Dalam “Hukum Gerakan Newton” yang pertama (Newton’s First Law of Motion) bahawa “Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak dan terus bergerak, atau pegun , selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya” (Every object continues in its state of rest or of uniform speed in a straight line unless acted upon by an external force). Ertinya, kehidupan ini akan kekal di dalam keadaannya yang sekarang, andai tiada daya luar, atau momentum yang dikenakan ke atasnya. Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk brek tidak menghentikan pergerakannya. Sebaliknya bola akan kekal pegun, selagi daya dalam bentuk sepakan, tidak dihadiahkan oleh Cristiano Ronaldo, atau Lionel Messi, atau Safi’ee Sali, atau oleh sesiapa pun, kepadanya. Yang hitam akan kekal hitam, yang putih akan terus putih, hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.
Wajar, Allah di dalam Surah Ara’d ayat ke 11, mendahului Newton (sudah pasti) dalam menyatakan perihal ini:
“..Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri…”
Ertinya, umat akan kekal di dalam keadaannya, andai mereka tidak mengenakan “daya” dan “momentum”, yang dapat mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.
Usah mendamba menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha pentarbiyahan dan penyedaran umat, tidak dilakukan dengan intensifnya. Usah mengharap sebuah Negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan ALLAH, andai umat tidak berusaha agar layak untuk memperolehinya.
Apakah mungkin kemenangan kan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insan tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan bagi mendapatkannya? Apakah kau kira bermimpi dan berangan itulah yang dikatakan “momentum” perubahan, bukan hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat pengorbanan? Apakah kau meragui betapa hidup ini sebuah perjuangan, sedang nas Al-Quran juga nas saintifik kelolaan Newton, kedua-dua telah menyepakati keperluannya?
“Apakah kamu mengira bahawa kamu semua akan masuk Syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya; “bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” Ingatlah, pertolongan ALLAH amat dekat.”
(Surah Al-Baqarah [2]:214)
Marilah berikan masa kita untuk Islam, seperti mana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi “momentum” yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang berpanjangan. Dan Newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang ia kemukakan.
Artikel asal : Hukum Gerakan Newton yang pertama
__________________________________________________________________
Segmen membuka minda , jangan tinggalkan persoalan di fikiran akibat sifat paranoid kita terhadap artikel seperti ini.
Perlu diperingatkan kepada kita semua tujuan kita mengambil iktibar dari teori yang dikemukan oleh Isaac Newton bukan bermakna kita menafikan bahawa Ibnu Haitham sebagai pendahulu yang memperjelaskan teori graviti . Tujuan utama teori Isaac newton dijadikan contoh disini adalah supaya MUDAH untuk kita memahami bagaimana hukum fizik tersebut relevan untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebagai manusia , sebagai penjelasan mengapa manusia itu sendiri perlu bertindak mengubah keadaan sekeliling , ini adalah TUJUAN UTAMA.
Jika anda faham tujuan utama ini anda tidak akan mempersoal ''mengapa isaac newton ? tu orang kafir tu , ramai lagi orang islam yang boleh dijadikan tauladan , lagipun barat semua tu cedok je dari saintis-saitis islam dulu , janganlah kita agungkan sangat mereka tu'' lalu menolak segala nasihat yang diberi oleh kerana si penulis mengambil contoh dari hukum yang dikemukan seorang anak barat. mak cik oi , kita ambil teori dia bukan orangnya mak cik oi . Sebagai maklumat tambahan juga , Isaac newton pernah mengungkapkan
“Atheism is so senseless. When I look at the solar system, I see the earth at the right distance from the sun to receive the proper amounts of heat and light. This did not happen by chance.”
Menunjukkan bahawa beliau menolak fahaman atheism (tidak percaya kepada kewujudan tuhan) kerana jarak kedudukan bumi dari matahari yang teramat sempurna membolehkan bumi menerima jumlah pancaran cahaya dan haba yang sesuai dan ini semua tidak terjadi secara kebetulan . MashaAllah ...
Rata-rata dari kita bersifat paranoid apabila teori-teori dari barat digunakan untuk memperjelaskan sesuatu , terlebih dahulu kita perlu faham mengapa .. easy , sebab silibus di universiti sekarang menggunakan kajian dari barat ... di sekolah juga kita belajar fizik , kimia dan seumpanya menggunakan kajian dari barat , kita kerja juga dengan ijazah hasil dari kita menghadiri kuliah-kuliah yang menggunakan kajian dari barat sebagai rujukan , jadi mengapa secara tiba-tiba kita tidak boleh mengambil iktibar (bagi menambahkan iman dan amal) dengan menggunakan kajian dari mereka ? Jika kita tidak suka dengan keadaan ini mengapa tidak kita beraksi bukan sekadar bercakap untuk mengorek kembali khazanah-khazanah tokoh-tokoh islam terdahulu yang dilenyapkan dan mengangkat kembali mereka menjadi rujukan utama dunia ?
Minta maaf saya katakan , oleh kerana kita hidup dalam masyarakat malaysia yang sesetengahnya masih belum terbuka minda sehingga mencetuskan sikap paranoid terhadap artikel-artikal sebegini sekaligus menolak nasihat yang ingin disampaikan menyebabkan penulisan ini menjadi panjang lebar . Mungkin juga saya yang terlampau prejudis terhadap masyarakat malaysia , tetapi eloklah diambil langkah berjaga-jaga. Tujuan saya menulis ini juga adalah untuk mengaitkan tajuk dengan sesuatu yang saya kira penting untuk saya luahkan dari benak kepala ini ......
Antara hukum sains DAN tokoh yang mempelopori nya ada jurang yang perlu kita faham.Mudah sahaja sebenarnya , hukum sains adalah sesuatu yang telah dibuktikan melalui eksperimen dan dijadikan penjelasan bagi sesuatu fenomena , manakala tokoh yang mempeloporinya adalah orang yang bertanggungjawab memperjelaskannya secara teori dan eksperimen. Sesuatu hukum sains tidak semestinya hanya dipelopori oleh seorang tokoh sahaja , terdapat banyak kemungkinan bahawa tamadun-tamadun terdahulu sudah diperkenalkan dengan hukum tersebut oleh tokoh-tokoh ilmuannya , seperti juga hukum graviti , kita difahamkan bahawa pelopornya adalah isaac newton .. walhal Ibnu Haitham sudah terlebih dahulu menemui graviti pada zaman abbasiyah .. mungkin juga pada zaman terdahulu sebelum Ibnu Haitham terdapat tokoh yang menemui hukum yang sama ? .
Kerana memang sifat manusia itu ingin sentiasa tahu maka mereka pun mengkaji dan terus mengkaji fenomena di sekeliling mereka ... mereka kita tidak menerima perkara ini dengan sifat terbuka ? Jika kita terlalu asyik dengan sifat paranoid sehingga menolak segala dari barat biarpun perkara tersebut benar bagaimana usaha-usaha ke arah mewujudkan kembali kegemilangan islam seperti zaman abbasiyah , uthmaniah dan sebagainya direalisasikan ? ya benar , kita mahu membentuk kegemilangan dari acuan islam itu sendiri tetapi jangan sampai kita bertindak semberono menunjukkan ketidakcerdikan kita sendiri. Katakan anda seorang pakar sejarah dan anda telah menemui manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab lama hasil tulisan Ibnu Haitham di dalam sebuah perpustakaan lama di britain (ohohoho sedap je aku bagi analogi) , kemudian anda pun membacanya tetapi anda tidak faham satu apa pun yang diperjelaskan di dalam penulisan tersebut , kerana yang diceritakannya adalah bekenaan Free fall (baca : jatuh tanpa dipengaruhi oleh sebarang rintangan selain daya graviti) tetapi anda hanya seorang ahli sejarah yang diacu sistem pendidikan hari ini hanya untuk memahami sejarah (dari sudut yang sempit) ..... dan kerana anda juga sombong nak belajar hukum-hukum sains yang menggunakan nama anak jati barat sebagai pelopor (dalam dunia moden sekarang semua teori menggunakan hasil kajian barat , macamlah zaman sebelum renaissance di timur tengah kuno) dengan alasan anda yang sempit ... maka mana anda hendak faham bahawa ibnu haitham sebenarnya sudah terlebih dahulu mengemukakan teori tersebut ??????? tenang sayang .....
Untuk maju dalam acuan kita sendiri bukan bermakna kita perlu menolak segala yang datang dari barat , kerana realitinya sekarang sistem pendidikan adalah bertunjangkan apa yang datang dari mereka . Maka adalah tugas kita untuk mengkaji apa yang benar dan merungkai kembali kekusutan yang berlaku , neutralkan kembali apa yang telah musuh islam racuni pada dunia sehingga memenjarakan kita dengan kekuasaan mereka (yang tidak kekal itu) .. seterusnya kita akan membentuk kegemilangan seperti yang dipertontonkan umat islam terdahulu. Langkah ini hendaklah seiring dengan hasrat membina kembali kekhalifahan islam yang telah lama hilang ....
Benar , Saintis-saintis dan pemikir islam terdahulu lebih hebat dari apa yang datang dari barat sekarang kerana mereka tidak hanya menguasai hanya satu bidang ilmu , hasil kajian mereka yang hebat dengan berpandukan Al-quran dan keimanan mereka yang jitu , sesungguhnya mereka memang para genius yang membekalkan umat sejuta faedah .. dan kemudian mereka digelapkan secara tiba-tiba dari sejarah pendidikan moden pada hari ini .......
Maka pilihan di tangan kita sama ada untuk terus menunggu atau memberi momentum terhadap usaha mengangkat kembali nama-nama tokoh ini sebagai pelopor hukum-hukum sains pada hari ini , Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya kaitkan tajuk dengan penjelasan panjang lebar yang mungkin tidak bermakna ini ...
Think and action dear not wait and see .... (and as usual , I myself also just sit here writing , OH!)