Ceritanya bermula apabila abangku usai mengambil wudu' kemudian beliau tiba-tiba duduk di meja makan dan memulakan perbualan '' Bakteria MRSA ni duduk atas kulit kita memang tak berbahaya tapi bila dia masuk dalam badan kita melalui luka boleh menyebabkan jangkitan , ada orang sampai tangan dia kena potong disebabkan bakteria ni padahal luka dia kecik je pon '' .Aku pun buat muka pelik apasal pulak abang aku ni tiba-tiba lak bakteria , walaupun aku tau dia memang rajin bercerita dan aku pun suka bertanya dekat dia sebab dia macam my 'mister know all ' hahahaha , kemudian beliau pun menyambung '' tapi Islam dah bagi jawapan ... wudu' , kawasan-kawasan wudu' nilah kawasan MRSA berpadatan tinggi , jadi dengan membersihkan kawasan-kawasan ni dengan air mencegah merebaknya bakteria ni '' seraya demikian beliau pun terus berlalu pergi . I see ... abang aku nak bagi tazkirah rupanya >,< lost my mind for a while *LOADING*
Wednesday, 30 January 2013
Sunday, 27 January 2013
Come on !! keep it up !!!
Yesterday I just started watching anime titled Skip Beat and what I most pay attention at is its ending song.Not because its melody (first time I heard it , it totally out of my taste XD) but its meaning that pierced deeply into my heart , to be honest I'm the lover of kind-of motivation song and you know what ... most of them (I bet 90%) come from japanese song (I know this because I'm the lover of Naruto). I'm totally love the meaning of this song !
ENGLISH TRANSLATION :
Tuesday, 22 January 2013
Wang adalah hutang , hutang adalah wang
Dalam Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w dilapurkan berkata:
“Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorang pun, melainkan akan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya riba akan terkena juga debu-debu riba itu.”Maka ketahuilah zaman yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ZAMAN INI . Ya zaman di mana anda sedang membaca artikel ini .
Ketahuilah kalian bahawa dosa riba bukan lah kecil , malah Nabi pernah bersabda bahawa doa riba yang paling ringan pun disamakan dengan dosa berzina dengan ibu sendiri , astaghfirullah al azim ...
Dasyatnya Dosa Riba
Sunday, 20 January 2013
Fiqh dan kita
Ramai orang menganggap fiqh itu adalah hanya mengenai persoalan hukum-hakam, masalah haid-nifas, masalah solat jamak qasar dan yang sama waktu dengannya.
Definisi Fiqh
Definisi Fiqh
Sedangkan, maksud kepada fiqh itu sebenarnya adalah beerti kefahaman. Yakni kefahaman terhadap sesuatu perkara. Misalnya di dalam disiplin ilmu Islam ada disebut: Fiqh Mu’amalat(Kefahaman terhadap isu-isu sosial dan ekonomi), Fiqh Mar’ah (Kefahaman terhadap isu-isu wanita), Fiqh Zakat (Kefahaman terhadap ibadah zakat dan isu-isu sekitarnya) dan pelbagai lagi.
Dengan kata lain, jika seseorang itu benar-benar memahami sesuatu disiplin ilmu itu, maka dia digelar sebagai fuqaha atau faqih dalam ilmunya. Nabi s.a.w pernah mendoakan kepada Ibnu Abbas dengan doa berikut: “Ya Allah kurniakan kefahaman kepada Ibnu Abbas di dalam urusan agamanya..” (Riwayat Bukhari dalam Fath al-Bari). Lalu beliau menjadi seorang antara sahabat Nabi s.a.w yang sangat faqih di dalam hukum-hakam Islam.
Friday, 18 January 2013
Israk Mikraj dan Relativiti masa
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa…” (Surah al-Isra’ ayat 1).
DUNIA mengalami lonjakan sains apabila Albert Einstein (1879-1955) mengemukakan teorinya mengenai konsep nisbi Relaviti. Untuk kira-kira 200 tahun sebelum itu ahli fizik bergantung kepada hukum Newton. Pada zaman itu, dikatakan bahawa masa adalah tetap contohnya kadar masa sejam adalah sama di semua tempat dan keadaan.
Bagaimanapun, pemahaman itu akhirnya berubah dan sejak itu tanggapan mengenai masa berubah sama sekali. Menurut pandangan Einstein, masa adalah satu aspek relatif (nisbi) dan ia bergantung kepada kepantasan seseorang itu bergerak.
Mengikut fahaman Newton sebelum itu, masa boleh diumpamakan sebagai air yang mengalir di sungai. Jika kelajuan air itu disukat di mana-mana tempat, ia akan menghasilkan keputusan yang sama. Perkara itu dikiaskan kepada masa; jika masa disukat di mana-mana tempat di alam raya ini, keputusannya adalah sama.
Wednesday, 16 January 2013
Terus menunggu atau bertindak memberi momentum ?
Dalam “Hukum Gerakan Newton” yang pertama (Newton’s First Law of Motion) bahawa “Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak dan terus bergerak, atau pegun , selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya” (Every object continues in its state of rest or of uniform speed in a straight line unless acted upon by an external force). Ertinya, kehidupan ini akan kekal di dalam keadaannya yang sekarang, andai tiada daya luar, atau momentum yang dikenakan ke atasnya. Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk brek tidak menghentikan pergerakannya. Sebaliknya bola akan kekal pegun, selagi daya dalam bentuk sepakan, tidak dihadiahkan oleh Cristiano Ronaldo, atau Lionel Messi, atau Safi’ee Sali, atau oleh sesiapa pun, kepadanya. Yang hitam akan kekal hitam, yang putih akan terus putih, hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.
Wajar, Allah di dalam Surah Ara’d ayat ke 11, mendahului Newton (sudah pasti) dalam menyatakan perihal ini:
Tuesday, 15 January 2013
Tiga video untuk tiga perkataan : Revolusi Mesir 2011
Penjelasan ringkas tentang Revolusi Mesir 2011 dari wikipedia
Revolusi Mesir 2011 atau Revolusi Belia (juga dipanggil Revolusi 25 Januari),ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada kekejaman polis, undang-undang darurat,pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keadaan hidup susah. Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977, sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.
Monday, 14 January 2013
Islam , magik dan logik
Ø¥ِÙ†َّ Ø®َÙŠْرَ Ù…َÙ†ِ اسْتَØ£ْجَرْتَ الْÙ‚َÙˆِÙŠُّ الْØ£َÙ…ِينُ
"…sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Surah al-Qashas [28]:26)
Syaikhul Islam Al-Imam Ibnu Tayyimah rahimullahi Ta'ala di dalam karyanya "al-Siyasah al-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah", m/s 27-28 (cetakan Dar Al-Arqam, Kuwait), menjadikan dalil ini tatkala membahaskan tentang isu rukun-rukun dalam bab kepimpinan. Ertinya, menurut Syaikhul Islam, abila berbicara akan bab kepimpinan, "kepimpinan ulamak" semata-mata justeru tidak mencukupi, kerana ciri-ciri kepimpinan ulamak itu diwakili olehالْØ£َÙ…ِينُ yakni amanah, atau dalam istilah lainnya Syariatullah. Tetapi, harus ada juga pada seorang pemimpin itu, ciri-ciri الْÙ‚َÙˆِÙŠُّ yakni kekuatan, atau dalam istilah dunia professional pada hari ini, bisa disebut juga sebagai "kompetensi". Kompetensi inilah, suatu perkara yang berlaku secara lumrah, atau tidak menentang "hukum alam", yang kita kenali sebagai Sunnatullah.
Saturday, 12 January 2013
Bagaiman Hukum Tarikan berfungsi
Hukum Tarikan (Law of attraction)
Apa yang anda fokuskan dalam fikiran dan emosi anda akan menarik corak kehidupan dalam kehidupan anda. Yang serupa akan menarik pada yang serupa (Like attract like). Tanpa anda sedari ,apa yang anda perolehi dalam kehidupan anda sebenarnya adalah dalam usaha anda sendiri yang menarik pola kehidupan yang anda berikan tumpuan getaran emosi yang menyelubungi ataupun gelung tenaga yang anda bina sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Firman allah bermaksud,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). (AN-Najm:40)
Usaha yang bermula dari tercetusnya niat samaada positif atau negatif akan menghasilkan tindakan. Secara tidak langsung tenaga gelombang ini akan membawa kita kepada persekitaran,pergaulan sosial dan peristiwa yang sama dengan gelombang yang sama dengan kita.
Apa yang anda fokuskan dalam fikiran dan emosi anda akan menarik corak kehidupan dalam kehidupan anda. Yang serupa akan menarik pada yang serupa (Like attract like). Tanpa anda sedari ,apa yang anda perolehi dalam kehidupan anda sebenarnya adalah dalam usaha anda sendiri yang menarik pola kehidupan yang anda berikan tumpuan getaran emosi yang menyelubungi ataupun gelung tenaga yang anda bina sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Firman allah bermaksud,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). (AN-Najm:40)
Usaha yang bermula dari tercetusnya niat samaada positif atau negatif akan menghasilkan tindakan. Secara tidak langsung tenaga gelombang ini akan membawa kita kepada persekitaran,pergaulan sosial dan peristiwa yang sama dengan gelombang yang sama dengan kita.
Wednesday, 9 January 2013
Qalbu = Heart = Jantung
Jantung Bukan Hati - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.
Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.
Monday, 7 January 2013
Sikap memaafkan dan manafaatnya kepada kesihatan
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)Dalam ayat lain Allah berfirman:
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)
Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:
Friday, 4 January 2013
Dusta yang dilayan seperti sahih
Awam yg berlegar di laman sosial seperti facebook amat senang dipengaruhi oleh hadis-hadis palsu , yang paling terkenal adalah hadis berkenaan pahala solat terawih sepanjang 30 malam sampaikan dicetak dan dilekatkan di depan pintu peti ais . Perbuatan menyebarkan hadis-hadis palsu ni sebenarnya boleh membuatkan awam 'geli ' dan seeloknya diberhentikan kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap umat islam sendiri. Berikanlah keutamaan kepada hadis-hadis sahih dan berhati-hatilah ketika menyebarkan sesuatu perkara terutamanya yg disebarkan atas nama Rasullulah. Persoalan pertama , menagapa hadis-hadis palsu boleh wujud ?
Thursday, 3 January 2013
AMBANG 13-Pesanan Ulama , Prof. Dr.Ali As-Sobuni
Ucapan Fadhilatul Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni di dataran Shah Alam ketika sambutan Ambang-13 oleh kerajaan Negeri Selangor.
Sheikh Ali As-Sobuni, berasal dari Syria, berumur 83 tahun. Katanya, doakan Allah panjangkan umur aku hingga 120 tahun, kerana aku takut aku mati dalam keadaan aku tidak bersedia.
Sheikh Ali As-Sobuni, berasal dari Syria, berumur 83 tahun. Katanya, doakan Allah panjangkan umur aku hingga 120 tahun, kerana aku takut aku mati dalam keadaan aku tidak bersedia.
Wednesday, 2 January 2013
40 nasihat Imam Syahid Hasan Albanna untuk para aktivis Islam
1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari satu juz. Usahakan mengkhatamkan Al-Quran dalam masa tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
Tuesday, 1 January 2013
Raksasa Pelahap bernama kapitalis
Perkataan
kapitalis bererti kesetiaan kepada kekayaan, satu sistem bebas dan tidak terbatas yang berasaskan
sepenuhnya kepada keuntungan di mana masyarakat bersaing di dalam kriteria ini. Terdapat tiga elemen penting di
dalam kapitalisme: individualisme, persaingan dan membuat
keuntungan. Individualisme sangat penting di dalam kapitalisme, kerana
masyarakat tidak menganggap diri mereka sebahagian daripada masyarakat, tetapi
sebaliknya sebagai satu individu yang berdiri di atas dua kakinya dan perlu
mendapatkan sesuatu dengan usahanya sendiri. “Masyarakat Kapitalis”, adalah
satu arena di mana setiap individu bersaing di antara satu sama lain di dalam
keadaan yang sukar dan kejam. Ia adalah sebuah arena yang digambarkan oleh Darwin,
di mana yang gagah akan selamat, yang lemah akan ditindas dan dihapuskan, dan
di mana peraturan-peraturan kejam dijalankan.