Monday, 6 May 2013

Cerpen yang tidak cerpen : PRU13 Dan Kepala 'Hotak' Aku

Ini adalah cerita dan pandangan aku berkenaan PRU13 yang baru sahaja selesai semalam 5/5/2013. Pagi aku bermula dengan penuh senyuman dan terus ke dapur menyapa mak aku "selamat hari raya ! " dan terus 'meng hupdate' twitter dengan keramat yang sama. Ya ini adalah perayaan rakyat meraikan demokrasi melalui kebebasan memilih pemimpin , aku biarpun masih tidak layak mengundi tetapi tetap bersemangat meraikan hari tersebut dengan akses media alternatif , twitter dan facebook . Dedikasinya aku 'meng hupdate' informasi dan opinion dari warga facebook dan twitter Jaya. Warga kedua laman sosial berkenaan sememangnya sangat teruja menjalankana tanggungjawab sebagai rakyat , tidak terkecuali ibu bapa dan kedua abang ku yang sudah layak mengundi , masing-masing menunjukkan jari telunjuk kiri yang sudah dicalit dakwat. Bangga.



Majoriti rakyat dari pandangan aku mahu suatu perubahan direalisasikan melalui undi mereka , sekian lama mereka menunggu setelah merasakan bahawa kerajaan yang sedia ada tidak mampu memenuhi tuntutan rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen yang lewat membuatkan orang ramai membuat spekulasi , kelegaan yang amat nyata apabila Perdana Menteri akhirnya berjaya membuat pengumuman tersebut . Bagaikan hari raya pada tarikh 3/4/2013 , masing-masing mengucapkan syukur dan syabas , seperti baru dilepaskan dari penjara ......



Suasana penamaan calon tidak kurang meriahnya , bagaikan pesta , Melayu India Cina mengiringi calon-calon yang bertanding . Aku merasa iri hati melihat petugas-petugas di mahupun penyokong di lapangan , aku juga ingin merasa seperti mereka , tetapi kekangan seperti kenderaan mungkin menyukarkan aku , maka facebook dan twitter Jaya menjadi perantara. Penggunaan telefon pintar nyata membawa perubahan dalam menyampaikan maklumat terhadap awam , dimana sahaja , atas bawah tepi dan ceruk Malaysia semuanya mampu diperlihatkan kepada dunia dengan akses jalur lebar. Teruja aku melihat warna warni penamaan calon pada hari tersebut , gambar-gambar dan video dimuat naik , tiada kekecohan yang berlaku , Alhamdulillah , masing-masing berakal.



Tempoh 2 minggu berkempen diberikan , tarikh pengundian ditetapkan pada 5/5/13. Setiap hari,bangun aku bukan bangun yang biasa , terus aku hadapkan diri di depan lappy , menu pagi menjadi makan tengah hari, kerana lebih teruja melihat perkembangan politik negara . Warga facebook dan twitter Jaya yang aku sendiri tapis sememangnya berbaloi malahan bijak untuk diikuti . Idea , pendapat dan cereka berkenaan politik sentiasa mengalir seperti air .


Tersentuh dan naik semangatku melihat video-video flashmob Pakatan Rakyat dari dalam mahupun luar negara , mungkin kerana visual dan audio videonya yg bertaraf 5 bintang . #Husam4Putrajaya adalah kempen terbesar yang aku lihat oleh anak muda termasuk segelintir mahasiswa , hari-hari diisi dengan flashmob dari Putrajaya. Tidak kurang juga flashmob dari anak-anak mahasiswa di luar negara seperti mesir dan jordan, secara terbuka memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat .


Melalui apa yang aku lihat di facebook dan twitter, ceramah , himpunan dan konvoi pakatan rakyat sentiasa mendapat tempat di hati rakyat , ini dibuktikan dengan kebanjiran penyokong yang datang . Dari Barisan Nasional juga ada , ramai , tidak aneh bagi aku kerana mereka upaya untuk menggunakan media massa sepenuhnya , bahkan jabatan kerajaan , modal mereka bukan calang-calang ribu.




Bukan namanya politik jika tiada isu dimainkan ketika tempoh berkempen. Disebalik semua isu-isu tersebut suka aku dedahkan diri dengan pandangan dari ahli agamawan dan ahli akademik (aku juga menggelar abang-abang dan kakak-kakak mahasiswa sebagai ahli akademik) , tidak rela aku biarkan diri dalam keadaan jumud dan jahil. Ya benar ada beberapa isu yang datangnya dari kesilapan dari pimpinan PR sendiri, jatuh dalam perangkap musuh dari awal .Sayangnya.


Ahli agamawan dan ahli akademik juga mengajak masyarakat untuk memahami erti politik yang sebenar dan berusaha untuk turun mengundi dalam pilihan raya. Blogger dan vlogger terkenal seperti Matluthfi dan Angel Pakai Gucci juga tidak terlepas berbicara perihal politik dengan gaya santai mereka tetapi penuh berisi , simple but just really awesome. Sarcasm dari Matluthfi memang aku layan . Melalui mereka ini aku lihat, sifat 'neutral' dalam erti kata tidak mengendahkan politik dipertikaikan secara halus , kita mahu neutral yang ada stand , bukan juga neutral tanpa parti tapi pandangan yang penuh berisi adil di kedua belah pihak. Tuntasnya Figura-figura dalam masyarakat mula berbicara dengan giat perihal politik , malah ada yg menzahirkan sokongan secara terbuka. Politik bukan lagi sesuatu yang jangal untuk dibicarakan , malahan kita memang memerlukan keterbukaan sebegini dalam masyarakat . Politik dilihat bukan lagi sesuatu yang kotor dan jijik , malahan diisi dengan hujah idea dan fakta , golongan-golongan ini sedikit sebanyak berjaya menghidupkan suasana politik yang sihat pada pandangan aku. Maka sememangnya aku tidak segan untuk berdiri di atas pegangan aku sendiri.

Pada hemat aku , PR akan berjaya membentuk kerajaan pusat sekaligus memecahkan rekod negara yang selama lebih 55 tahun diperintah oleh satu parti melalui sokongan beratus ribu rakyat yang turun dalam setiap program PR . Kali ini perubahan pasti akan berlaku , itu yang aku dan beratus rakan maya yakini , 'Ini Kalilah!' sudah menjadi istilah keramat dan fenomena di laman sosial , maka tidak mustahil perubahan akan berlaku . Bukan aku seorang yang mempunyai harapan tinggi ini , seluruh negara bahkan merasainya. Kami merasakan sudah sampai masanya Malaysia diberi nafas baru setelah sekian lama dibawah pemerintahan satu parti yang terang-terangan mengamalkan rasuah , salah guna kuasa , kronisme dan pentadbiran yang tidak cekap dan telus . Kami mahu ubah , ubah dan ubah sehingga kami mendapat yang terbaik , sehingga islam diletakkan sesuai dengan kedudukannya. Dakwaan kononnya negara akan huru hara jika kerajaan bertukar amatlah tidak ilmiah dan logik pada pandangan kami. Kami juga bosan ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman yang tidak berasas.



Benar saya masih muda, masih tidak cukup umur, tetapi itu tidak bermakna saya tiada hak untuk membaca dari pelbagai sumber , dan berfikir masih lagi 'dibenarkan' di dalam negara ini .Maka melalui pemerhatian , pembacaan , fikiran dan kata hati saya sememangnya membenarkan saya untuk memberi keyakinan kepada PR meletakkan harapan bahawa mereka akan menang dan menepati semua manifesto yang dijanjikan . Harapan ini adalah tinggi berdasarkan keyakinan kepada perubahan landskap politik yang berlaku , 'anak muda sudah bangkit' .Ya aku meletakkan keyakinan yang tinggi.


Terdapat ura-ura dari pengundi post bahawa dakwat yang didakwa kekal tidak kekal selama tempoh yang dijamin pihak SPR. Maka terbuktilah perkara tersebut di hari pengundian apabila hampir kesemua warga maya bising dakwat di jari mereka hilang walaupun hanya dibasuh dengan air biasa , hilang ketika basuh pinggan , hilang dilap tisu , hilang dengan saliva , hilang dikesat dengan rumput , hilang tidak sampai sehari . Ini adalah isu hak rakyat , isu keyakinan dan persepsi rakyat terhadap integriti suruhanjaya bebas seperti SPR , rakyat menuntut apa yang dijanjikan kepada mereka sahaja , bukan isu 'sapa suruh kamu basuh dengan air' , kartun sangat. Bila kita persoalkan hal ini berdasarkan hak yang dimiliki , kita pula yang mula dipersoal "meroyan lagi" "SPR dah buat tu sudah la , cuba bersyukur sikit" "kamu sokong mana?" "mula la tu nak buat isu " . Berlaku kepada pendakwah bebas , Bro Sham Kamikaze.



Beli dakwat brjuta-juta, konon kekal 7 hari lamanya, tapi dibasuh hilanglah warna, duit kita juga yg diperguna. - Dr.MAZA

Seperti yang telah dijangka , news feed dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakyat bangladesh yang diberi IC biru untuk mengundi , mereka ini berjaya ditangkap oleh rakyat tempatan, disoal nama PM sebagainya . Jika ada yang meminta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mereka sengaja menutup mata dan membutakan hati . Warga bangladesh memang sudah ramai sehingga membentuk koloni dalam negara , tetapi hingga tahap mempunyai IC biru itu sudah terlampau dasyat , dan tidak mungkin mereka ini sengaja menyibuk untuk mengundi jika tiada arahan . Biarpun begini tiada halangan dari pihak berkuasa , warga bangladesh berjaya menjadi sebahagian dari penentu arah tuju negara. Perkara ini sepatutnya menjadi isu besar , ia melibatkan masa depan dan keselamatan dalam negara , kesannya bukan sehari dua , tapi disebabkan kamu menganggap ia hanya mainan politik PR , maka ditutup segala kemungkinan yang ada sehingga isu ini tenggelam ........ adil.




Malam perkiraan undi berlangsung , wakil dari parti masing-masing bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku . Rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan sebarang kekacauan mahupun memberi ruang provokasi dari mana-mana pihak. Bagi yang mempunyai akses internet tentu sahaja suka untuk memilih laman sosial sebagai medium untuk mengetahui perkembangan semasa keputusan pilihanraya. TV pula dilihat lembab dan lemah dalam melaporkan keputusan PRU hingga dikritik hebat oleh warga maya. Malah banyak keputusan yang bertentangan antara TV dan media alternatif yang sentiasa bergerak laju dari pelbagai sumber . Biarpun begitu , kekeliruan yang besar berlaku pada malam tersebut, mungkin kerana akses media alternatif yang datang dari pelbagai sumber mengelirukan setengah pihak , yang sudah diisytihar menang sebentar tadi diumumkan kalah pula kini , ianya pelik pada kali pertama tetapi pada malam tersebut , berpuluh kes yang sama terjadi. 


Keadaan menjadi panas pada tengah malam apabila pengiraan masih belum selesai . Ada sahaja sumber yang mengatakan pengiraan dibuat semula berulang kali . Ada yang mendakwa peti undi baru sampai , ada yang hilang dan ada yang tiba-tiba muncul selepas 'blackout'. Blackout ? pelik bunyinya kerana tidak pernah terhadi fenomena seperti itu sebelum-sebelum ini . Tidak dapat dipastikan berapa kawasan pengiraan undi yang menghadapi masalah tersebut. Jam sudah menunjukkan angka 12 , tetapi masih belum ada keputusan rasmi dikeluarkan . Benarlah , keputusan PRU13 merupakan keputusan PRU yang paling lewat penah dicapai. 




Sedang aku lagut di daerah twitter jaya , tiba-tiba terdapat satu tweet yang telah mengesahkan bahawa BN telah menang dengan majoriti 112 kerusi parlimen . Secara peribadinya aku tidak dapat menerima kemenangan tersebut melihat apa yang telah terjadi , aku masih terkebil-kebil tidak faham , tiada angin terus sahaja diumumkan menang , mungkin aku ketinggalan dalam mengikuti arusnya yang terlampau 'laju'. Benar-benar keliru dengan apa yang terjadi aku terus sahaja melihat facebook , BN telah menang dan keputusan tersebut adalah muktamad. "Ini adalah perkara yang tidak disangka-sangka secara tiba-tiba " , kekalahan pada malam tersebut diterima dengan merenung kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelumnya , 'begitu rupanya..........'


Berikutan dengan siri blackout yang berlaku , awam percaya bahawa kejadian tersebut merupakan tindakan pihak lawan untuk menjatuhkan PR . Malah melihat kepada lanjutan dari awal proses pilihanraya , daripada isu dakwat kekal , pengundi hantu yang diberi IC , proses pengiraan yang mencurigakan dan lanjutan keputusan yang berubah selepas blackout menaikkan kemarahan rakyat. Kemarahan mereka itu cuba diperlihatkan dengan masing-masing menukar gambar profil di facebook dan twitcon dengan tema hitam , 'Blackout' menjadi fenomena di laman sosial bagi menunjukkan protes dan sindiran .




Malam tersebut dihabiskan untuk melihat perkembangan selepas kemenangan tersebut , ucapan tahniah dari tokoh-tokoh dan figura terkenal dan kata-kata perangsang dari kedua-dua parti . Sesungguhnya dalam tempoh lebih kurang 3 hari , sebelum,semasa dan selepas PRU , aku melihat semua orang bercerita perihal politik mahupun yang berunsur politik. Tidak aneh jika ia datang dari ahli agamawan , ahli akademik , mahasiswa , ahli pemikir , mahupun figura terkenal , tapi agak pelik bagi aku kerana ia datang dari rakan sebaya dan junior. Aku sebenarnya bangga dengan keadaan demikian , kerana ia memperlihatkan anak remaja juga masih prihatin terhadap masa depan negara , yang menyedihkan jika merasakan itu bukan tanggungjawabnya untuk mengambil tahu perihal politik negara. Biarpun cara mereka melihat dan memberi reaksi terhadap isu-isu politik agak menyedihkan tetapi perkara tersebut boleh dibaiki melalui proses memerhati , membaca dan berfikir yang lebih , Yang merisaukan adalah jika tiada langsung kesedaran untuk memahami politik dalam erti kata yang sebenar.




Kepedihan hati kerana harapan melihat Malaysia baru tidak tertunai menjadikan semua orang lesu pada malam tersebut , tidur dan masih tidur. Keesokan paginya , hari aku bermula dengan rawatan kerohanian . Kata-kata dan doa dari para pimpinan terutamanya Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi malahan doa dari pakar motivasi , penceramah bebas dan orang kebanyakan seakan tahu jiwa yang sedang kosong dan kecewa memerlukan isi.

Kepada Allah-lah kembali segala urusan (وإلى الله ترجع الأمور )

Tugas kita di dunia ini ialah untuk terus berusaha dan beramal, walau apa hasilnya kita wajib berserah kepada Allah SWT dan bersabar. Ucapkanlah dengan sabar akan kalimah, إنا لله وإنا إليه راجعون serta ucapan قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ 'Allah sudah menakdirkan sesuatu yang dikehendaki dan dilakukan.' [riwayat Muslim] 

Kemudian mari kita bersama-sama berdoa, اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ
وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا ' Ya Allah! Berilah pahala kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik dari musibahku.' [riwayat Muslim]

Bagi mengatasi rasa sebak, sedih dan kekecewaan atas segala penipuan, khianat dan penyelewengan yang dilakukan maka cukuplah kita berdoa kepada Allah dengan membaca, اَللَّهُمَّ آْفِنِيْهِمْ بِمَا شِئْتَ 'Ya Allah, cukupkanlah bagi aku akan mereka itu dengan apa yang engkau kehendaki.' [riwayat Muslim]

Semoga kita dan keluarga terpelihara dari kegelapan fitnah yang menanti dihadapan !
 


-Ustaz Emran Ahmad-



Kita tidak boleh kawal apa berlaku di luar diri kita, tapi kita boleh kawal apa berlaku dalam jiwa kita. Jom jaga akidah, ibadah dan akhlak kita dalam apa suasana.

Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Jom audit 

-Prof. Dr.Muhaya-

Alhamdulillah..suasana yang tenang di bumi Terengganu. Sedang minum pagi menghirup kopi dan makan keropok keping bersama Ayoh Chik TGHH di terataknya di Rusila. Menilik wajah tenang pejuang mengahadapi suasana. Menyerap kata-kata hikmah dari dadanya.

Hidupnya sabda Rasulullah SAW di hadapan mata saya " ajaib sungguh perihal orang beriman. Setiap apa yang berlaku adalah baik baginya. Dan perkara ini tidak berlaku kecuali hanya pada orang yang beriman. Jika dia diberi kebaikan dia syukur. Yang demikian itu baik baginya. Jika dia ditimpa ujian dia sabar. Yang demikian itu baik baginya.

Alhamdulillah. Syukur dan S
abar..
  

-Imam Muda Fakhrul-

Senarainya tidak terhenti setakat itu , rohani terasa benar-benar diisi pada pagi tersebut. 


Saya tidak ada apa-apa alasan untuk bersedih atau kecewa. Malahan gembira kerana bakal kerajaan yang dibentuk bukanlah kerajaan yang dominan untuk mentadbir dengan gaya autokratik.

Najib akan lebih berwaspada mendengar kehendak rakyat dan kepentingan negara. Pimpinan Pakatan Rakyat pula perlu menjadi pembangkang yang lebih membina.

Perjuangan mesti diteruskan. Usaha mesti ditingkatkan. Semoga lima tahun lagi kita bukan hanya mempu menang dalam PRU 14, tetapi juga punyai kemampuan untuk mengisi kemenangan.

Ubah.

Tidak berhenti di sini.


 -Hasbie Muda-

Keputusan penuh pula dianalisa




Pertambahan Kerusi Yang Banyak Oleh PR Di Peringkat DUN. Yang Paling Ketara, Negeri Johor Dimana Dari 6 Kerusi Dun, PR menambahkannya Menjadi 18. Begitu Juga Pertambahan Di Pahang. Juga Terengganu & Perak (Menang Tipis)... Tahniah, Suara PR Kini Makin Kuat Di DUN... Kepada Pulau Pinang, Selangor & Kelantan, Tahniah Kerana Berjaya Mengekalkan Kemenangan Dengan Majoriti 2/3.


Ramai bertanya sama ada saya puas hati atau tidak dengan keputusan PRU. Saya katakan saya kecewa kerana telahan awal saya bahawa BN akan tumbang dalam PRU ini meleset. Biarpun kalah, saya yakin kekalahan PR adalah kekalahan bermaruah yang mendokong semangat demokrasi. 

Sahabat lain bertanya, apa yang perlu dilakukan jika tidak puas hati. Saya jawab setiap bantahan perlu dibuat mengikut saluran undang-undang. Maknanya ialah buat buat petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan digazet. Yakinlah jika PR di pihak yang benar, dalam kegelapan itu tetap ada harapan. Teruskan!

Sahabat juga bertanya apa pula yang saya puas dengan keputusan pilihan raya ini. Saya puas satu perkara: kita masih mempunyai pembangkang yang kuat. Moganya dengan cara ini mekanisme semak dan imbang dapat berjalan dengan baik untuk memastikan janji pilihan raya ditepati dan nasib rakyat terbela.

Sahabat yang lain pula bertanya, apa harapan saya dari pilihan raya ini? Saya berhasrat untuk melihat wujudnya sistem dua parti yang berdaftar, iaitu BN di satu pihak dan PR di satu pihak yang lain. Saya yakin sistem pakatan melalui sistem dua parti ini lebih sesuai dengan sistem politik permuafakatan yang kita amalkan selama ini. Harapnya selepas ini, Pendaftar Pertubuhan dapat meluluskan pendaftaran gabungan PR.

Saya katakan begini kerana sudah sampai masanya Malaysia perlu berubah ke arah satu politik baru yang lebih matang.

Sebagai penutup, dalam bahang pilihan raya yang masih hangat ini, saya inigin katakan satu perkara: sama ada kita penyokong BN atau PR, kita tetap rakyat MALAYSIA.


- Prof.Madya Dr.Mohd Agus Yusoff , penganalisa politik-




Maka berbagai pandangan dan analisa diketengahkan dan aku seronok membacanya kerana ia mempersoal dan terus mempersoal sistem yang ada. Jika kita tutup sebentar isu kemungkinan penipuan berlaku dalam proses pilihanraya yang disebut tadi , kita boleh merenung kembali punca kekalahan yang berlaku . Benar kata bijak pandai , sekarang bukan masanya untuk bersedih , sekarang memerlukan kita merangka strategi baru dan bertindak secara proaktif .


Perubahan positif yang berlaku terhadap suasana politik negara menunjukkan usaha yang dibuat Pakatan Rakyat mempunyai nilainya yang tersendiri . Jangan lewa apabila terasa kuat , lawan tidak akan diam terhadap ruang-ruang kelemahan yang ada. 

Buat masa sekarang , teruskan dengan agenda menentang penipuan yang berlaku dalam proses pilihanraya . Kata mereka , kita tidak dapat menerima kekalahan , kita sengaja mencipta isu bagi menutup malu kerana kalah , kita cuba mencetuskan huru hara , itu menunjukkan yang perjalan dalam perjuangan ini masih jauh kerana masih terdapat golongan yang berfikiran sedemikian. 




Seperti kata Dr.MAZA ''Perjuangan yg besar ialah mengubah pemikiran ke arah yg benar dan sahih. Bila itu diubah, banyak yg akan berubah.''

Banyak yang boleh diambil dari kata-kata Dr.MAZA tersebut , dari segi pemikiran masyarakat , melayu terutamanya , pemikiran ahli politik dan pemikiran pendokong parti politik sendiri.

We have change .... and we need to change.


Kepada kerajaan baru yang diberi mandat , teruskan rancangan transformasi anda dengan jayanya . Peluang untuk anda memenangi hati rakyat melalui pentadbiran cekap dan bersih sentiasa terbuka .