Novel sejarah Hijrah Karya Abdul Latip Talib terbitan PTS telah pun ditarik balik dari pasaran berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan fakta yang dikemukakan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam satu seminar di sebuah IPTA baru-baru ini. Ustaz Hasrizal yang juga merupakan seorang blogger terkenal banyak memberi teguran terhadap novel ini dalam laman facebook dan web beliau selain membentangkan kajiannya dalam satu seminar di kampus tentang penyelewengan fakta yang agak ketara di dalam novel berkenaan terutamanya berkaitan kecelaruan metod penulisan yang telah digunakan oleh novelis berkenaan. Ia menjadi kritikal apabila turut menyentuh aspek Sirah Nabi yang menurutnya sarat dengan fiksyen yang terkandung dalam novel berkenaan. Kesilapan fakta yang bercanggah dengan akademik dan sirah dikatakan antara punca utama penyelewengan novel ini.
Friday, 5 April 2013
Wednesday, 3 April 2013
Panduan Mengundi dalam PRU bagi Muslim
Panduan mengundi dalam PRU oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;
Tuesday, 2 April 2013
Matilda (1996) a great movie to be watch with family
Ketika aku dalam linkungan 8-10 tahun , kami sekeluarga seperti biasa ketika itu menunggu malam hujung minggu di hadapan TV menonton filem hollywood . Ianya merupakan suatu perkara yang menyeronokkan apabila kami sekeluarga berkumpul bersama di hadapan TV menonton filem , kami adalah pengkritik filem terhebat dalam sejarah manusia (sarcasm detected)┏(^0^)┛. Genre yang paling aku suka sudah tentu aksi dan imaginasi . Harinya pun tiba apabila kami tanpa dirancang menonton sebuah filem tentang seorang kanak-kanak yang suka membaca walaupun keluarganya menerapkan cara hidup yang amat bertentangan. Setelah beberapa peristiwa , kanak-kanak tersebut iaitu Matilda menyedari beliau mempunyai kuasa menggerakkan benda hanya dengan menggunakan pandangan mata.Matilda disekolahkan di sebuah tadika yang mana pengetuanya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ganas. Maka beliau menggunakan kuasa matanya untuk menendang pengetuanya keluar dari sekolah tersebut. Matilda meminta untuk menjadi anak angkat kepada guru kesayangannya dan begitulah cerita tersebut berakhir.
Monday, 1 April 2013
Mengambil Ibrah dari Shin Chan
Siapa yang tak kenal dengan Shin Chan ni memang sah duduk bawah batu , even my previous grandma pun kenal tau budak bernama Nohara Shinosuke ni or famously known as 'budak pipi tembam sebelah'.Dari kecik mesti tunggu depan tv channel ntv7 pukul 7.00pm nak tengok Shin Chan . Bila dah pandai membaca mula la beli komik Shin Chan , dah menjadi 'adat' kami adik-beradik bace komik Shin Chan then berdekah-dekah gelak . Bukan banyak pun dalam rumah ni , ada 4 je dan itulah yang kami dok ulang2 bace tapi lawak dia memang tak pernah jemu. Inilah hiburan masa lapang kami berempat di rumah.Bukan senang untuk buat orang gelak , mudah lagi untuk buat orang menangis. Yoshito Usui worth the title 'legend' (he's dead *moment of silent*)



