'' Saya sama sekali tidak bergaul dengan orang yang tidak mahu saya gauli .Bagi saya , itu adalah satu rahmat.Oleh itu , saya kekal positif.Saya bergaul dengan orang yang gembira , orang yang berkembang maju , orang yang mahu belajar , orang yang tidak keberatan meminta maaf ataupun mengucapkan terima kasih , dan orang yang kehidupannya menyeronokkan '' - JOHN ASSARAF , pengarang buku The Street kid's Guide to Having it All.Memetik dari buku Law of Universal Attraction :
Orang yang positif biasanya berkawan rapat dengan mereka yang positif.Orang yang bersikap negatif pula lazimnya mempunyai ramai kawan baik yang bersikap sama sepertinya.Orang yang ceria biasanya dikelilingi oleh orang yang ceria juga.Orang yang pendiam pula mempunyai kawan yang pendiam jua.Persamaan ini menjadikan kita serasi bersama.

