Showing posts with label Thought. Show all posts
Showing posts with label Thought. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Kadang - kadang senyap itu membunuh

Kamu sedang berjalan mengambil angin petang di sebuah taman bersama teman kamu, secara tiba-tiba kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan " tolong saya, sesiapa tolong ! dia bukan bapa saya, tolong ! ", dan kamu melihat kanak-kanak perempuan itu ditarik seorang lelaki pertengahan umur " balik ! jangan main merata-rata" ... lelaki itu kelihatan mencurigakan, tetapi dia juga kelihatan seperti bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Sekarang kamu mempunyai pilihan, sama ada buat tak endah dengan situasi tersebut dan berharap akan ada orang lain yang menegur lelaki tersebut ataupun kamu sendiri yang menjadi penyelamat kanak-kanak perempuan tersebut.  

Sebelum membaca perenggan seterusnya, disini saya memberi pilihan objektif kepada anda berkaitan situasi di atas :
A) Berlari mendapatkan kanak-kanak perempuan tersebut sambil menyoal kepada lelaki dan kanak-kanak berkenaan apa yang terjadi
B) Telefon polis
C) Mengajak semua orang yang berada di taman untuk melihat apa yang terjadi
D) Melihat situasi dan berharap ada orang lain yang akan mengambil tindakan
E) Tidak mengendahkan dan buat-buat tak nampak


Saturday, 14 September 2013

Habits that Hinder Thinking

1. The Mine-Is-Better Habit 


 This habit causes one to have a very individualistic attitude, to be self-centered, they are often closed-up in making sweeping assumptions and it destroys objectivity which prompts us to prefer self-flattering errors to unpleasant realities. 

Example :

"My car is better than your car."
"My dog looks better than your dog."
"I submitted the best project for this course."

Key Words :

I, my and mine.

How to prevent this habit from surfacing : 

Don't let your ego get in the way of the truth.



Monday, 9 September 2013

Certainty of Uncertainty

" Fikiran kita banyak dipengaruhi oleh suasana dan orang sekeliling. Tanpa disedari, kita cenderung untuk membenarkan orang lain membentuk fikiran kita. Banyakkan kepercayaan kita terhasil ketika kita masih kecil, kita membentuk kepercayaan berdasarkan apa yang orang lain di sekeliling kita kata atau lakukan. Bagaimana kita menafsir pengalaman dan keadaan semasa adalah sebahagian besarnya ditentukan oleh kepercayaan kita. Sebagai anak-anak muda, kita biasanya menerima sebagai benar pandangan ibu bapa dan guru-guru. Walaupun "berfikir atas diri sendiri," adalah lebih besar kesannya daripada kita sering tahu atau melapangkan dada untuk menerima."

Monday, 6 May 2013

Cerpen yang tidak cerpen : PRU13 Dan Kepala 'Hotak' Aku

Ini adalah cerita dan pandangan aku berkenaan PRU13 yang baru sahaja selesai semalam 5/5/2013. Pagi aku bermula dengan penuh senyuman dan terus ke dapur menyapa mak aku "selamat hari raya ! " dan terus 'meng hupdate' twitter dengan keramat yang sama. Ya ini adalah perayaan rakyat meraikan demokrasi melalui kebebasan memilih pemimpin , aku biarpun masih tidak layak mengundi tetapi tetap bersemangat meraikan hari tersebut dengan akses media alternatif , twitter dan facebook . Dedikasinya aku 'meng hupdate' informasi dan opinion dari warga facebook dan twitter Jaya. Warga kedua laman sosial berkenaan sememangnya sangat teruja menjalankana tanggungjawab sebagai rakyat , tidak terkecuali ibu bapa dan kedua abang ku yang sudah layak mengundi , masing-masing menunjukkan jari telunjuk kiri yang sudah dicalit dakwat. Bangga.



Majoriti rakyat dari pandangan aku mahu suatu perubahan direalisasikan melalui undi mereka , sekian lama mereka menunggu setelah merasakan bahawa kerajaan yang sedia ada tidak mampu memenuhi tuntutan rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen yang lewat membuatkan orang ramai membuat spekulasi , kelegaan yang amat nyata apabila Perdana Menteri akhirnya berjaya membuat pengumuman tersebut . Bagaikan hari raya pada tarikh 3/4/2013 , masing-masing mengucapkan syukur dan syabas , seperti baru dilepaskan dari penjara ......



Friday, 26 April 2013

Me and the moon , before it was cool

This is my personal experience in which I understand a little bit on how political system works . Well it's true, I write this because talking about politics is a trend nowadays in conjunction with the coming 13th General Election. This journal should be write a long time ago but surround with typical teenagers (read : tak kesah politik) is not easy , it took you a lot of courage to be yourself. As what Evey Hammond said in V for Vendetta " I wish I wasn't afraid all the time, but... I am". But the climate has change , people has risen , that's why this coming GE13 said to be the most historical among the previous GE , so even I'm not yet eligible to vote I want to be a part of this changes . 

It sound scary for some people

Sunday, 21 April 2013

Fiqh Daulah (Feqah kenegaraan)

Fiqah Daulah Dalam Perkspektif Al-Quran Dan Sunnah adalah sebuah kitab yang dikarang oleh Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi  Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia . Baca di :


Berikut adalah siri video kuliah Fiqh Daulah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz.


Imam Hasan al-Banna dan Pendirian Siyasah (Politik)

Petikan Dari :
PEMIKIRAN POLITIK IMAM HASSAN AL BANNA 
Bab 3: Pembentukan Negara Contoh 
karangan Dr Abdul Hamid al Ghazali

Muqaddimah
Terlebih dahulu sebelum saya menjelaskan pemikiran politik yang akan menentukan halatuju agenda kebangkitan dan proses pembinaan sebuah negara berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, elok saya kemukakan di sini apa yang dimaksudkan dengan politik dan juga negara secara ringkas.
Takrif Politik
Politik mengandungi beberapa maksud antaranya, kaedah untuk memerintah dan mentadbir sebuah negara. Politik juga ialah kuasa atau keupayaan untuk memperolehi apa yang dikehendaki. Politik juga merujuk kepada kaedah berdiplomasi dan mencapai kata sepakat.  Dalam buku al-Siyasah al-Hakimah, Ibnu Qayyim mentakrifkan politik sebagai tindakan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan jauh daripada kebinasaan, walaupun tindakan tersebut tidak dinyatakan oleh rasul dan tidak disebut oleh wahyu. Apa sahaja cara yang boleh mewujudkan keadilan, ia termasuk dalam agama ini.

Saturday, 20 April 2013

Transformasi Turki: Daripada Erbakan hingga Erdogan


Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF


Turki merupakan sebuah negara yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sejarah dunia khasnya pada era moden. Ditinjau daripada lensa sejarah Islam, Turki memang penuh dengan konflik dan kedinamikan tersendiri dari segi perjalanan survival politik umat Islam. Perkara ini dilihat terutama pada usia-usia akhir pemerintahan Uthmaniyyah seperti era Sultan Abdul Hamid kedua dan era selepasnya.
Di sebalik kerumitan latar belakang sejarah dan kepelbagaian wacana yang terisi dalam politik Turki, penulisan ini hanya bertujuan membincangkan beberapa ciri dan wacana penting sepanjang perjalanan era perubahan pemikiran Islamis di sana pasca keruntuhan pemerintahan Uthmaniyyah, khasnya pertembungan pemikiran dan pergerakan dua ideolog utama iaitu mantan Perdana Menteri Necmettin Erbakan (1926-2011) dan Recep Tayyib Erdogan (1954 hingga sekarang).

Mustafa Kemal Attaturk
yang bertanggungjawab
 memansuhkan sistem Khilafah

Sunday, 14 April 2013

Menjelang PRU-13 Malaysia; Nasihat, Panduan & Bimbingan Dari MURSHID

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia; Nasihat, Panduan & Bimbingan.


MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.  Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:



1. Prinsip Amanah.
 Al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

Wednesday, 10 April 2013

Salam PRU 13 dari Turki

Mengikuti perkembangan politik di Republik Turki dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turki dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab.

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh.

Sunday, 7 April 2013

Selingan PRU13 : Mengapa Perlu Mengundi ?

1. Kenapa saya perlu mengundi?

Pertama, kita perlu perbetulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, dalam politik barat, mereka mencari kuasa dan menjauhkan orang lain. Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara. Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.



Friday, 5 April 2013

Kecelaruan apabila fakta sejarah dinovelkan

Novel sejarah Hijrah Karya Abdul Latip Talib terbitan PTS telah pun ditarik balik dari pasaran berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan fakta yang dikemukakan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil  dalam satu seminar di sebuah IPTA baru-baru ini. Ustaz Hasrizal yang juga merupakan seorang blogger terkenal banyak memberi teguran terhadap novel ini dalam laman facebook dan web beliau selain membentangkan kajiannya dalam satu seminar di kampus tentang penyelewengan fakta yang agak ketara di dalam novel berkenaan terutamanya berkaitan kecelaruan metod penulisan yang telah digunakan oleh novelis berkenaan. Ia menjadi kritikal apabila turut menyentuh aspek Sirah Nabi yang menurutnya sarat dengan fiksyen yang terkandung dalam novel berkenaan. Kesilapan fakta yang bercanggah dengan akademik dan sirah dikatakan antara punca utama penyelewengan novel ini.

Wednesday, 3 April 2013

Panduan Mengundi dalam PRU bagi Muslim

Panduan mengundi dalam PRU oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

Monday, 4 March 2013

Does God exist - Albert Einstein



University professor at a well known institution of higher learning challenged his students with this question. "Did God create everything that exists?"

A student bravely replied, "Yes he did!"

Thursday, 21 February 2013

Kita memang suka merumitkan yang mudah

Antara poster 'vegan'
Bersiar-siar di Facebook dan mengikuti perkembangan dunia melalui page yang membicarakan soal kebebasan bersuara , hak asasi manusia , hak menyuarakan idea bla bla bla menyebabkan aku tertarik dengan satu isu . Pemahaman aku terhadap isu ni tak lah sedalam mana , aku hanya  merujuk pada slogan-slogan dan banner yang mempromosi idea mereka sahaja. Ini adalah soal berkenaan sama ada 'menggunakan' (consume) haiwan adalah satu bentuk kezaliman.Mereka yang mempromosi idea ini menggelar diri mereka sebagai vegan , kerana bagi mereka melayan haiwan sebagai makanan mahupun produk adalah satu bentuk kezaliman kepada haiwan tersebut , disebabkan itu mereka hanya mengambil sayuran/kekacang (selain haiwan) dalam diet seharian mereka dan menolak sebarang produk yang berasal dari haiwan termasuklah benang.Mereka meletakkan perkara ini sebagai 'Animal Right' iaitu hak haiwan untuk hidup bukan sebagai sumber makanan/pakaian kepada manusia.

Saturday, 16 February 2013

Kita dan kebebasan dalam 'berangkaian sosial'

Suatu ketika dahulu ketika ledakan rangkaian sosial seperti facebook menjadi isu adakah ia merupakan satu kebaikan kepada umat atau sebaliknya , maka teori pisau digunakan dimana jika ia digunakan untuk kebaikan maka baiklah ia dan sebaliknya.Para ilmuan agama khususnya mengambil kesempatan ini dengan baik untuk memudahkan gerak kerja dakwah mereka. Awam juga dilihat menyambut baik saranan 'gunakan facebook untuk berdakwah ' dengan menyebarkan video , artikel , gambar dan sebagainya yang berkaitan dengan islam secara giat. Alhamdulillah kita sudah mula memahami bagaimana untuk memanfaatkan teknologi ciptaan barat daripada berkelahi tentang 'konspirasi' disebalik penciptaannya.


Tapi ada satu lagi perkara picisan yang aku fikir agak penting iaitu luahan rasa sesuka hati di laman sosial. Memang ada sebilangan besar dari kita secara tak sedar suka menyebarkan aib sendiri , tidak pasti sama ada mereka merasakan apa yang mereka post di facebook ,twitter etc. tidak dibaca oleh orang lain ataupun mereka tidak merasakan perkara tersebut boleh mengaibkan diri.


Saturday, 2 February 2013

Understanding By the Practice

Promoting Hijab at World Hijab Day 2013

LONDON, Feb 1: World Hijab Day calls on non-Muslim women to try out life under the traditional head scarf. Can it lead to more religious tolerance and understanding?


"Because I'm not very skilled I'm wearing what you could call a one-piece hijab - you just pull it over your head. But I've discovered the scope is endless. There are all sorts of options."


So says Jess Rhodes, 21, a student from Norwich in the UK. She had always wanted to try a headscarf but, as a non-Muslim, didn't think it an option. So, when given the opportunity by a friend to try wearing the scarf, she took it.



Tuesday, 22 January 2013

Wang adalah hutang , hutang adalah wang

Dalam Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w dilapurkan berkata: 
“Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorang pun, melainkan akan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya riba akan terkena juga debu-debu riba itu.” 
Maka ketahuilah zaman yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ZAMAN INI . Ya zaman di mana anda sedang membaca artikel ini . 

Ketahuilah kalian bahawa dosa riba bukan lah kecil , malah Nabi pernah bersabda bahawa doa riba yang paling ringan pun disamakan dengan dosa berzina dengan ibu sendiri , astaghfirullah al azim ...
Dasyatnya Dosa Riba 

Sunday, 20 January 2013

Fiqh dan kita

Ramai orang menganggap fiqh itu adalah hanya mengenai persoalan hukum-hakam, masalah haid-nifas, masalah solat jamak qasar dan yang sama waktu dengannya.

Definisi Fiqh
Sedangkan, maksud kepada fiqh itu sebenarnya adalah beerti kefahaman. Yakni kefahaman terhadap sesuatu perkara. Misalnya di dalam disiplin ilmu Islam ada disebut: Fiqh Mu’amalat(Kefahaman terhadap isu-isu sosial dan ekonomi), Fiqh Mar’ah (Kefahaman terhadap isu-isu wanita), Fiqh Zakat (Kefahaman terhadap ibadah zakat dan isu-isu sekitarnya) dan pelbagai lagi.
Dengan kata lain, jika seseorang itu benar-benar memahami sesuatu disiplin ilmu itu, maka dia digelar sebagai fuqaha atau faqih dalam ilmunya. Nabi s.a.w pernah mendoakan kepada Ibnu Abbas dengan doa berikut: “Ya Allah kurniakan kefahaman kepada Ibnu Abbas di dalam urusan agamanya..” (Riwayat Bukhari dalam Fath al-Bari). Lalu beliau menjadi seorang antara sahabat Nabi s.a.w yang sangat faqih di dalam hukum-hakam Islam.

Friday, 18 January 2013

Israk Mikraj dan Relativiti masa

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa…” (Surah al-Isra’ ayat 1).

DUNIA mengalami lonjakan sains apabila Albert Einstein (1879-1955) mengemukakan teorinya mengenai konsep nisbi Relaviti. Untuk kira-kira 200 tahun sebelum itu ahli fizik bergantung kepada hukum Newton. Pada zaman itu, dikatakan bahawa masa adalah tetap contohnya kadar masa sejam adalah sama di semua tempat dan keadaan.
Bagaimanapun, pemahaman itu akhirnya berubah dan sejak itu tanggapan mengenai masa berubah sama sekali. Menurut pandangan Einstein, masa adalah satu aspek relatif (nisbi) dan ia bergantung kepada kepantasan seseorang itu bergerak.
Mengikut fahaman Newton sebelum itu, masa boleh diumpamakan sebagai air yang mengalir di sungai. Jika kelajuan air itu disukat di mana-mana tempat, ia akan menghasilkan keputusan yang sama. Perkara itu dikiaskan kepada masa; jika masa disukat di mana-mana tempat di alam raya ini, keputusannya adalah sama.