And the one who are on a ride.
The loud one. The quiet one.
We get together. Drink tea.
We now know how to get our rights.

Hidup ni kalau diperhati baik2, kau akan rasa betapa Allah tu maha besar menguruskan dengan sebaiknya mahluk sekecil kau. Mana mungkin sangkaan kau melebihi apa yg dirancang Dia untuk kau. 

Kadang2 aku suka duduk satu sudut dan perhatikan manusia2 yg sama membesar dengan aku ni, aku senyum dalam diam, dan aku tahan air mata aku. Aku rasa nikmat yg terlampau besar bila aku masih lagi diberi peluang bernyawa untuk tgk manusia2 ni menjadi apa yg semalam telah rencana untuk mereka. 

Ntah. Hanya satu perkataan je asyik bermain dalam fikiran aku .... ajaib.