Tarikh 16 September bukan sahaja hari berdarah buat umat Islam Palestin akibat pembunuhan Shabra dan Shatila, tetapi juga buat umat Islam di Libya.
16 September 1931 dikenang kerana ia tarikh pejuang kebebasan negara Libya, As-Syahid Syeikh Omar Mukhtar dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Itali.
Antara kata-kata akhir As-Syahid Umar Mukhtar.."Kami sama sekali tidak akan menyerah, sama ada kami menang atau gugur (syahid), akan datang generasi selepas kami yang akan berperang dengan kalian (penjajah).."