Monday, 21 April 2014

Perkhabaran

"Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it." - Greg Anderson
Walaupun xda sapa kesah nak tau apa perkhabaran aku sekarang, aku tetap nak cita jugak. aku sekarang .......


Just rest .... 
Alhamdulillah, dah hampir setahun jasad aku terletak elok kat UTP nun, sedikit demi sedikit jiwa aku pun mula turut serta dgn jasad aku sama, mana dia nak lari pun ? Kalau setahun yang lalu aku selalu tertanya gak "macam mana agaknya perasaan lepas setahun foundation kat sini? ", Bila tiba waktu tu, ya memang ada satu perasaan yang cukup .. cukup susah aku nak cakap hahahaha haa penat nya gelak.



Setahun yang lepas x tercapai imaginasi aku rupanya abang pertama aku akan bernikah tahun ni, abg Shafiq yang kawan2 aku cakap macam muka penyanyi sofaz, yang berupaya angkat balak, pakar menggunakan parang, amanah, aktif, protektif, penjimat dan pandai memasak .. kalau dia bawak alat2 land surveyor tu nampak mcm bawak M195 sniper rifle dah, tough semacam .... cukup cantek cukup rasa dia, k x yah promote dah, dia dah kawen pun.


" Aku terima nikahnya Amrina Binti Abdullah .... " 
Itu cita abang aku lah, sekarang cita tentang aku pulak. Jujurnya .. aku agak huru hara dua tiga menjak ni.


mungkin sebab aku ada kawan2 yang mcm depa ni
Yg mana gelak tawa, jeritan dan ngilaian depa ni .. buat aku rasa 'hidup'
It's good to make my live chaotic, because that's the only way to make me feel alive ... cc : shaz, raida, fara, miza, umi dan beela


Or a little wonder that make your life wonderful.... That sometimes hard to find fara's photo hahahaha 


CV May13 with Dr. Balbir ... I found a law & the principles of life in your lecture sir. credit to Syafiq Safiee for the picture.
Then it comes a holiday. Maka dgn kesempatan yang ada, berlarilah aku ke sekolah

Masuk je pagar sekolah tu, dok sah cite la mcm mana perasaan aku waktu tu. Senyum aku melebar, perasaan tu indah sgt la ya Allah. Kalau tempat tu dah jadi tempat kita membesar, belajar tgk dunia, belajar kenal manusia ... memang cantik perasaan tu, kalau tukar jadi manusia dah setanding emma watson.


Dataran Damai, has anybody ever told u that u're beautiful ? *pick up line*
Dat padang ... I always miss your breeze whether it soft or hard, both make my  day
Ya, my school is funny as usual
Balik kepada cerita asal, sebenarnya tujuan utama aku melawat sekolah aku ni bukan apa, lama x dgr cerita cikgu2 aku, mana tau ada yg dah bercucu ke, yg dah berbadan dua ke .. dan paling utama, aku nak menyembang dengan cikgu sharifah, guru kelas upper form aku merangkap guru bahas yg dah jadi mcm kakak aku pun ada. Dia nama ja 20-an, baru kawen tapi dia punya power tu rasa mcm dia ni antara veteran kat sekolah tu. Dia ajak aku tgk cikgu2 ni main badminton, macam tgk wayang jugak la, aku mmg rindu nak dgr gurauan sesama guru bila aku masuk bilik guru dulu2 .. nak main skali aku pakai kain hehehe ke boleh ?



Kalau ada cikgu Sha dgn aku ni, mmg wajib ada farahin. Tapi budak tu sibuk memanjang sekarang jadi disebabkan aku dgn cikgu sha nak sangat menyembang dgn farahin, idea dia, aku drive bawa farahin pi rumah cikgu sha yg hanya 15 minit dari sekolah. Paling aku bangga bila dengar beberapa kali ja direction cikgu, terus jumpa rumah beliau. Sampai cikgu pun terkejut bila aku telefon "hah dah sampai?!", nampaknya aku xla buta jalan ni sangat, boleh la drive pergi disneyland!

Bila sampai rumah cikgu, mulalah sesi tunjuk ajar cikgu sha kat farahin memandangkan cikgu sha ni pakar linguistik, bm stpm bagi dia tu kalau x kacang mungkin jugak roti atau air soya. Aku nak join pun aku x faham, bila cikgu tanya "awak ingat x dulu dlm kelas saya ada cakap... " .. berpeluh jugak aku masa tu. Mana nak ingat, aku dlm kelas kan fikir monyet main drum je dlm kepala . Tapi .. walaupun begitu (duduk rumah cikgu linguistik mana leh pakai bahasa kalut2 ni) .. anak cikgu merangkap adik angkat 5SC2012 (sebab hari2 dia tgk muka kami dari dlm perut lagi), Amir Mustaqim Amsyar buat aku sebuk jugak kat rumah cikgu


Kalau nak diamkan budak ni ada dua cara je 1.bagi dia tido. 2. ikat tgn dgn kaki dia pastu gam mulut dia 
Memandangkan aku pun xlama bakal dapat anak buah, maka aku latih la diri aku ni manja2 dgn bebudak, sampai dia boleh duduk atas riba aku punyalah selamba badak, loghat dia pakai lain dari loghat bahasa aku jadi nak faham tu kena analisis skit dua tiga minit.

Balik lepas hantar Farahin, aku drive sensorang malam tu dlm keadaan hujan, naseb rumah dia x berapa jauh, aku orang baru atas jalan ni, kena gagah jugak kira dia walau x jauh. Sampai rumah, memang lega habeh, x sampai masuk parking dah berhenti keta terus cabut masuk rumah ... takut ada assasin mana2 kan hahahaaha puiii sapa je berminat nak assassinate aku.

Sekarang beralih pulak cita dgn family aku, macam biasa, kalau dah dgn ayah aku ni memang dia ajak pergi aktiviti2 ahli .. ahli apa? haaa tu kena pandai teka .. hahahahaha.


Gaya mcm ayah aku tgh mengajar, padahal tgh tadarus khatam quran hahahaha pun boleh la
Rumah pak cik Meor memang tiap bulan diadakan tazkirah, kumpul 1 kawasan tasek jaya tu.
Sesi menyembang bersama mak cik mak cik
Banyak kali jugak aku jumpa cikgu sekolah rendah aku dulu, cikgu Zainab tapi la ni baru ingat nak tangkap gambar. Walaupun dia mengajar aku setahun je waktu darjah 4, tapi ntah sebab apa aku rasa rapat dgn dia, dia sangat lembut tapi dlm masa yg sama tegas, dia yg kuat sokong aku masa sekolah rendah dulu. kira macam emak aku jugak la hahahaha. ('sokong' tu mcm aku masuk bertanding pilihanraya pulak kan)



Paling best ayah aku dengan kawan baik dia masa sekolah rendah dari dulu sampai sekarang x berpisah jauh mana. Aku ingat aku hebat bila selalu jumpa cikgu sekolah rendah rupanya ayah aku lagi hebat. sekolah rendah, menengah, askar, la ni duduk satu taman, satu usrah .. k ayah aku menang.



Hampir seminggu berlalu lepas final exam aritu, inilah yg aku rasa menarik setakat ni, yg akan datang tu laen punya cita lah.

Time keep moving, everything will change ... but this memory and the feeling its brought will always stay there...

The future will promise you something that you have to strive for ...



xnak nanges xnak nanges xnak nanges